Thursday, July 29, 2010

Penyewa, tuan rumah dan email

Salam sejahtera buat pembaca budiman,
alhamdulillah, smlm aku dapat settle 2 biji rumah sewa di usj dan juga di petaling jaya... syukur pada Allah... hari ni aku nak mencoretkan kisah aku smlm... nak bercerita je aku ni...hehehe... ni pengalaman aku yang boleh aku share... dalam aku buat real estate ni, aku banyak deal dengan owner terutamanya... tak kira dalam beli rumah atau sewa rumah... untuk sewa rumah. owner selalunya akan memberi kreteria tertentu seperti nak wanita, nak student, nak yg berkahwin dan sebagainya... so tanggungjawab penyewa setelah di terima menyewa mestilah menjaga hubungan dengan tuan rumah atau penjaga rumah dengan sebaik mungkin... jangan anggap rumah yang kita sewa tu sebagai satu tempat yang kita suka2 nak buat rosak ke, conteng2 ke.. buat la rumah tu mcm rumah kita sendiri... aku mmg nak tekankan, hubungan dengan owner atau penjaga rumah mmg kena jaga sangat2... kenapa aku cakap gini? sbb skrang ni, ada penyewa yg hanya call time nak masuk sewa dan keluar rumah tu.. ada yang masukkan duit sewa tiap2 bulan tanpa pemberitahuan kepada owner... dalam TA yang aku buat, aku mmg WAJIB kan kepada penyewa untuk sms/call bila masuk duit sewa bagi tujuan rekod... mmg WAJIB... tak der alasan... smlm, aku juga ke ipd kajang untuk memberi sokongan kepada org terdekat aku dalam membuat laporan polis.. sapa baca facebook tahu la kot... so kat sana, 2 org ni datang ke balai polis untuk buat report gak... aku dengar la, diorg buat report polis sbb nak masuk rumah sewa diorg... owner solex pintu rumah... sbb diorg tak bayar sewa... so diorg terpaksa buat report polis untuk ambik barang dalam rumah tersebut... sbb tu, aku tekankan kita kena jaga hubungan dengan owner... kalau tak mampu bayar sewa, slow talk betul2 dengan owner... jangan sampai berperang dan bermasam muka dengan owner... bahaya tu... dalam kes tu, aku rasa owner tak salah... sbb tak bayar sewa kan... tak tahu la berapa bulan sampai owner solex rumah tu.. tapi as owner jugak, kena ada sedikit tolak ansur.. tapi jangan sampai kena pijak kepala... pandai2 la tolak ansur mcm mana... lain org, lain la cara tolak ansur nyer... tapi kena ada la sedikit...

dalam dunia IT skrang ni, email mmg memainkan peranan penting sangat2... nak berhubung dengan org di luar negara, kawan2 dan sebagainya... smlm, aku ada check email.. email ni aku create sejak aku belajar diploma lagi... just berhubung dengan rakan2... mmg aku jarang bukak email ni.. dan smlm aku bukak, terkejut aku bila ada notification dari GMAIL yang menunjukkan ada org access email ni dari China.. mmg aku terkejut... password email ni time Gmail dulu hanya 6 digit je.. so agak senang nak hack pakai software tertentu... bila aku tengok kepada tarikh yang di access, mmg nampak dalam spam yang ada beberapa email yang di hantar dalam bahasa cina kepada aku... mungkin ni salah satu cara nk hack kot... untuk keselamatan email ni, aku terpaksa change password yang lebih complex... password kalau kita buat abjad sahaja nampak mcm secure kan... tapi kalau gabungkan dengan nombor lagi secure.. tapi kalau di tambah plak dengan symbol lagi lagi la secure... kenapa? sbb ada sesetengan sofware yg tak boleh baca symbol... so boleh la letak ^#*& dalam password untuk lebih secure lagi... ni 1st time aku kena... kalau la hilang email ni, nanti susah la nak berhubung balik dengan rakan2... sbb ada member2 aku yg email diorg di gunakan oleh org lain.. 2 minggu lepas pun, aku ada dapat email yg mengatakan member aku ni kat sepanyol dan perlukan duit... so aku tepon member aku, then dia cakap itu bukan dia... terus dia nak masuk email tak dapat sbb password dah kena tukar... last sekali, kena jawab question untuk diorg resetkan password... nasib baik la dia ni ingt question tu... then dapat la balik email tu.. bila tengok balik, org yg hack ni hantar email yg sama kepada semua rakan2 dia, client2 dia dan semua email yg ada dalam address email tu... so hati2 la.. terutama yg menjalankan bisness.. kang di hack, habis data pelanggan... mintak di jauhkan la benda2 mcm ni...

just nak ucap terima kasih kepada member2 yg membantu aku dalam mencari beberapa info yg aku minta smlm.. thanks sangat2... info tu amat berguna untuk aku membantu org tu insyaAllah...ingt lelong, jom2lelong..okeh...





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

5 comments:

sourplum said...

bahaya nih

Anonymous said...

"just nak ucap terima kasih kepada member2 yg membantu aku dalam mencari beberapa info yg aku minta smlm.. thanks sangat2..." - aku ke bro? ssshhhhh-haha! janji dah settle!!

Jom2Lelong said...

re sourplum : berjaga2

Jom2Lelong said...

re Anonymous : ko la salah sorg... info aku grab 2 3 org utk match data agar sahih... tq yea bro...

Anonymous said...

alhamdulillah bro.. bantu sket2 jer stakat yg mampu..