Tuesday, July 5, 2011

Hot News.......

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, hari ni selesai 2 paper... semoga lulus... tapi, ada berita yang hot time nak masuk exam tadi... sebelum tu aku nak ceritakan hot news pasal projek PR1MA tu... hehe.. sblm ni aku ada tulis pasal projek ni cuma tak kasi tahu sbb takut terlebih awal info plak... so, bila PM dah umum, tu la projek rumah mampu milik yang akan di bina... banyak tempat nyer dan korang boleh la pilih.. oleh sbb rumah ni tak leh jual dalam masa 10 tahun, so kena la pilih lokasi yang terbaik untuk sewa yang tinggi.. so pandai2 la pilih yea....

ke dua... ni ha, sapa nak jadi agen hartanah... tak payah lagi nak sit for the exam... ambik je kelas... full time on weekdays manakala part time on whole day on saturday... so, tak yah lagi ambik 12 paper yang makan masa bertahun tu... ni lagi senang, yuran pun aku dengar tadi tak mahal sangat la... berbaloi la kalau dapat lesen nanti... here we go on the pemplet... sebar2kan kepada semua k.... okeh...






p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, July 3, 2011

Aku Tetap Berjaya walaupun aku tak solat...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,


alhamdulillah, dapat lagi bersua... minggu 5-6-7 hb ni, kebanyakan ejen hartanah ada peperiksaan untuk mendapat lesen E... so, sama2 la kita doakan mereka2 ini berjaya... dalam dunia hartanah ni, kebanyakan nyer di monopoli oleh pihak2 yang bukan beragama Islam dan mereka amat berjaya... tetapi, kita bukan tak berjaya, tapi masih dalam perjalanan untuk berjaya... kita juga tengok kawan2 kita yg sama agama dengan kita juga berjaya even dia tak menunaikan suruhan agama... ohh kenapa begini ????


aku sempat baca notes dalam FB dan rasa, ramai kat luar sana nak baca dan tahu benda ni.... insyaAllah, agar ia memberi manfaat bersama...


Story mory begins....


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya.


Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.


Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak.


Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula okeh...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, June 13, 2011

Lelongan CIMB Fiesta @ Hotel Istana

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari sabtu lepas aku dapat join lelongan fiesta cimb di istana hotel... mmg best... lelongan oleh NCM dan juga PAH... aku pegi mewakili sorg client.. jarang giler nak tengok single bidder masuk... tapi kali ni, ada la 2 org yg dapat RP.. tu pun dekat klang dan juga bukit beruntung... lelongan kali ni yg hot ialah satu kilang di kawasan subang jaya... ramai giler la masuk kilang ni... RP dari 320k... last sekali sampai 1M... puas hati... huhuhuh... mmg sengit giler... ada sorg uncle cina ni budget menang la... dalam 700k, terus dia naik kepada 800k... hahahha.. ada lagi yg byk duit.... lelongan untuk rumah yang aku masuk plak tak bernasib baik la... dari RP 105k, naik kepada 158k... tak berapa berbaloi la mcm tu... so tak pe la...

ohh lupa plak nak cakap... kalau sapa pegi lelongan kali ni, mesti kenal aku... hahahahhaa... korang perasan tak yang dapat cabutan bertuah yg dapat buku feng shui tu... ala yg no 0737 tu... hehehe.. tu la aku... Farhan @ jom2lelong... kalau korang perasan la... naik pentas lagi tu beb... 1st time aku dapat cabutan bertuah ni selama pegi lelong.. best best... hehehe... yg best kalau lelong kat hotel ni dapat makan... makan breakfast di sediakan.. ada permainan yg bagi hadiah free.. hehehhe.. so kali ni aku bawak balik cat kayu free tajaan nippon paint.. main games kat cimb plak dapat payung dan juga pen... boleh la tu... bukan senang permainan dia beb... hhahhahaa... tapi seronok la... kali ni pegi lelongan juga sbb ada kerja dengan member2 lain.. huhhu... so, ramai lagi la network kalau pegi event2 mcm ni...

skrang ni mmg time aku bz giler... sebulan sehari aku tak update blog ni... selepas org kat umah aku tu kena denggi, terus aku tak update sampai la hari ni.. bukan tak nak update, tp kurang masa... kali ni pun aku menulis kat atas awan.... best jugak menulis kat sini... hehehe... byk menda la yg berlaku dalam tempoh sebulan ni... dari kL aku ke N9, then ke Melaka lepas tu ke Kelantan then Terengganu patah balik Kelantan then balik KL... mmg banyak benda nk settle.. tapi nak buat mcm mana, masa tak berapa ada.... harapan tetap harapan untuk settlekan semua yg aku buat, tp hanya Allah yang menentukan segalaNya.. aku berharap, semua deal aku close dengan cepat... insyaAllah...

minggu ni, minggu jalan lagi... kali ni ke borneo island for the 1 week... ada kerja yg perlu di bereskan di kedua buah negeri ni... dan aku harap, ia dapat juga settle dan juga memberi faedah kepada aku dari segi networking... bukan seronok mana pun kadang2, tapi ia lebih kepada business relationship and network... so, balik nanti mungkin akan ada idea yg bernas2 dalam fikiran ini.. insyaAllah...

gambar sekitar lelongan awam cimb fiesta boleh la nengok di facebook aku... hehehe.. lagoon perdana dah mahal dah skrang wehhh... dulu bawah 100k je.. skrang dah mahal... nengok la sendiri... untuk yg sesapa nak beli rumah mampu milik atau ingin menggunakan kemudahan pinjaman bagi rumah mampu milik dan anda layak untuk membeli rumah mampu milik ini, tunggu la sebulan dua lagi yea... pengumuman oleh kerajaan dan juga salah satu dev yg terkenal akan di buat... lokasi??? terbaik dari ladang beb.... aku tak leh nak cakap byk sbb sudah di beri peringatan oleh org dalam industri pasal ni... so, korang tunggu je la yea.... kawasan yg boleh aku katakan ialah very very very strategik... developer nyer pulak mmg terkenal dengan kualiti rumah yg bagus.... tak nak cakap sapa... hehehe... so tunggu la yea... best giler kalau dapat sebijik nih...

sori sori dan sori sbb lama tak update blog ni... kepada yg akan ambik exam LPPEH 5-6-7 July ni, study elok2 k... aku pun ambik lagi... so kena study la byk2... harap2 kali ni ramai yg lulus k termasuk la aku... hehehe... GoodLuck yea... petikan cerita motivasi kali ni aku ambik dari sebuah blog... aku suka baca cerita2 motivasi ni sbb kadang2 kita down... tak kira la kita down pasal kerja ke, pasal org tak dengar cakap ke, pasal kena marah ke, pasal partner cabut lari or pasal pasukan kita kalah ke... kita rasa down pun... even pasukan aku kalah 2 hari lepas pun rasa down jugakkkk... adoiiiii... Daudsu ohh Daudsu... tapi tak pe, kita tengok ke depan... move on beb... yg dah lepas bukan boleh turn back balik... so look forward la... tengok plak juara liga ke apa kan... so, kena la kita fikir +ve.. ada la sbb tu kenapa Allah buat mcm tu... bukan nyer saje2 nak jadi mcm tu... setiap yg berlaku ada la sbb nyer... kalah dalam auction ada la sbb nyer.. mungkin Allah nak bg kita hartanah yg baik lagi atau mungkin ini salah satu ujian untuk kita jangan mudah berputus asa di masa depan... itu semua hanyalah mungkin yg kita tak tahu secara details or tepat apa yg sebenarnya yg telah di aturkan oleh Yang Maha Esa kepada kita... tapi, percayalah, Dia telah mengaturkan yang terbaik buat kita.... mudah2han kita akan beroleh keberkatan dari nyer... insyaAllah...

cerita motivasi nyer mcm ni.... alkisah nyer, Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!! cerita ini amat tersirat untuk di fahami.. tetapi ia cukup memberi kesan jika kita memahami dan amat mudah untuk kita laksanakan... cuba untuk memahami k...

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda. hanya hati, perasaan dan emosi yang akan merasakan perkara yg terbaik dan terindah dalam hidup ini... nikmatilah ia dengan sekadar yang termampu dengan harapan, ia menjadi satu pengalaman dan keindahan yang tidak dapat di lupakan sehingga akhir hayat... insyaAllah...

* Gambar sekitar lelongan boleh tengok di Facebook yea...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, May 12, 2011

2 Weeks Activities

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, salam hari khamis buat semua pembaca... even di petang hari pun, aku masih lagi nak menulis... ingt nk post tghari tadi, tp aku ke klinik... nak bercerita cerita yang masih lagi panas panas panas... mcm pisang panas.. peristiwa akhir April... rasa nak marah pun ada, tapi nk buat mcm mana sabar je la... proses sewa rumah... datang tengok rumah, confirm dan bayar.... awal Mei hari tu aku dah kena tipu dek sorg pekerja di cyberjaya pasal sewa rumah... maka, aku terus strict pasal sewa rumah... siapa cepat dia dapat.. even mana2 iklan aku pun mesti aku tulis... dan tahap kesedaran org ramai pun akan terfikir kalau lambat mesti akan ada org ambik rumah tu...

alkisah nyer, sorg ni dtg la tengok rumah kat VP... ok, nanti esok dia confirm balik.. aku cakap ok je la... so, then pada sama yg sama jugak ada org datang tengok rumah.. sama jugak esok saya confirm balik.. ayat standard mana2 org nak tengok rumah sejak aku jadi agent mcm tu la.... biasa la, aku tak kisah la ko nak confirm esok ke, lusa ke..tapi siapa yg cepat bayar deposit dia la dapat rumah tu... so dalam kul 10pg esok nyer tu mamat ni sms nak tengok TA, sbb aku dah kat luar aku cakap bg sejam utk aku emailkan TA... pada masa yg sama, sorg ni dah confirm nak rumah tu... cuba bayang, "saya nak review TA dulu baru saya confirm"....adakah ayat ni seperti dah confirm???? tak sama sekaliii... tak sempat aku nk kasi TA, dah ada org bg deposit... so, aku kasi msg la kat mamat ni, rumah ni dah ada org bayar deposit... aku call tak dapat... so aku minta maaf dengan mamat ni sbb dia lambat... then, time ni aku tgh engage dgn someone, bertalu-talu waiting call... then habis je cakap, aku call la balik... mamat ni marah2 aku... dah cakap kata nak review dulu TA, then baru nk confirm... itu bukan nama confirm beb... dgn hemburan kata2 - "mcm ni ke melayu buat bisness".. so what?? if u in my shoes pun, u will do same things... ye la, duk ckap aku tak cakap 1st come 1 serve la... adoiii... last sekali, dia cakap... aku dengar bini sebelah dia cakap, kita report polis then mamat ni cakap, saya report polis... aku pun tgh hot ni, apa lagi, ok goooooo...

oleh sbb nak bantu mamat ni, aku ada owner yg mmg rumah tu kosong sejak beli... so aku pujuk dia suruh sewa... then dia setuju.. terus aku call, tp hp dah off.. then aku bg sms... alhamdulillah delivered.. tp tak reply... mungkin kat balai kot tgh buat report... on the legal aspect, tak jadi masalah bg aku... sbb even tenant dah bayar deposit pun dan owner tak nak tenant ni, bayaran deposit akan di pulangkan dan tenant tu tak dapat nak sewa rumah tu... tu on legal... so, tak pe la... aku pun tunggu la kalau ada polis call aku.... so, kalau ada negative comment @ internet ni pasal aku bermula hari ni, aku aku faham la... tak semua org kita boleh puaskan hati mereka... so, just move onn... dlm tghari mcm tu, bini dia call aku plak.. tnya pasal rumah yg aku sms tu berapa sewa.. aku cakap 700.. then dia cakap mahal.. padahal rumah tu ada econ, fridge, mesin basuh... sempat lg sakitkan hati aku.. then so what???? geram betul aku hari tu... peristiwa ni berlaku pada 29 April 2011... dah la hari ni dengar beberapa kerja yg masih tertunggak..penin kepala gak la..huhuhu.. kelam kelibut skit hari tu....

hari jumaat lepas plak hari paling mencabar dan juga paling best dalam bisness rumah... bermula dengan pagi2 lagi aku ke KL... kul 9 pagi, owner call untuk delay appoitment ke kul 11pagi... aku pun ok je... bgtau myteam, then ok... bila aku dan buyer sampai, kitaorg minum kat kedai cha... nasib aku dah beli air mineral.. so, aku tak minum apa2... myteam pun faham... then kul 11 jumpa owner... by da way, aku dah kejar owner/investigate owner ni dah dekat 1 minggu lebih... mmg susah... last sekali, aku terpaksa buat keje ground to get owner hp number.. alhamdulillah, syukur dia betul2 owner... bila aku cakap kat myteam yg aku tak penah jumpa owner, diorg pun agak risau... entah2 ada org menyamar, susah plak... aku pun take risk... aku yakin itu mmg owner.. then, bila jumpa dan tanya semua benda, dia mmg owner... myteam mmg nk clear everything dari A - Z.. the procedure, the document and everything.. this meeting the only malay is ME!!! mmg aku rasa amat tercabar dan terkilan... pembabitan malay dalam industri hartanah ini masih lagi kurang... dan yang banyak, mereka yang cuba untuk ambik kesempatan...

sebelum aku dapat info ttg penjualan ini, aku ada hubungi si D...tp kerana tamak, si D ni mark up harga sampai tak masuk akal... then, myteam fedup..so aku investigate sampai dapat hp owner... may be this is my luck... so, the owner cakap pada kami, group kami yg paling details tanya ttg cara2 jualan ini... untuk pengetahuan, owner ni dah dapat lebih 60 LOI... giler betul... oleh kerana pengalaman owner yg dah dapat byk LOI, kali ni cara lain plak dia buat.. so procedure pun lain... lagi senang dan lagi mudah... owner bawak myteam tunjuk kawasan... sampai la kitaorg diskuss kat bilik office... so, selepas meeting tu, kul 12.15.. then myteam minum kat kedai mamak... bila bercerita pasal bisness masing2, aku amat teruja dan dapat contact juga bisness dari diorg... alhamdulillah... dan aku sedih sbb, this kind of bisness meliputi cha sahaja dan jarang malay masuk... dalam meeting ni jugak, aku amat berterima kasih kepada UiTM kerana ajar aku bahasa inggeris dan juga pasal property even blaja tak habis lagi... walaupun semua cha, tp diorg cakap BI.. tak der nak cakap cha pun... aku respect habis... mmg kali ni, aku rasa best sangat2... pengalaman yg tak dapat aku lupakan meeting kali ni.. then, kul 1 aku minta diri utk solat kat masjid negara.. lepas solat jumaat, ada plak demonstrasi plak... layan kejap, then baru balik umah... hehehe... duduk kejap kat umah, then ke uitm plak.. sbb nak siapkan slide presentation group... hari sabtu present... huhuhu...

2 minggu ni amat mencabar giler... menunggu itu satu penyiksaan.. ada beberapa deal yg berlangsung... ada owner yg call aku hari2... dalam sehari sampai 2 3 kali... imagine... aku pun dah rasa tak tahu nk cakap apa.. sbb kalau aku buyer, mesti la aku boleh kasi keputusan.. masalah nyer aku ni hanyalah ejen hartanah sahaja... so far, mmg kena banyak sabar.. dengan ada org nak buat report polis lagi... serabut jugak la kepala ni... tp nak buat mcm man akan... sabor je la.. kalau kita buat dengan jujur dan ikhlas, insyaAllah perjalanan tu akan berjalan dengan lancar.. aku dah cuba buat apa yg aku mampu... aku dah cuba buat untuk percepatkan proses... aku dah usahakan yg termampu dan aku terserah kepada rezeki... kalau ada, insyaAllah tak kemana.....

11 Mei, BLR naik 6.60%... huhuhu... ni yg buat byk menda aku terpk... bagaimana org nak beli rumah? installment tinggi skit dari biasa... bila nak turun? mengikut beberapa sumber, keadaan ekonomi nampak makin menurun... kerajaan juga terpaksa mengekang kenaikan RM... sbb kalau terlampau cepat naik, ia akan menjadikan inflasi lebih cepat naik... ini bertujuan untuk pastikan inflasi terkawal itu kata penganalisis ekonomi... apa yg aku nampak, kenaikan BLR ni akan membuatkan rakyat tertekan.. dengan kenaikan harga barang dan tambahan plak dengan kenaikan installment kat bank... huhuhu... sakit jugak la kenaikan BLR ni....

aku nak berterima kasih kepada kawan2 blog yg sudi call untuk bertanyakan perkara2 ttg rumah... insyaAllah, aku cuba untuk membantu yg termampu... aku cuba berkongsi pengalaman yg aku... dalam bidang ni, mmg senang dan mudah.. tapi tak semua indah.. pengalaman yg mengajar aku dalam membuat pilihan dan juga cara menangani... even aku dah buat beberapa tahun dah, tapi aku rasa ia masih tak cukup lagi... aku perlu belajar lagi dan belajar lagi... ilmu ni amat luas dan kita perlu belajar...

alhamdulillah, dah selamat dah aku punyer presentation hari tu... mmg dah rasa lega gilerrrr... tp tak tahu la mcm mana result nanti.. lepas ke tidak... tak tahu la... aku berserah je la... tp so far mmg best giler present hari tu... pasal PHB present kat INTEKMA... fuhh, mmg best.... org besau PHB pakai Q5 tu beb... perrrgghhh... hebat giler... kagum giler aku rasa... tapi diorg punya knowledge tak leh nak cakap la... dalam presentation tu, dengan selamba diorg ni tanya bermcm2 soklan yg tak penah terpk... mungkin sbb diorg ni byk pengalaman... kitaorg base on teori... tp alhamdulillah, semua soklan dapat di jawab... dan yg paling best, ada cadangan dari group aku yg mungkin di apply PHB... horeyyy....

minggu ni aku selesaikan beberapa urusan ttg sewa... stamping kat LHDN kajang dah berubah dah... dulu, warna merah tu kan, skrang dah pakai computer...cop bersegi empat... kecik aje... tapi tak pe, asal stamping.. sblm ni aku ada ceritakan bagaimana nk stamping dan ada kiraan nyer tersendiri... kalau bab2 best keje, mmg best..tp kene yg tak best, pening kepala duk pk... ada sampai berhari2 aku duk pk... nk buat mcm mana... just move on... dalam bulan ni jugak ada rumah akan tertukar penyewa... ada penyewa terpaksa keluar, ada penyewa yg mmg keluar so ganti penyewa baru... untuk tangani penyewa keluar masuk ni, mmg perlukan beberapa benda... kena tahu deposit diorg, kena tahu tunggakan yg diorg belum bayar dan periksa rumah dalam keadaan baik @ tidak... mcm aku buat, aku akan tahan duit deposit until bulan berikutnya... sbb aku nak tengok bill letrik dan juga air.. kalau ada tunggakan kena potong dari deposit... mcm tu la aku selalu buat... ada kisah penyewa yg marah bila aku cakap rumah tu owner nak masuk... aku pun rasa bersalah jugak.. tp nak buat mcm mana.. owner nk masuk rumah tu... so terpaksa la dia keluar... huhuhu.. aku pun faham, baru je masuk setahun 5 bulan, then kena pindah lagi... aduhhh.. rumah teres plak tu.. dengan barang byk... aku amat bersimpati... aku pindah tahun lepas pun rasa penat giler... nk mengemas yg tak tahan tu..huhuu.. harap penyewa berkenaan sabar byk2... aku dan owner akan jumpa dgn dia dalam minggu depan..insyaAllah...

rasa dah panjang dah mengarang ni... penat dah nak menaip... kalau pembaca boring baca, sori la.. mungkin ayat tak berapa bestt kot... okeh...



p/s : MALAM NI MASUKKAN GAMBAR



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat nk coretkan walaupun dan terlewat sehari... nak ucap selamat hari ibu... kepada ibu2 yang baca blog ini, kepada bakal2 ibu yang baca blog ini, saya ucapkan selamat hari ibu... saya seorg lelaki yang perlukan seorg ibu dalam hidup saya... the only well known me in the world is my bonda.. nk tahu apa saya suka, apa perangai saya walaupun saya dah besar, makanan kegemaran saya, hanya bonda saya yang tahu sangat2... even saya ada masalah, dengar suara pun bonda saya dah tahu saya ada masalah... terima kasih bonda kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang... bonda saya tahu mcm mana nak ambik hati saya walaupun saya kecewa... bonda saya pandai buat saya tersenyum dengan kata2 biasa, tapi penuh bermakna.. bonda saya tahu bila perlu tegas dan bila untuk berlembut dengan saya... tiada kata2 kasar penah saya terima... saya masih ingt lagi, kalau bonda saya marah, saya akan diam dan tidak bergerak... saya tidak menjawab kalau bonda saya marah... saya hanya perlu senyap sampai la bonda saya habiskan kata2 terakhir dan pergi... saya takut, kalau saya menjawab, bonda saya lagi marah dan membawa kepada derhaka plak.... even bila jadi suami org pun, syurga tetap di bawah telapak kaki ibu...... bila ingt balik, rasa lucu plak... hahaha... sayangilah ibu anda sementara ia masih ada...

perempuan datang dan pergi silih berganti.... tapi yang masih setia cuma satu...
yang tidak kisah bagaimana paras rupa saya cuma satu.....
yang tidak kisah taraf hidup saya cuma satu.....
yang memberi sepenuh kasih sayang kepada saya cuma satu....
yang memberi kata2 semangat, motivasi kepada saya tidak kira dalam saya susah atau senang cuma satu....
yang masih sudi menerima saya dalam baik atau buruk cuma satu... dan
yang mungkin akan sanggup menjaga saya hingga akhir hayat cuma satu....

Selamat Hari Ibu.



p/s : tgh compile cerita selama mana tak sempat tulis kat blog....

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..