Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak....



Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, kita sama2 bersyukur kerana di panjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Bulan penuh dengan kemuliaan dan juga keberkataan. Ada sesetengah dari kita, ALLAH lebih sayang kepada mereka. Meraka tidak sempat berjumpa dengan Ramadhan. Aku tahu, aku lambat meletakkan post ni...hehehehe... actually aku dah tulis awal tp, tak sempat nk publishkan...anyway, aktiviti bulan ni sama je dengan bulan2 yang lain.. aku tahu, korang pun buat kerja yang sama setiap hari..cuma yang membezakan sbb kita tak leh makan dan minum... itu adalah sedikit ujian dari Maha Esa...Mungkin dalam sehari dua kita akan terasa keletihan, insyaALLAH selepas itu kita berupaya menjalani ibadat tersebut dengan selesa.

Di bulan puasa ini, kerja adalah sama seperti bulan2 yang lain. tapi, mungkin ada sedikit perlahan. tetapi
bagi aku, setiap tanggungjawab kita kene lakukan dengan terbaik dan amanah. kita kene hadapi dengan penuh kesabaran dan juga ketabahan. aku cuba untuk kaitkan dengan kalah sebelum berjuang. ala time kanak2 dulu...kalau suh berpuasa mesti cakap, angah puasa setengah hari je la hari nie ye mak.... esok angah puasa setengah hari dapat la sehari...hahahaha.... ingt lagi aku perangai kecik2 dulu... sebenarnya, boleh je puasa sehari, tp sbb tak mencuba terus decide nk puasa setengah hari... benda gini comman bagi kita... selagi kita tak mencuba, selagi itulah kita tak akan tahu cabaran, pengalaman dan juga keadaan selepas cubaan kita itu. satu cerita di sebuah kampung, ada seorg ni nama mamat. mamat ni kerja nya menoreh getah. setiap kali pegi menoreh kene lalui satu pagar... pagar ni org lain semua lompat je... oleh kerana mamat ni rendah sedikit, maka dia menyusup bawah pagar... kawan2 dia cakap, apasal ko tak lompat je... mamat ni cakap, mana la aku lepas...kawan dia cakap ko dah cuba ke?? mamat balas balik, aku tengok pun dah tahu.... satu hari, semua org dah balik menoreh... tinggal mamat je lambat... seperti biasa mamat berjalan kaki nak balik melalui pagar tersebut. tiba2, ada seekor anjing liar kejar dia dari belakang, mamat ni apa lagi lariiiii la... giler apa tak nak lari,kene gigit anjing sakit tu....sampai je di pagar tersebut dengan selamba mamat ni lompat pagar ni...selalu dia menyusup kat bawah je... lepas plak.... sbb apa lepas? sbb ada tekanan ke atas diri dia... kalau tak der anjing kejar, sampai bila pun mamat tak akan lompat pagar tu... moral nyer, dalam diri kita ni, kalau tak ada sesuatu yang memberi tekanan kepada kita, kita takkan buat....tp mungkin bukan kepada sesetengah org kot...tp aku, yea....hahahaha...

mcm org hisap rokok... sorry yea kepada perokok.... hehehe....aku ada sorg member dia Penang.... dia mmg perokok yang tegar.. sehari mmg 2 3 kotak tu biasa... then bila dia kawin, bini suh behenti merokok... so dia kurangkan sikit... katanya, tak leh berhenti terus...bahaye jadi itu ini lah... once dia dapat anak, dia masih lagi merokok... di pendekkan cerita, anaknya hidap asma...satu hari oleh kerana dia merokok mungkin anak nyer terdedah kepada asap rokok atau sbb apa aku tak sure, anak nyer masuk hospital dan dalam keadaan kritikal... dan dan lepas tu dia berhenti terus merokok... isk, boleh plak berhenti terus... sbb apa, ada tekanan dalam diri...bila ada sesuatu yg menyebabkan diri kita terasa tertekan, kita akan berusaha utk ubah diri kita...tul tak? mesti kita akan sedaya upaya berusaha tanpa kita sedar, kita semakin berubah...mcm org bercinta, utk nampak kita ni perfect kpd cinta kita, kita sedaya upaya cuba utk jadi yang terbaik....aku cakap ni bukan kepada semua org k.... tp mostly kot... hehehehe... so, kita cuba perilaku yang sopan, time belajar pun dapat semangat dari awek ni, so belajar sungguh2... tanpa kita sedar, ada menda yang mendorong kita utk berjaya... dalam diri kita, kita boleh mendorong diri kita sendiri... kita sendiri yg memotivate diri kita. kita sendiri yg beri semangat pada diri kita... insyaALLAH, kita juga akan jadi pendorong utk diri kita utk berjaya...

dalam kehidupan kita, kita selalu lihat org berjaya kan... dan diri kita akan bercakap, tak perlah dah rezeki dia... bila kawan kita berjaya, kita akan cakap, ala ko boleh la... ko pandai aku ni apa je.... kalau sedara kita berjaya kita akan cakap ala ayah dia kan tuu tut tut .... kita selalu cakap org lain berjaya sbb ini ini ini... actually kita boleh ubah, ubah dengan mempositifkan diri kita... kenapa kita tak ambik langkah yang sama? cuba memajukan diri kita... kalau dia boleh buat, mesti kita boleh buat jugakkk.... kalau dia boleh berjaya, aku pun boleh.... cuma, mungkin cara untuk berjaya itu berlainan... ada yg berjaya dalam bisnes, ada yang berjaya dalam MLM, ada yang berjaya dalam e-commerce, ada yang berjaya dalam property... so, kita kena pilih saluran yang kita rasa kita boleh berjaya... kita kene usaha... mungkin kita tak boleh berjaya dalam bidang yang sama dgn org lain... mungkin kita pakar bab lain...untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi,tak mungkin ambik masa sebulan dua... ia memerlukan masa bertahun untuk menampakkan kejayaan... kecuali ada magic, dapat la sebulan dua tu dah kaya... kita berusaha, panjatkan doa, nescaya ALLAH akan makbulkan doa kita.. sbb setiap doa hambaNya akan di makbulkan... jika tidak di dunia, ganjaran nanti di akhirat. Tambahan lagi, kita dalam bulan yang mulia, banyak2 berdoa agar kita di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik....amin....

coretan kali ini, more to motivate diri untuk sama2 kita berjaya walau dalam bidang apa sekali pun... mungkin korang di dalam bidang yang tak sama dgn aku... tp why not one day kita sama2 bersatu... mungkin aku perlukan korang utk jayakan bisness aku... mungkin korang perlukan aku utk bisness korang... so itu network.. kita boleh buat satu konsortium... satu big group of company... tak mustahilkan....aku coretkan ini atas pengalaman aku dan pengalaman yg aku lihat di sekeling aku. aku amat berterima kasih kepada kawan2 yang secara tak sedar memberi aku motivasi utk aku teruskan karier ini...

anyway, semoga kita sama2 di berkati di bulan yang yang mulia ni. Selamat Menyambut Ramadhan... puasa jgn tak puasa....hehehehehehehe.....okeh..


FARHAN

019.362 3578
jom2lelong@yahoo.com.my
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: