Friday, July 30, 2010

Hormati Hak Orang Lain

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, baru je balik dari klinik... bukan sakit tapi buat rawatan tampal gigi... biasa la, bab menunggu tak yah cakap la.. dari kul 8.45 sampai la kul 10.45 baru la dapat jumpa dentist... tampal satu gigi, then kena datang balik buat filling another appointment in 11/10... lama giler... huhuhu... dah lama dah aku nak gi, tapi hari ni baru berkesempatan... alhamdulillah, ada sedikit kelapangan... ramai gak la org hari ni, tapi sbb tak der apa nak buat pagi ni, so tunggu dengan tabah dan tenang sbb mind set dah tahu akan menunggu dengan lama... nak datang tu dah niat kena sabar banyak2 sbb akan menunggu... hehehe...

smlm aku banyak membaca blog2 pasal hartanah, investment, perniagaan dan sebagainya... dan smlm gak aku jumpa member kat seri kembangan sbb dia nak beli rumah... just bg beberapa advise yg aku tahu untuk dia... dalam banyak2 aku membaca, aku tertarik dengan satu tajuk berkenaan dengan rezekiku di sini...as penulis blog, aku harap pembaca open dengan pendapat orang lain.. kalau kita tengok dalam dunia ni, ramai orang berjaya, ramai org kurang berjaya dan ada yang baru nak berjaya... ada org kaya, ada org miskin...ada org mampu segala2nya dan ada org kurang berkemampuan... ada org bekerja sendiri, ada org keje dengan org lain dan mcm2 kerja dalam dunia.... kalau kita perasan, semua itu ada fungsi dan peranan yang tersendiri... sebagai contoh, seorg rakan aku..dulu buat MLM then lingkup... then buat pulak insuran lingkup gak... then skrang kerja sendiri... mmg best income dia sekarang... kenapa ada org buat insuran kaya raya...kenapa dia buat tak leh?... salah satu sbb nyer ialah takdir Allah... dia telah di takdirkan untuk bekerja sendiri... tapi dia berusaha dulu buat kerja lain... bila berusaha, akhirnya dia di pertemukan dengan bekerja sendiri.. semua ini aku nampk mcm satu proses untuk mencari apa yg diri kita nak... aku tengok, ada org buat insuran sampai kaya raya... ada org buat MLM sampai jadi jutawan... mungkin itu kelebihan diorg kat situ... setiap org, tak semua berada pada satu benda... mungkin si A berkelebihan di tempat marketing, si B berkelebihan dalam berjumpa org dan mcm2 lagi... kenali potensi diri... tetapi, bila kita kenali diri sendiri, kita hormati la org lain juga...

ini kisah benar aku nak cerita... ada org yg sudah income mencecah puluhan ribu sebulan mengherdik org lain... dia ingt hanya dengan perniagaan mcm dia sahaja yang akan berjaya... bukan mcm tu... kalau la tak der penanam sayur, tak makan sayur la kita... kalau tak der nelayan ke laut, tak makan ikan la kita... so hormati la pekerjaan org lain... rezeki Allah bagi di dunia adil untuk semua umat... siapa yang usaha lebih, insyaAllah dapat lebih.. mungkin ada yang benasib baik akan dapat lagi la lebih... setiap org bekerja dengan pekerjaan yang mana diorg rasa selesa... mcm nelayan jugak, diorg selesa bekerja mcm tu.. ada yang bila kita suggest buat bisness, diorg selesa bekerja dengan org lain...tak per, kita hormati diorg... mungkin org lain ada cara yang tersendiri dalam menentukan hidup diorg... kita kena la hormati k...

smlm terbaca juga satu kisah pasal pemilikan rumah kos rendah... aku pun ada menerima tawaran untuk membeli rumah kos rendah yang di khususkan kepada org yang belum memiliki rumah, yang household income kurang RM2500 sebulan dan bermastautin di kL dan selangor... mmg aku nak ambik dah... lokasi dia tak yah citer la.. sewa at least 700 sebulan dan freehold dan satu tempat lagi lebih kurang 750-900 sebulan leasehold bermula tahun lepas... mmg best sangat2... tapi entah mcm mana, satu hari tu aku berbincang dengan beberapa org yang baru aku kenal... diorg bercerita pasal hak dan juga rezeki yang halal... terkedu bila aku dengar jangan ambik hak org lain... sama ada kita ada kuasa mahupun kedudukan kewangan yang baik, jangan tindas org lain... aku mmg terfikir balik... tawaran ni mcm mana? so bila aku balik, aku decide tolak tawaran tersebut... betul cakap org tu, kalau aku ambik pun, dah ambik hak org lain... mungkin ada org lain yang lebih berhak... jgn ikut org lain buat... mmg ada yang bergaji beribu2 tapi masih nak gak dapatkan rumah kos rendah... kalau tiru mcm tu, sampai bila2 tak selesai... tak pe lah, terlepas 2 tempat yang best.... aku rasa, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku pada aku... mmg ada kawan2 minta nak, tapi diorg pun rumah dah ada... bg la kat org lain...

jom2lelong minta maaf byk2 kalau artikel ni ada menyinggung perasaan atau emosi kawan2 pembaca... jom2lelong hanyalah manusia biasa juga yang membuat silap dalam sedar mahupun tidak... tapi jom2lelong hanya menulis bagi memberi kesedaran buat diri jom2lelong khasnya... kadang2 kita alpa dalam kesibukan membuat perancangan tanpa mengambil pertimbangan yang sewajarnya... dari atas, tengok lah di bawah... apa rasa kita kalau ada di bawah? renung dan pandanglah dengan mata hati agar kita bersama2 mensyukuri nikmat yang di beri.. insyaAllah...ingt lelong, jom2lelong..okeh...

p/s: salam hari jumaat....

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

8 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn pandangan rakan2 Farhan. Saya ada jg brbrp kali dpt tawaran utk beli rumah / apt kos rendah. Hati & nafsu mmg nak tapi akal tetap berkata itu hak orang yg lbh layak wpun terfikir, kalau kita tak rebut peluang tu, orang lain akan ambil. Apapun, niat takkan menghalalkan cara.. yg penting, keberkatan rezeki

Jom2Lelong said...

re Anonymous : ya betul... keberkatan rezeki... sangat mendalam untuk di huraikan.. terima kasih comment anda...

Nusin Bin Ahap said...

aku sokong sangat apa yang u kata.. info baik kena teruskan..
selamat maju jaya

Anonymous said...

beli rumah lelong kos rendah termasuk ke dlm kes ni..ambil hak org lain

Jom2Lelong said...

re Anonymous : beli rumah lelong yg tak der sekatan tak termasuk... itu open... lelong pun ada 2;yg ada sekatan dan ada yg tak der... kena check...

en_me said...

insaff kanns.. salamm jumaat abang farhan tewww..

Anonymous said...

saya baru dapat beli rumah lelong..kawasan best..return insyallah masyuk..jumpa owner lama..dia cite nak beli rumah tu balik..pasal dia tak tau rumah tu kena lelong..rumah 2 nama..dia & abg dia..gaduh punya pasal..rumah kena lelong..patut tak saya jual rumah tu balik?

Jom2Lelong said...

re Anonymous : personal opinion saya... tak patut jual.. kenapa nak jual? bukan senang utk dapatkan property yg masyuk...