Salam sejahtera buat pembaca budiman,
alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan yang penuh berkat... menjelma malah sudah diraikan hari ke 5 syawal... ku panjatkan sebanyak2 kesyukuran kepada Allah Yang Maha Agong atas kurniaan rezeki kesihatan yang baik kepada aku dan juga keluarga aku sepanjang ramadhan.. alhamdulillah...
tidak terlewat untuk aku ingin mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini.. terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yang tidak seberapa ini... aku hanyalah seorang yang ingin berkongsi pengalaman aku untuk dijadikan panduan jikalau ada yang boleh dimanfaatkan kepada semua... yang buruk, harap jangan contohi mahupun diikuti...
hari jumaat lepas aku balik kampung halaman yang tercinta.... sblm tu balik tu, tahun ni nampak mcm beraya sakan betul... hahaha.. seronok tahun ni... tapi ada juga yang tak seronok... seminggu sblm balik hp aku meletup... hohoho... tak der la nak update kerja2 aku di FB... terpaksa hantar kat celcom untuk tukar balik hp baru... alhamdulillah, masih dalam warranty.. so, pakai balik hp lama... setelah 4 tahun berulang balik kg naik mini cooper, tahun ni beraya pakai kereta mcm alza pulak.. alhamdulillah, rezeki Allah kasi yang WAJIB aku syukuri... syukran ya Allah... dapat bawak family pegi beraya satu keta je... dulu kena naik kereta asing2... skrang boleh naik ramai2... syukur... mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga...
perjalanan balik ke kg aku tahun ni memakan masa dalam 9jam 30 minit... tu dah siap campur berhenti rehat... terima kasih byk2 kat GPS kerana buat perjalanan lancar.. manakala perjalanan ke perak plak dalam 6jam 30 minit... yang ni plak terima kasih kat GPS dan juga satu application yang boleh tahu jalan jem ke tidak... thanks a lotttttttttt... byk menjimatkan masa aku pulang... hehe...
hari ni aku dah mula sambung keje aku... prepare untuk cari staff pada hujung minggu ni + jumpa company sec this weekend untuk dapatkan consultation bagi company aku ni... aku berdoa kepada Allah agar memberi aku staff yang terbaik yang loyal kepada company aku, boleh manage urusan company dengan baik dan boleh menjadi antara staff senior pada suatu hari nanti apabila company aku besar... semoga permohonan ini Allah makbulkan... amin...
kepada yang masih lagi berada di kg, aku harap berhati2 ketika memandu... sabar byk2... semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju yea... apa2 pun,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAIR DAN BATIN.... okeh..
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
Farhan Mohamad
No.1 Property Consultant
+6019.362.3578
1 comment:
selamat hari raya, apa pendapat anda mengenai ebook hartanah ini?
http://bit.ly/O2FnMt
Post a Comment