Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, dapat lagi kita bersama2 duk baca blog di muka bumi Allah ini.. syukur, masih diberi kesempatan menghirup oksigen yang dibekalkan... alhamdulillah... sehari dua ni panas berkenaan dengan cerita pasal kenaikan harga rumah yang membebankan... cadangan demi cadangan diutarakan... malah ada yang menulis di surat khabar permasalahan yang berlaku sekarang... boleh tengok kat FB aku untuk masalah dari insan yang menggelarkan dirinya - Bumbung Merah...
di fb aku ada share satu artikel pasal sorang bernama Bumbung Merah di utusan malaysia yang meluahkan perasaan nyer dek kerana harga rumah semakin mahal dan juga ada masalah yang ditimbulkan oleh sesetengan orang kaya yang mengambil kesempatan dalam membeli rumah2 yang murah... bagi aku bukan orang kaya je, tapi orang yang berpangkat dan mempunyai kuasa dalam sesuatu organisasi seperti pemaju, jabatan tertentu dan organisasi yang berkaitan dengan pembinaan hartanah...
asas kebenaran apa yg di tulis mmg ada kebenaran nyer... kalau kita tengok trend kenaikan ni, tahun 2020 nanti orang yang bergaji 14k sebulan sahaja yang mampu beli rumah teres di kuala lumpur(base on kajian)... wowoww... so, yang kerja biasa2 ni beli rumah ape? apartment? flat? tred kenaikan bagi aku skrang ni sungguh dasyat... imagine kalau 3 tahun lepas harga rumah teres boleh lagi dibeli dengan harga 180k, skrang at least 300k... baru je 3 tahun... aku baru je lepas settle jual satu rumah, owner ni beli dalam 4 tahun lepas then dia jual tahun ni, beli dalam 180k, skrang jual 460k... untung bersih 203k... perrghhh... tu pun dia cakap sikit je ni... i aspect bla bla bla... bersyukur la kak, tu la yg mampu aku cakap...
cadangan terbaru dari pengerusi spnb, rumah hendaklah dijual selepas 10tahun... perghhh... satu cadangan yang ekstrim bagi aku... lama betul tunggu baru nak jual rumah... tapi byk kebaikan untuk mereka yang ingin memiliki rumah... dan juga untuk pelabur.. kenapa?? mereka yang betul2 nak beli rumah, mereka dapat rumah dengan harga yang terbaik masa kini... maksudnya, harga rumah mungkin akan turun.. mungkin, tapi aku tak rasa la turun....even aku baca smlm pengerusi sunway cakap tak kan berlaku nyer property bubble kat malaysia ni... so, maksudnya harga rumah akan sentiasa meningkat... bg investor plak, mereka beli dan simpan.. buat sewa... cukup je 5 tahun, refinance rumah... cukup je 10 tahun dia jual... untung beb... refinance dah sekali untung, 10 tahun jual lagi untung base on capital appreciation.. maksudnya peningkatan harga rumah... bulan2 bukan dia bayar, penyewa yg bayar.. lepas refinance pun penyewa bayar jugak...
so, mcm mana nak kekang benda ni... selalu nyer, rumah ni kalau beli utk pelaburan org beli untuk dijual dalam masa kurang 5 tahun... cadangan aku, naikkan kadar RPGT ke tahap yang lebih tinggi... kalau sekrang less 2 tahun 10% je RPGT... dari tahun 1977 sampai 1984, penjualan rumah kurang 2 tahun kena RPGT 40%, tahun ke-3 30%, tahun ke-4 20%, tahun ke-5 10% dan tahun ke-6 5%.... kenapa kerajaan tak kuatkuasakan balik benda ni... berbalik kepada pokok asal masalah, kenapa ia menjadi makin mahal... sbb bila org beli rumah, auto di minda mereka, once rumah ni siap, confirm naik at least 10%... huhuhu... so, org yg beli tu nak jual balik lepas tu... beli sbb nak buat flipping... so, bila development kawasan A siap, then harga naik... kemudian duk setahun kawasan B plak siap, harga naik lagi... so, bila mcm tu kenaikan akan berlaku sepanjang2 nyer... hari ni, aku tengok satu develoment kat Banting, min 400k utk rumah teres... fuhhh... mahal giler.. sapa la yg mampu tu... org keje biasa2 mampu ke nak beli??? mmg patut la Bumbung Merah hantar surat tu kat surat khabar...
rumah merupakan satu keperluan skrang ni... dilembah klang ni, mmg satu keperluan yang terdesak bagi memiliki sebiji rumah... dari pekerja yang biasa2 hinggalah orang yang berstatus multi-jutawan, rumah satu keperluan... dengan kawasan tanah yang semakin terhad dilembah klang, harga semakin meningkat naikkk.. kerajaan hendaklah membendung harga yang semakin hari semakin melampau... jika gaji turut sama naik, its ok... tapi tak der nyer... semua benda naik, tapi gaji still pada takuk yg sama... inflasi, yes itu dinamakan inflasi... inflasi, kadar pengangguran dan juga kadar pertumbuhan ekonomi bergerak seiring.... aku terkesan satu benda pasal kadar pengangguran... minggu lepas aku buat interview jawatan kosong... yg apply lebih 40 orang even gaji kecik je ditawarkan... semua tu kebanyakan yg apply ada degree, ada master diploma ramai giler... bila interview, semua tak kisah asal keje je... huhuhu...
merdeka ohhh merdeka... esok akan disambut hari kemerdekaan malaysia ke 55... tahniah Malaysia, negaraku dah merdeka 55 tahun... dah lama... kalau keje, dah nak pencen dah... usia mematangkan kita dalam pekerjaan yang kita buat... lagi lama kita berada dalam satu2 kerja, lagi la kita master dalam pekerjaan tersebut... bagi aku, merdeka itu memberi satu kebebasan untuk kita berfikir cara kita... berfikir dengan bebas dengan melangkaui batas normal manusia biasa... apa yang mustahil??? tidak ada yang mustahil dalam dunia yang serba moden ini... kebebasan yang kita ada, hendaklah diiringi dan diseimbangi dengan perkara yang tidak menjatuhkan diri kita ke lembah yang negatif atau yang tidak baik... gunakanlah segala apa yang kita ada untuk sama2 kita membangunkan diri kita dan orang lain untuk sama kita maju ke hadapan.. rezeki ALLAH Maha Luas di atas muka bumi ini... tidak terjejas walau satu sen pun kalau kita berkongsi apa yang kita tahu kepada mereka yang perlu tahu untuk membantu orang lain maju... kita as orang ISLAM akan mendapat pahala membantu orang lain... kita tak sedar, dengan bantu orang lain itu kita telah membuat kebaikan yang hanya ALLAH sahaja tahu mcm mana nak membalasnya... sama2 la kita berkongsi apa yang kita ada untuk sama2 membantu kawan kita, jiran kita, saudara kita mahupun orang disekeliling kita... tidak semestinya berkongsi wang ringgit, tetapi ilmu pengetahuan, tenaga mahupun idea yang boleh memberi manfaat kepada orang lain... sempena hari merdeka ni, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka dan sama2 kita berfikir apa erti merdeka untuk diri kita... muhasabah diri kita, perbaiki apa yg perlu dibaiki dan kenali diri kita untuk kita mengenali Pencipta kita... semoga kemerdekaan dalam diri kita akan mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan lebih dekat dengan Pencipta kita...insya-Allah... okeh..
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
Farhan Mohamad
No.1 Property Consultant
+6019.362.3578
+6019.362.3578
1 comment:
Supply and demand. Basic economy. Orang golongan sederhana bukan Melayu je. Semua dalam golongan ni mengalami kesukaran untuk membeli rumah sebagai kediaman. Tapi tengok la cara hidup masing2. Kalau pakai kereta sampai dua janganlah mengeluh tak mampu beli rumah. Property bubble takkan berlaku kat Malaysia? Mungkin takkan berlaku nation wide, tapi sesetengah kawasan boleh terjadi fenomena tersebut. Kalau dah kebanyakan projek baru rumah teres harga permulaan setengah berapa ramai yang mampu beli? Kalau ramai yang beli tu baguslah, tanda ekonomi negara maju. Ramai yang berpendapatan tinggi. Tapi kalau penawaran lebih daripada permintaan, apa akan jadi?
Post a Comment