Monday, June 7, 2010

LRT di Puchong

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, cuti sekolah dah tiba... hehehe... ramai dan kebanyakan mereka yang ada anak mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga... malah hari jumaat lepas pun jem di kala petang org habis kerja... time tu aku kat kajang dan on da way ke kL... sesak jugak kat tol sg besi dan jalan istana hingga jalan duta... huhuhu.. minggu lepas ada beberapa urusan dan juga sesi interview... ada beberapa news yang baru aku terima dan juga dalam paper...

mcm 2 3 hari lepas, MB selangor melawat kawasan yang telah di rancang untuk sambungan LRT... link tu aku ada letak kat Facebook... mmg kawasan ni nampak kurang menarik, tapi lepas ni harga dia mmg best jika LRT betul2 dapat di laksanakan di kawasan tersebut... plan dah ada, cuma bantahan dari penduduk kerana pembinaan LRT terlalu hampir dengan tanah mereka... tengok la dalam masa 2 minggu lagi, kerajaan selangor akan beri jawapan dan aku harap ia jawapan yang +ve... insyaAllah...

jumaat lepas, aku ada sesi interview.. bukan interview keja, tapi belaja... aku ingin sambung belaja... tak tahu la mcm mana, aku harap ia akan beri keputusan +ve jugak kat aku nanti... keputusan akan di umum dalam tempoh sebulan ni... dalam sesi briefing tu, byk kata2 semangat yg diberikan oleh prof dan juga pensyarah di ipta tersebut... yg aku ingt satu prof ni cakap... untuk menangkap ikan haruan, ia tidak la susah mana... cuma kena ada teknik dan juga pengetahuan... kalau u tangkap ikan haruan di badan, mungkin ia akan licin dan terlepas sampai ekor... bila sampai ekor, terlepas la ikan haruan tu... cuba u tangkap ikan tu di kepala, kalau terlepas pun ia akan ke badan, masih lagi di tangkap... prof ni relate kan tangkap ikan ni dengan expectation kita dalam hidup... kalau u expect rendah, lagi rendah la kita dapat... kalau kita expect tinggi, at least nanti jatuh pun tak lah serendah mana... dalam apa2 keadaan, kita kena berfikir jauh dan expect tinggi... jangan sekadar hanya nak cukup2 makan... mungkin org akan cakap, expect tinggi tu mcm mat jenin je... dapat nyer tidak... salah bagi aku pendapat tu... at least kalau kita expect tinggi, ia bagaikan satu motivasi untuk mencapai apa yg kita impikan tersebut... kita cuba dan cuba.. jgn expect tapi kita tak berusaha... tu mmg betul mat jenin... so, kita expect dan kita berusaha untuk mencapai... insyaAllah, tiada yang mustahil untuk mencapai nyer...

2 3 minggu ni mmg susah skit utk dapatkan internet sbb pemindahan line oleh Telekom amatlah 'cepat'.... aku pun tak paham kat mana yg slowww sangat ni... ni dah nak masuk minggu ke 3 tapi line belum di pindahkan lagi... huhuhu... nk surf dan update blog kena tunggu siang hari... siang hari je baru boleh buat kerja dgn internet sbb aku duk tempat yg ada internet... malam kat rumah tak der internet... sbb tu blog ni nampak bersarang je skit... tapi tak pe, aku boleh merancang beberapa perkara dulu sblm internet ada kat rumah... huhu... tapiiiii hari ni nk serang telekom dulu tanya status... hehehe...

listing untuk auction mega 12hb dan juga 19hb ni dah kuar... cuma yg 12hb aku baru letak skit kat blog dan 19hb jap lagi aku akan post kat blog ni... byk yg menarik... jangan lupa register dengan aku k... hehehe... senang je nak register, just bg nama penuh, ic, alamat dan no phone serta alamat property nk bid... setiap perticular adalah RAHSIA.. jangan risau... ingt lelong, jom2lelong..okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

en_me said...

good luck on your interview bro.. ihihi

Jom2Lelong said...

re en_me : tQ...