Friday, June 15, 2012

Benda baru - present 'bout auction

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, dipagi jumaat ini yang mulia lagi diberkati,diharapkan semua pembaca khususnya dan juga umat Islam diseluruh dunia diberi nikmat dan kasih sayang berpanjangan dari Allah Yang Maha Besar... aku bersyukur hari ni dapat lagi menghirup udara yang segar, diberi kesihatan dan juga kebahagiaan di dunia ini.. syukran ya Allah... 

diminggu ini, ada benda baru dan pertama kali aku lakukakan... hari rabu lepas, first time aku buat presentation berkenaan lelong di office tempat aku bernaung... kalau sapa2 perasan kat facebook tu ada aku tempek sekeping gambar...thanks to mr hamdan for the photo... itulah pertama kali aku present pasal auction... sebelum ni aku ada bagi talk, tapi bukan pasal auction malah lebih kepada how to invest, kenapa perlu invest sini, kenapa tidak sana dan byk lagi...  personally, tajuk mcm mana nk invest tu lagi la mencabar... maklumat2 yg aku sampaikan base on pengalaman dan juga pembelajaran aku di dalam kelas dan juga luar kelas... so kalau nak tahu mcm mana nk invest, boleh la dengar talk pada 17hb ni di Kajang... boleh hubungi Puan Junny - 016-5903515 untuk reserved tempat... selain aku, pie dan juga junny akan bagi talk, insyaAllah... 

back to pasal present auction... dah lama aku menyimpan perasaan untuk buat presentation... lama giler.. ada dah dekat 2 tahun kot memendam rasa untuk bgtau orang lain yang auction ni senangggg je nak buat... dan kenapa perlu beli rumah auction ni dan mcm mana nk dapat duit dari rumah auction ni... dan as agent, how we want to get money... byk giler menda boleh diceritakan... tapi hari tu masa sejam je, so content pun sejam je... but, alhamdulillah aku sampaikan apa yg selama ini aku buat... pengalaman dari 4 5 tahun lepas disertakan dengan gambar persendirian yang tak penah aku lekatkan di blog jom2lelong ini aku kongsikan dengan rakan2 seperjuangan... terasa puas sbb keinginanku terlaksana... kalau boleh, nak sampaikan kepada lagi ramai orang... insyaAllah, kalau berkesempatan nanti dan diberi peluang oleh orang lain sama2 aku kongsikan...

smlm mmg agak penat tapi terhibur... pagi2 lagi aku ke UIA sbb ada janji untuk interview sorg officer berkenaan dengan thesis aku... tunggu sejam then tak sampai2, so aku kena balik sbb ada hal plak kat subang jaya... then balik pegi subang jaya plak... dari subang jaya balik rumah plak sbb ada benda nak kena email..pukul 4 mcm tu patah balik ke subang jaya balik... settle je, balik rumah sampai dalam pukul 5.30ptg...penat2... then aku ada appointment kat mentari court jam 7 ptg.. so pukul 6.15 aku cabut plak pegi sana... then lepas magrib sampai rumah... tu la keje smlm.. tapi enjoyyyyy... alhamdulillah... 

dalam balik ke rumah aku jam 5.15ptg tu, aku dengar radio IKIM... aku amat tertarik dengan satu benda yg brother Lim - mualaf ni cakap sbb ada caller or dj baca dari fb aku tak sure... kenapa perlu solat?? jawapan yg best - apabila kita dibekalkan dengan peta dan basikal untuk ke kubang kerian ikut jalan lama, kita mesti tengok peta kan... sama la jugak mcm solat... solat diibaratkan seperti peta... lagi banyak kali kita solat, lagi minima kita akan tersesat... solat adalah penghubung antara kita dengan Allah... bila kita solat, kita akan ingat Allah... kita akan mengagumi kebesaran Allah, kita akan merasa betapa rendahnya kita di sisi Allah... sbb itu, orang yang berjaya ialah orang yang solat... aku ingt lagi, ada sorg ustaz ni cakap, kalau ada org mengajar berkenaan solat, pegi la dengar... sbb belajar ini tidak akan habis... kadang2 kita alpa dan juga kita tersasar... tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh balik kepada jalan yang tersedia... masing2 ada kekurangan dan kelebihan.. kekurangan boleh ditampung dengan daya usaha dan ikhtiar..insyaAllah, jika dalam hati kita ada azam untuk bertekad untuk berubah, kita sama2 boleh berubah..tidak ada orang lain yang boleh merubah diri kita, kecuali kita sendiri... yang ada kelebihan, boleh membantu orang lain yang serba kekurangan... insyaAllah, dengan bantuan itu akan bertambah lagi kelebihan dan nikmat kepada kita... insyaAllah... semoga ia bermanfaat untuk semua... okeh.. 

- aku.... 

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Friday, June 8, 2012

Pecah rumah @ Seri Kembangan


Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah dan berselawat byk2 kepada Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW di pagi jumaat yang mulia ini... syukur, kita masih lagi bernyawa, dapat bertemu di penghulu segala hari..alhamdulillah... smlm, satu lagi hari yang best dalam aku menempuhi kehidupan seharian.... 

pagi2 lagi smlm aku dah ada appointment di UPNM, masuk kem sungai besi... 1st time masuk UPNM... universiti yg kecik je... ada appointment dengan pegawai kat sana... syukur, dekat 1 lebih jugak interview, settle siap record lagi... then aku ke public bank... insyaAllah hari ni, iklan aku jual rumah akan masuk the star... "PUTRAJAYA,RENO BUNGALOW,Land 8234sqft,b/u 3200sqft,5r4b,f/hold,near Alamanda,RM870K(neg),FARHAN 019-3623578" then balik berehat2 sesambil buat keje skit sbb esok nak hantar assg untuk kelas kat inspen... lepas je zohor, aku dapat msg dr WABR... alamak, terlupa la plak eden... terus aku call jumpa kat KLCC... dekat setengah jam gak la merempit masuk kL... anyway, smlm lupa nak cakap kat WABR, thanks for the cappuccino... hehehe... byk gak la sembang2 pasal hartanah... peluang dan juga forecast di masa depan mcm mana nak buat... hehehe... time duk borak2, dapat call dari client dari utara... rumah dia aku belum pecah masuk lagi... lepas je habis sembang dengan WABR, aku terus call dia... so ptg smlm gak aku gi pecah masuk rumah dia... balik rumah, rest jap then terus ambik barang di pecah masuk rumah dia di seri kembangan...

sapa2 duk area seri kembangan kat tmn equine tu tahu la kot betapa jem nyer jalan nak pegi sana pada petang hari... wowowow... mmg heavy giler jem... jalan yg tak sampai 2km tu dekat setengah jam aku duk situ... huhuhu.. dari jam 5.40ptg sampai 6.15 ptg lepas... huhuhu.. teruk dah skrang jem kat sini... dulu tak der la mcm ni.. dulu aku duk gak kawasan ni... mungkin sbb dah byk rumah dah bukak kawasan ni...tambahan plak giant dah naik, jalan menghala ke kinrara pun dan ok, puncak jalil pun ramai org duduk... so mmg terbaik la jem kat situ... 

kes client aku ni mcm ni... mamat ni keje kat giant... 6 bulan pertama payment ok, cun kalau tak silap sbb aku tak jaga rumah ni.. owner dia sendiri yg jaga rumah ni... lepas tu start dia buat hal... huhuhu... tepon tak angkat, msg tak balas... bulan lepas aku dah pegi tengok rumah ni... rumah penuh dgn barang lagi... hari ni aku pecah masuk, kosong bebe... tapi jenis tak bersyukur, barang2 dalam peti sejuk habis busuk, berulat... aduhai... barang2 kena kemas la... huhu... oh btw, mamat ni masuk rumah ni secara tergesa2... so pengajaran nyer, kalau org tu nak masuk secara tergesa2, tak payah la nak ambik.. takut menyusahkan nanti... cepat masuk, cepat la keluar... huhuhu..aku rasa, rumah ni dalam sehari siap la kot nak bersih... 

hari ni punya keje byk skit nak travel... pagi2 appoinment kat ukm, then pegi bukak rumah...hehhee.. kali ni kat taman sepakat indah plak... then ptg pegi um plak lepas tu subang jaya untuk register periksa...tough jugak hari ni... tapi insyaAllah, aku berserah kepada Allah segala urusanku kerana hanya Allah dapat mempermudahkan segala urusan.. DIA yang Maha Berkuasa terhadap sesuatu...insyaAllah... semoga Allah permudahkan urusanku dan juga urusan kalian hari ni... insyaAllah..amin... 



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Wednesday, June 6, 2012

China + Kahwin + myThesis

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... lama aku tak menulis di sini... kerinduan tidak dapat kubendung lagi... akhirnya, aku gagahkan diri untuk menulis walaupun aku tahu masa aku amat terhad beberapa ketika ini... hari ni 6 june, jam 12 tghari aku ada appointment di UTM, KL... even satu hape pun belum prepare in paper lagi..semua ada dalam kepala... berhabuk tebal blog ini..  3 minggu lepas, aku terbang ke beijing dan juga shanghai berkenaan lawatan kerja.. alhamdulillah, mengenali negara orang membuatkan aku sentiasa berfikir betapa besarnya anugerah Allah dimuka bumi ini... seronok dapat ke beijing dan makanan halal senang la nak dapat... tapi shanghai, aduh susah nyer nak makan makanan halal... tapi nasib baik geng2 'org kuat' kat sana bawa makann ke tempat2 yang best...ingt nak update blog kat sana, hampeh betul blog tak leh access..facebook pun sama... china tak benarkan benda ni... 

balik dari lawatan, aku ada kerja selama beberapa hari untuk settlekan beberapa hal sebelum aku balik ke kampung adikku nikah...sblm balik sempat aku interview pegawai di UPM berkenaan dengan thesis aku... alhamdulillah... to date, aku dah interview upm + uitm dan hari ni utm...esok upnm dan lusa um... next week dah ada satu organisasi yg aku set appoitnment dgn diorg... adik aku selamat sudah bernikah... settle... semoga Allah memberkati dan merahmati mereka berdua... amin.. bila kenduri stendet tido jam 2 3 pagi then bagun sewal pagi... 2 hari lepas aku balik kL memakan masa 10 jam... hahahha.. tak penah2 aku buat 10 jam balik.. bukan sbb jem, tapi aku berhenti tido... tak larat mata aku nih... 3 kali behenti... gua musang, merapoh dan tido paling lama kat kuala lipis... hahhaa.... then baru la aku segar skit balik kL.. JANGAN MEMANDU JIKA MENGANTUK - papan tanda jkr... hehehe

balik kL, banyak benda dalam pikiran aku... tambahan pula skrang ni byk kerja perlu disiapkan... tapi, bila kita enjoy buat kerja, insyaAllah, ia memudahkan kita... tak kira dah penah ke, letih ke, kita akan buat... tak gitu kan... hehehe... pembaca yang budiman, aku ingin menjemput kalian untuk ke seminar WIPV... boleh rujuk https://www.facebook.com/SmartPropertyJV... boleh la kalau korang nak tambah2 kan ilmu... insyaAllah, pengisian yang boleh menambah nilai (value added)... 

jom kita jawab soklan plak post kali ni :

Soklan dari comment :
salam bro, saya nak mintak pandangan tulus bro.

saya ada bagi sewa rumah dekat satu family ni(kontrak selama setahun)

dalam kontrak tue dah ada clause2 yang mengatakan bahawa deposit x boleh diusik as payment,sewa mesti bayar sebelum 7th setiap bulan,mesti tamatkan kontrak 2 tahun,dan sekiranya sewa x berbayar dalam tempoh 14 hari dari 7th pada sesuatu bulan itu, maka saya selaku owner boleh masuk kedalam rumah,keluarkan semua barang n halau penyewa.

masalah saya sekarang nie, penyewa ni baru duduk 2 bulan pastu dah nak keluar, n nak guna deposit 2 bulan sebagai payment untuk 2 bulan akan datang.

so macam mana ni bro? 

ni dah breach of agreement.
tolong advise.

Jawapan : 

strictly duit deposit tidak boleh dijadikan duit bayaran sewa rumah. kenapa? sebagai contoh sewa 200, deposit 2 bulan = 400.. so kalau 2 bulan terakhir tu duit deposit digunakan untuk membayar sewa, di mana deposit nya??? tak der kan... ok, jikalau tenant meninggalkan rumah dengan keadaan yang menyedihkan termasuk ada rosak sana sini, sapa yg akan ganti?? tuan rumah kan... so, disitu tidak ada security bagi pihak tuan rumah bagi menjamin rumah tersebut tiada kerosakan apabila tenant keluar... tetapi, jika tenant tu keluar dengan baik dengan meninggal rumah seperti mereka masuk sebelum ini, itu tidak menjadi masalah... cuma, adakah kita akan mengambil risiko untuk menunggu sehingga akhir tempoh sewaan dan melihat keadaan rumah dulu baru kita hendak bertindak??? so Mr Aidil Ahmad, saya advise, kena kutip jugak sewa rumah tersebut... explain betul2 sbb dah state dalam perjanjian kepada tenant... gunakan budi bicara untuk berbincang... saya harap TA tersebut di stamp untuk memudahkan jika terpaksa mengambil tindakan mahkamah... selalunya, saya akan menekan pasal deposit ini seawal waktu tenant nak masuk menyewa... saya suruh dia ingt betul2 dan memahami pasal clause tersebut... 

saya harap penjelasan tersebut jelas dan jika rakan2 pembaca ada idea, boleh comment yea.. sangat dialu-alukan... jumpa lagi... okeh... 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.




My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Thursday, April 26, 2012

Apa yang menarik sangat pasal talk yg akan diadakan pd 6hb?

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, just sharing a few question on talk 6 Mei 2012..........

Pertanyaan: Apa yang menarik sangat pasal talk yg akan diadakan pd 6hb?
Jawapan kami: 1) Kita akan bincangkan secara case study dan points berkenaan permasalahan berkaitan pelaburan hartanah. 

2) Tips2 dalam menjadikan pelaburan hartanah itu berbaloi. 
3) Pelajari prosedur undang2 secara padat berkenaan urusan jual beli hartanah. 
4) Preview utk pioneer projek "Wealth In Property Venture". Projek perkongsian pelaburan hartanah yang akan dibuat secara coursework dan "on ground training" serta dimantapi dengan dokumentasi undang2 agar perkongsian yang dilakukan bertambah yakin dan telus, InsyaAllah! 
Pertanyaan: OOOOOO..ok. mmg mcm best. nti i register ye.. 
Jawapan kami: Ok, jumpa 6hb nanti ye.

ingin mendaftar ??? Hubungi : 

Junny Erfisyahry - 016-5903515 ; 
Shafie Bustan - 012-4720207 ;
Farhan Ejen Hartanah - 019-3623578 


Tarikh : 6TH MEI 2012 [SUN.]
Masa : 9.30 AM -1.00 PM
Tempat : 01-02 , WISMA ZELAN ,BDR TASIK PERMAISURI 2, BDR TUN RAZAK, SELANGOR.


thanks for support us... okeh..

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Wednesday, April 25, 2012

update : WIPV - Pilot Project

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, perbincangan demi perbincangan yang berlaku - so far dapat counter most of prob yang datang... by da way, ramai yang sms, bertanya pasal WIPV ni... talk pasal ni akan diadakan pada : 

Tarikh : 6TH MEI 2012 [SUN.]
Masa : 9.30 AM -1.00 PM
Tempat : 01-02 , WISMA ZELAN ,BDR TASIK PERMAISURI 2, BDR TUN RAZAK, SELANGOR.


COME AND LISTEN TO THE PREVIEW ON OUR FIRST AND PILOT PROJECT "WEALTH IN PROPERTY VENTURE"(WIPV). INTERESTED? JOIN US IN OUR TALK ON ,  AT  THIS TALK WILL COVER THE FOLLOWING TOPICS:
1) MERIT IN PROPERTY INVESTMENT, 
2)STRATEGIES IN PROPERTY INVESTMENT, 
3)CASE STUDY, 
4) LEGAL ISSUES 
5) Q & A
6) PREVIEW ON 'WIPV' <--- aku boleh katakan, 1st in Malaysia... seriusss... 

PLEASE RESERVE YOUR SEAT HERE OR MSG :

Junny Erfisyahry - 016-5903515 ; Shafie Bustan - 012-4720207 ;Farhan Ejen Hartanah - 019-3623578 

FEE IS RM50 ONLY.

sapa2 berminat boleh call or msg boleh kat atas... first come first serve basis... okeh.. 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong