Wednesday, July 13, 2011

Kena 'Pau' Di Lelong

Salam sejahtera buat pembaca yangg budiman, alhamdulillah...

fuhhh.. tajuk pun dah mcm KL Gangster dah... aku tak sure tajuk ni sesuai ke atau terlampau sangat... tapi itulah hakikat... sapa penah pegi lelong angkat tangan???? ohh ramai gakkk... ok2.... hehhehee... kisah ni masih lagi panas kat telinga aku... baru je 2 3 hari lepas... aku nak tulis, tapi lupa nak tulis... huhu.. aku mmg terkesan giler bila budak ni call aku... aku namakan budak ni MrZ... MrZ ni dah dapat rumah lelong hari tu.. alhamdulillah... aku tak sempat pun nk pegi, tapi aku cakap by fon... so, dapat la rumah tanpa org kacau... aku jugak dah bg conatct utk urusan lawyer...

aku dah bg nasihat, again n again..dont and dont terima tawaran dari mana2 org terutama encik ulat... tiap kali mrZ call, aku cakap benda ni... 2 3 hari lepas, dia call aku... "bang, saya masuk auction ni..." then dia cakap la apa terjadi kalau dot dot dot... aku jawab la dengan dot dot dot... suara mcm lain, aku pun tanya ni pesal... baru la dia citer.. minggu sblm ni dia kena pau RM2k... gilerrrr.. aku terus cakap, u ambik tawaran dari encik ulat ke? di jawab nyer... YA... habissss... so ni kira nak balas balik la ni... just forget itttt.... dia tanya aku kenapa?? diorg cabel besar beb.. jangan cari pasal dgn diorg...

meh aku citer kisah dia kena pau... dia masuk satu rumah... then, ada 6 org semua nyer, tp encik ulat dapat jumpa 5 org je dan mrZ salah sorg... oleh kerana mrZ ni amat baru berjinak2 dalam lelong ni, dia terima la tawaran... time auction, org yg terlepas sorg ni buat bidaan..so kira terbatal la janji tu kan.. then enZ pun bid la jugak.. then kalah.. encik ulat tarik mrZ suruh bayar diorg sbb katanyer langgar janji.. giler sungguh... then dia kata tak der duit... apa lagi, encik ulat panggil Ah Long datang suruh dia pinjam dengan Ah Long... aku dengar mmg terkejut beruk... sampai mcm tu sekali... aku rasa sbb dia ni nampak mcm boleh 'pau' kot.... so, di sbbkan takut, dia bayar jugak 2k... giler tak... sblm ni aku dah dengar siapa diorg ni... mmg aku pun terkejut bila member aku citer pasal encik ulat ni... bukan semua, tapi kebanyakan... nk citer, kita minum kopi... tapi kalau boleh, jangan deal k..plzzz....

so mrZ pun nak balas balik la kot2 dapat balik 2k tu... aku cakap kat dia jangan la... diorg mmg org cabel besar... mrZ tak kenal sesapa pun kat lelong tu... bahye giler... at least, pegi la dengan kawan... kalau org nk mintak deal, tolak elok2... tak yah nak kasar2... kat auction, aku mmg ada kawan kalau ada masalah... alhamdulillah, kalau ada org nak kawtim, aku suruh cakap dgn 'boss' aku... mmg kena ada cabel kalau selalu datang auction.. lama2 diorg kenal la siapa kita... so diorg pun kalau nak kawtim, dah tahu siapa nk contact...

pasal gaduh kat lelong... byk kali dah beb, tp bukan aku... kat mahkamah jalan duta siap kerusi terbang... giler tak... siap panggil pengawal lagi... tu kat mahkamah... kalau kat private auction ni, lagi la... ada yg bergaduh2... dulu depan mata aku time auction tak habis lagi, dah mula gaduh... aku tulis ni bukan nak menakutkan siapa yg nk masuk auction, tapi berhati2... jangan jadi mangsa... ramai je org masuk auction tak der apa2, tapi ada jugak yg kena... selalu nyer kat mega auction jarang la berlaku.. ni kes yg private auction.. so again, tak yah la nak deal k... kalau nk deal pun tak pe, tp make sure korang kenal siapa dia... kalau diorg tipu mcm mana??? aku penah deal dulu... sbb aku kenal siapa org tu, aku penah minum skali dgn dia dan dia mmg selalu ada kat auction... so berwaspada la pasal ni... aku tak nk dan tak suka kalau benda ni berlaku... rasa tak sedap la... so, harap2 korang sebar la benda aku cakap ni kepada sapa2 nk pi auction k... again, hati2...

aku harap, apa yg aku tulis ni sedikit sebanyak memberi pengajaran atau membantu korang dalam urusan masing2... aku cuba untuk menyampaikan apa yg termampu sahaja... mungkin tak semua aku buat betul dan aku memerlukan teguran membina dalam apa yg aku buat... aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.. aku dan pihak jom2lelong memohon maaf sekiranya aku dan pihak jom2lelong terkasar bahasa pertuturan, terasa di hati kalian, mahupun menggangu emosi kalian dengan perkataan2 yg tidak sepatutnya di post ini... okeh...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Lawyer ohh Lawyer + 5 tipss...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, smlm byk benda yg dapat aku buat.... survey rumah, call lawyer, hantar laporan survey dan sebagainya... smlm boleh dikatakan hari yg best jugak kepada aku... sbb minggu ni byk berita baik yg aku terima dan dapat... alhamdulillah... semoga benda ni berpanjangan..insyaAllah... tapi ada jugak benda yg kurang baik berlaku... tapi aku redha dan itulah ketentuan Ilahi...

tapi satu benda yang aku nak ceritakan disini... Lawyer oh Lawyer... bukan nak memburukkan atau merendahkan kredibiliti lawyer firm, tapi inilah kenyataan... dulu, ada satu firm yang selalu aku engage... boleh tahan la jugak file aku kasi sana... but then ada sesuatu yang berlaku... so, beberapa file aku sendiri masih lagi sangkut... for the first 1 year, aku boleh sabar... but, ni dah masuk tahun ke 3, aku tak boleh sabar lagi... imagine, file aku dah 3 tahun tak settle... aku dah cakap buat double transfer, berkeras jugak nak buat direct transfer... tak paham aku... dulu, aku selalu jugak cakap kat aku punya buyer, call je lawyer hari2... skrang ni, aku plak yg call hari2... geram giler... nak dapatkan consent, almost 3 months.. giler kan... dari bulan 3 sampai la minggu ni... hari2 aku call...

lawyer yg handle ni pun aku geram jugak... aku sms tak balas... aku call kadang2 tak angkat... dah tak angkat, tak reti plak nk return call... call ofis, cakap nama aku, "nanti dia call encik balik" - kata telefonis tu.... bila menyamar org lain, boleh plak angkat... geram tak??? fee? aku dah bayar full ok... lain kali, korang tak yah la bayar full fee.. bayar separuh je... separuh pun diorg dah boleh buat keje... just modal nak bayar duti setem je.... aku kadang2 rasa upset dengan diorg ni... sedih beb.. 3 tahun bukan satu tempoh masa yg sekejap... banyak sangat benda yg tertangguh... tapi semua tu, mungkin sudah di takdirkan kepada aku.... kepada client2 aku, aku minta maaf sangat2 kalau file korang lambat sbb aku refer kepada this lawyer firm... dulu ok, tapi skrang dah makin teruk... pasal consent tu, aku call baru terhegeh2 nak check dah keluar ke belum..kalau tak call, bila diorg nak bgtau aku??? terkilan sangat aku... sejak tahun lepas lagi, aku dah pelbagaikan lawyer aku... alhamdulillah, firm lain bagi reponse yg bagus kepada aku... diorg tahu apa yg agent nak, dan aku tahu untuk menyenangkan diorg... so win-win situation k...

dalam hidup ni mcm ni la, kadang kita berasa bahagia sangat2 tapi kadang2 kita rasa amat sedih dan tak tertanggung... inilah kenyataan hidup yang perlu kita alami selagi bergelar manusia di muka bumi Allah ni... kalau kita dah bergelar jasad, kehidupan ini tinggal kenangan dan amal kita menjadi perhitungan... kita kena belajar untuk menerima takdir kepada kita... kita boleh berdoa agar takdir kepada kita hanyalah perkara2 yg positif sahaja... perkara yg mendukacitakan kita minta di jauhkan... itulah kita...

ramai org yg tanya aku, jom JV... bg aku, maaf byk2 sbb aku ni payah skit nk JV.. tak tahu la.. sbb dah byk kena kan... kena tipu la, kena janji2 manis la... so dah jadi susah untuk menjadi partner kepada org lain... kadang2 kepercayaan kita bagi ni senang2 je di rosakkan di belakang kita... so apa perasaan??? sedih, terkilan, nak marah dan sebagainya kan... itu lah... rasa tak tahu nk cakap apa dah... tp hidup ni kena teruskan jugak... banyak berbicara tidak memberi apa pun melainkan letih berkata2 dan tiada tindakan... bg aku, kita perlu peka dalam apa benda yg kita buat... peka kepada org sekeliling.. tahu, paham dan mengerti apa yg berlaku dan akan berlaku... kena pandai predict dan juga ambik tindakan... kita hendaklan prihatin... bila pernah di tegur, masukkan terus dalam kepala, hafal kalau tak berapa faham... if like this, do this... if like that, do that... ohh ini tak boleh, jangan buat..ohh ini boleh go on... banyak benda kalau kita perhatikan dalam hidup ni... aku ni jenis yg malas untuk nak bercakap beratus kali benda yg sama... bila aku naik fed-up, aku tak hirau siapa kamu... anak tan sri, menteri ke... sama je aku sembur... huhuhu... mcm melauhkan perasaan plak... hehehe.. bukan apa, inilah benda yg selalu berlaku... huhuhu... so, dah jadi lali dah...

keyword : PEKA, HAFAL

dalam aku belek2 muka buku, terjumpa benda ni... ohh best jugak... 5 tips untuk berjaya dalam perniagaan.. aku rasa benda ni praktikal... alhamdulillah, ada jugak 5 tips ni aku buat so far it works... alhamdulillah...

5 Tips menggunakan psikologi untuk berjaya dalam perniagaan :

Berpandukan kepada Prinsip ‘law of attraction’ apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini.. anda kata “aku mahu isteri yang cantik” tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda “aku tak hensem, mana layak..”.JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya “aku selalu gagal dalam bisnes internet” gunakan affirmations seperti berikut “aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan”

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini “aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan” ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda “aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati.”

5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

harap benda ni boleh menjadi salah satu panduan dalam hidup kita... banyak lagi cara yg lain, tapi mungkin ini salah satu cara nyer.. semoga perjalanan bisness, kehidupan kita berjalan seperti dirancang... insyaAllh... okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, July 12, 2011

Property market is entering a 'mini ice age' and won't recover for a decade

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, aku dapat artikel ni dari DailyMail... oleh sbb kat UK sana ekonomi jatuh di sebabkan banyak faktor.. salah satu nyer, ketidakseimbangan negara Eropah yang kaya dan juga miskin, kebanjiran org2 negara Eropah yang miskin masuk ke UK secara berlebihan dan sebagainya... benda2 ini memberi kesan terhadap ekonomi mereka dan salah satu yg terjejas ialah PROPERTY...so, ini adalah satu peluang untuk membeli hartanah di sana...

The housing market is entering 'a mini ice age', with anybody who bought between 2006 and 2008 among the biggest losers, a top firm of accountants has claimed. It warns Britain's 18million homeowners that prices may not recover to their peak levels for more than a decade.

The report, from Pricewaterhouse Coopers, says there is a 'near 50 per cent chance' that prices will still be underwater in 2020.

Depressed: House prices may not recover to their peak levels for more than a decade, a new report has warned

At the price peak in 2007 the cost of the average property was just under £200,000.But the same home is currently worth £160,000, a fall of £40,000, equal to 20 per cent of the property's value at the peak.

John Hawksworth, chief economist at PWC, said: 'There is a near 50 per cent chance that real house prices in 2020 could be below 2007 levels.' He blames the housing crisis on a long list of woes, from the battle to get a mortgage to the poor pay rises or pay freezes being given to workers. In a warning to homeowners worried about the value of their house, he said: 'It is likely to be a long and bumpy road to full recovery.'

The PWC report, published today, also lists the 'losers', if its bleak prediction about the housing market is correct. The worst-hit will be people who bought 'at or close to the top of the market', that is between 2006 and 2008. Many will be in negative equity because they took out a massive mortgage to buy the property, possibly 125 per cent of the property's value, but it is now worth less than the size of their loan.

Other 'losers' will be people who want to move to London or the rest of the South East from elsewhere in Britain.

For Sale signs in London: The capital is the only region of the UK where house prices continue to rise

This is because prices continue to rise in London, unlike any other region, which means the capital is becoming increasingly unaffordable for those who live elsewhere but want to move. It comes as a separate report, from the Royal Institution of Chartered Surveyors, also warned of the country's 'depressed' property market.

One estate agent, from Bridlington, East Yorkshire, said: 'I have seen the ups and downs of the property market over the past 40 years. 'But this is the longest and deepest I have experienced and I still cannot see any improvement for the next couple of years.'

RICS said the typical estate agent is selling just one property a week, which is locking people into homes which they are desperate to sell.

Another agent, from Hampshire, said buyers are 'very price conscious' and offering 'five to 10 per cent below even reasonable asking prices.' The nightmare facing first-time buyers is one of the biggest problems facing the housing market, according to PWC.

The Council of Mortgage Lenders said yesterday a young person is typically force to put down a deposit worth 20 per cent of the purchase price. Before the credit crunch struck in 2007, the average deposit of a first-time buyer was just 10 per cent.

Nicholas Leeming, business development director of Zoopla.co.uk, the property website, warned the housing market will 'remain in the doldrums' unless the mortgage freeze stops.

Peter Rollings, chief executive of the estate agents Marsh & Parsons, said: 'The reality is that getting a mortgage remains an uphill battle for the average first-time buyer.'

The PWC report is based on 'real' house prices, which means it is looking at house prices after stripping out the impact of inflation.

Overall, it predicts 'real' house prices will rise just one per cent between 2007 and 2020.






Source : DailyMail

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, July 11, 2011

Last Paper - BOVEA Exam

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dah selosai sudah exam minggu lepas... mmg aku menjangkakan yang aku akan dapat keputusan yang kurang baik... sbb apa?? sbb nak ambik CEA la... hehehe... dah hari pertama duk promote benda tu... mana la tak down aku nyer semangat... tp apa2 pun, aku dah mencuba... alhamdulillah... ni di antara pic untuk exam tersebut... ni last paper... Building Technology I.... okeh...







p/s : BOVEA -
Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia aka LPPEH

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, July 7, 2011

Slide Strata Title Act

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, ramai sangat yang access untuk dokumen ni..so aku open untuk tatapan semua ok... harap ia berguna untuk kita semua.... hepi readingggg.... okeh...

Related : http://jom2lelong.blogspot.com/2010/08/strata-title-act.html





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, July 5, 2011

Hot News.......

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, hari ni selesai 2 paper... semoga lulus... tapi, ada berita yang hot time nak masuk exam tadi... sebelum tu aku nak ceritakan hot news pasal projek PR1MA tu... hehe.. sblm ni aku ada tulis pasal projek ni cuma tak kasi tahu sbb takut terlebih awal info plak... so, bila PM dah umum, tu la projek rumah mampu milik yang akan di bina... banyak tempat nyer dan korang boleh la pilih.. oleh sbb rumah ni tak leh jual dalam masa 10 tahun, so kena la pilih lokasi yang terbaik untuk sewa yang tinggi.. so pandai2 la pilih yea....

ke dua... ni ha, sapa nak jadi agen hartanah... tak payah lagi nak sit for the exam... ambik je kelas... full time on weekdays manakala part time on whole day on saturday... so, tak yah lagi ambik 12 paper yang makan masa bertahun tu... ni lagi senang, yuran pun aku dengar tadi tak mahal sangat la... berbaloi la kalau dapat lesen nanti... here we go on the pemplet... sebar2kan kepada semua k.... okeh...






p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, July 3, 2011

Aku Tetap Berjaya walaupun aku tak solat...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,


alhamdulillah, dapat lagi bersua... minggu 5-6-7 hb ni, kebanyakan ejen hartanah ada peperiksaan untuk mendapat lesen E... so, sama2 la kita doakan mereka2 ini berjaya... dalam dunia hartanah ni, kebanyakan nyer di monopoli oleh pihak2 yang bukan beragama Islam dan mereka amat berjaya... tetapi, kita bukan tak berjaya, tapi masih dalam perjalanan untuk berjaya... kita juga tengok kawan2 kita yg sama agama dengan kita juga berjaya even dia tak menunaikan suruhan agama... ohh kenapa begini ????


aku sempat baca notes dalam FB dan rasa, ramai kat luar sana nak baca dan tahu benda ni.... insyaAllah, agar ia memberi manfaat bersama...


Story mory begins....


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya.


Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.


Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak.


Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula okeh...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..