Wednesday, July 13, 2011

Lawyer ohh Lawyer + 5 tipss...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, smlm byk benda yg dapat aku buat.... survey rumah, call lawyer, hantar laporan survey dan sebagainya... smlm boleh dikatakan hari yg best jugak kepada aku... sbb minggu ni byk berita baik yg aku terima dan dapat... alhamdulillah... semoga benda ni berpanjangan..insyaAllah... tapi ada jugak benda yg kurang baik berlaku... tapi aku redha dan itulah ketentuan Ilahi...

tapi satu benda yang aku nak ceritakan disini... Lawyer oh Lawyer... bukan nak memburukkan atau merendahkan kredibiliti lawyer firm, tapi inilah kenyataan... dulu, ada satu firm yang selalu aku engage... boleh tahan la jugak file aku kasi sana... but then ada sesuatu yang berlaku... so, beberapa file aku sendiri masih lagi sangkut... for the first 1 year, aku boleh sabar... but, ni dah masuk tahun ke 3, aku tak boleh sabar lagi... imagine, file aku dah 3 tahun tak settle... aku dah cakap buat double transfer, berkeras jugak nak buat direct transfer... tak paham aku... dulu, aku selalu jugak cakap kat aku punya buyer, call je lawyer hari2... skrang ni, aku plak yg call hari2... geram giler... nak dapatkan consent, almost 3 months.. giler kan... dari bulan 3 sampai la minggu ni... hari2 aku call...

lawyer yg handle ni pun aku geram jugak... aku sms tak balas... aku call kadang2 tak angkat... dah tak angkat, tak reti plak nk return call... call ofis, cakap nama aku, "nanti dia call encik balik" - kata telefonis tu.... bila menyamar org lain, boleh plak angkat... geram tak??? fee? aku dah bayar full ok... lain kali, korang tak yah la bayar full fee.. bayar separuh je... separuh pun diorg dah boleh buat keje... just modal nak bayar duti setem je.... aku kadang2 rasa upset dengan diorg ni... sedih beb.. 3 tahun bukan satu tempoh masa yg sekejap... banyak sangat benda yg tertangguh... tapi semua tu, mungkin sudah di takdirkan kepada aku.... kepada client2 aku, aku minta maaf sangat2 kalau file korang lambat sbb aku refer kepada this lawyer firm... dulu ok, tapi skrang dah makin teruk... pasal consent tu, aku call baru terhegeh2 nak check dah keluar ke belum..kalau tak call, bila diorg nak bgtau aku??? terkilan sangat aku... sejak tahun lepas lagi, aku dah pelbagaikan lawyer aku... alhamdulillah, firm lain bagi reponse yg bagus kepada aku... diorg tahu apa yg agent nak, dan aku tahu untuk menyenangkan diorg... so win-win situation k...

dalam hidup ni mcm ni la, kadang kita berasa bahagia sangat2 tapi kadang2 kita rasa amat sedih dan tak tertanggung... inilah kenyataan hidup yang perlu kita alami selagi bergelar manusia di muka bumi Allah ni... kalau kita dah bergelar jasad, kehidupan ini tinggal kenangan dan amal kita menjadi perhitungan... kita kena belajar untuk menerima takdir kepada kita... kita boleh berdoa agar takdir kepada kita hanyalah perkara2 yg positif sahaja... perkara yg mendukacitakan kita minta di jauhkan... itulah kita...

ramai org yg tanya aku, jom JV... bg aku, maaf byk2 sbb aku ni payah skit nk JV.. tak tahu la.. sbb dah byk kena kan... kena tipu la, kena janji2 manis la... so dah jadi susah untuk menjadi partner kepada org lain... kadang2 kepercayaan kita bagi ni senang2 je di rosakkan di belakang kita... so apa perasaan??? sedih, terkilan, nak marah dan sebagainya kan... itu lah... rasa tak tahu nk cakap apa dah... tp hidup ni kena teruskan jugak... banyak berbicara tidak memberi apa pun melainkan letih berkata2 dan tiada tindakan... bg aku, kita perlu peka dalam apa benda yg kita buat... peka kepada org sekeliling.. tahu, paham dan mengerti apa yg berlaku dan akan berlaku... kena pandai predict dan juga ambik tindakan... kita hendaklan prihatin... bila pernah di tegur, masukkan terus dalam kepala, hafal kalau tak berapa faham... if like this, do this... if like that, do that... ohh ini tak boleh, jangan buat..ohh ini boleh go on... banyak benda kalau kita perhatikan dalam hidup ni... aku ni jenis yg malas untuk nak bercakap beratus kali benda yg sama... bila aku naik fed-up, aku tak hirau siapa kamu... anak tan sri, menteri ke... sama je aku sembur... huhuhu... mcm melauhkan perasaan plak... hehehe.. bukan apa, inilah benda yg selalu berlaku... huhuhu... so, dah jadi lali dah...

keyword : PEKA, HAFAL

dalam aku belek2 muka buku, terjumpa benda ni... ohh best jugak... 5 tips untuk berjaya dalam perniagaan.. aku rasa benda ni praktikal... alhamdulillah, ada jugak 5 tips ni aku buat so far it works... alhamdulillah...

5 Tips menggunakan psikologi untuk berjaya dalam perniagaan :

Berpandukan kepada Prinsip ‘law of attraction’ apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini.. anda kata “aku mahu isteri yang cantik” tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda “aku tak hensem, mana layak..”.JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya “aku selalu gagal dalam bisnes internet” gunakan affirmations seperti berikut “aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini “aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda “aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.”

5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

harap benda ni boleh menjadi salah satu panduan dalam hidup kita... banyak lagi cara yg lain, tapi mungkin ini salah satu cara nyer.. semoga perjalanan bisness, kehidupan kita berjalan seperti dirancang... insyaAllh... okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

3 comments:

zz said...

psstt.. nk tanya? lawyer mana yg lem*** sgat tuhh??

Derok said...

aku kalau dengar bab2 lawyer lembab ni mmg cepat panas..

ko mention je firma lawyer2 yg lembab tu..moralnye, supaye org len berwaspada..

p/s:- tapi aku x sure la kalau lawyer lembab tu akn saman ko blk kalau ko mention firma die..heee

Jom2Lelong said...

hahaha... aku berurusan dgn beberapa lawyer firm... ini salah satu nyer la... eh, mana boleh ckap, bahye weh... but i hope they will improve in term of PR and services..