Friday, March 15, 2013

WIPV - Progress MyProject

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, jom sama2 kita panjatkan kesyukur sebanyak2nya kepada Yang Maha Perkasa, Yang Maha Agong - ALLAH Yang Maha Esa... sama2 kita banyak2kan selawat dan salam kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW... 

syukur, hari ni dapat berpeluang menaip...mencoret perkembangan seminggu dua ni... banyak cabaran, dugaan dan juga pengalaman dapat dikutip dalam tempoh masa ini... syukur sangat2.... pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang, mahupun belajar dalam kelas... apa yang aku lalui ini, adalah telah diatur oleh Yang Maha Esa untuk aku belajar, untuk aku tahu, untuk aku mengalami segala perit jerih kehidupan bagi mempelajari ilmu sekarang bagi kemudahan dihari hadapan... syukran ya ALLAH... 

hari sabtu dan ahad lepas, selesai sudah WIPV... aku, Pn Junny dan Pie - kami bergabung untuk present WIPV ini... WIPV ini adalah merupakan satu2nya program yang menggalakkan peserta untuk membeli hartanah sebagai pelaburan secara perkongsian.. alhamdulillah, sikit sebanyak aku dapat la berkongsi pengalaman, pengetahuan dan juga perit jerih dalam bidang hartanah ini... yang penting, peserta paham..itu yang palingggg penting... petikan dari Pn Junny "Ada yang dah tanya, bila 2nd batch nk start plak? Well, selagi kami x puas hati dengan pencapaian pioneer batch kami dlm membina portfolio hartanah mengikut kumpulan mereka, maka selagi itulah kami tidak akan memulakan 2nd batch. Walau bagaimanapun, kami masih menerima jemputan untuk preview berkenaan WIPV ini memandangkan program ini merupakan satu2nya program yang menggalakkan peserta untuk membeli hartanah sebagai pelaburan secara perkongsian! "

Aku Mcm Peminta Sedekah

tajuk mcm hampeh kannn.... yes that isss.... aku honestly kalau sebolehnya nak tolong orang sebangsa dengan aku.... oleh kerana skrang aku kan tengah buat projek, so quiry dr PBT nak suruh pakai CnS untuk submit IWK... mencari la aku org CnS ni... contact sana sini... dapat la quotation beberapa orang... last sekali aku ambik la sorg ni... bila dah ambikk... nk tahu apa jadi??? (ya ALLAH, ampuni dosa2ku) aku tepon tak angkat, aku dah jadi gundah gulana la beb... 2 hari baru boleh dapat cakap.. then direct aku sound - kalau u banyak keje, i bagi kat orang lain... aku yang terhegeh2 telefon dia... serius mcm peminta sedekah... aku rasa tak leh nk cakap sbb rasa pun tak tahu nk cakap... huhuhu... lepas je aku sound, then barulah skrang dah ok... aku mintak time line... so far, hari ni alhamdulillah, semua berjalan lancar... aminn... maybe next week boleh present ke PBT dan pada masa yang masa boleh proceed ke IWK... aminnn.... semoga dipermudahkann... 

ohh before that... last week on Friday.. genap seminggu... aku mencari ada satu drawing sbb PBT arahkan untuk menilai kembali projek ni berdasarkan projek tu... dah seminggu aku mencari... tanya situ sini... last sekali aku call jugak PBT tu... pegawai handle tu kursus la, tak tahu la... banyak betul halangan... but then, akhirnya dapat jugak... syukurrrr.... so, bila minta dengan pegawai ni, boleh plak dia cakap tak der... so dia kasi no consultant - alhamdulillah then call consultant hari tu jugak boleh dapat... aku arahkan my staff pi collect terus lepas jumaat..  sepatutnya, setiap development PBT wajib ada drawing tu... walaupun dah berpuluh tahun projek tu... adoyaiii.... sblm tu, aku dah pakai org untuk cari..hehe.. dia pun cakap tak der jugak.. hohoho... aku tak bayar dia ok... -NO RASUAH-.... 

so settle la 2 bab tu... so skrang CnS boleh jalan... baru sat2 bercakap dengan dia.. Isnin jumpa PBT untuk tunjuk calculation tu.. alhamdulillah....

smlm plak aku interview contractor.... aku, my staff dan consultant... interview contractor... base on BQ yang kasi, kita nak finalize harga... dekat 2 jam gak la... aku as owner, ko jangan la nk kurang ajar beb.. cakap baik2 la... nk kasi job ni... ko duk perli2, sindir2 then time buat keje nanti mcm mana plak... ni bukan sikit ni beb... tak nak mengalah langsung... itulah perangai orang kita... even aku ni nampak muda, serius aku tahu aku paling muda... but give the respect!.. aku semalam senyappp... cakap pun benda yang penting je... banyak consultant and mystaff yg cakap...  group lain plak bagus... semua nampak perfect beb... then last part yang amat ridicilus... ada ke patut, minta pendahuluan untuk dia buat keje... helooooo... come on la... mana ada org claim dulu baru buat keje.. buat keje dulu... ko kena la ada modal... takkan semua aku nak kasi... bukan minta sikit2, 1st minta 40%..then aku cakap mahal giler... then turn ke 30%.. consultant tak setuju then last sekali 20%... ohh noo... if let say 20% tu pun aku tak setuju... giler ke apa... kalau kasi then lari.. mcm mana... come on la... itu maksudnya ko tak der modal nak buat kerja... ko bergantung harap kat owner... so tak der... stop it...

so far dari arkitek sampai la CnS semua bangsa aku... tapi sekarang, aku mencari kontraktor lagi dr bangsaku... tapi pilihan aku ada jugak kepada bangsa lain kerana kelebihan mereka.... aku masih lagi berfikir.. masih lagi brainstorm dgn partner... mencari solusi yang terbaik untuk baby projek ni.. 

aku yakin dan percaya - ALLAH mengaturkan yang terbaik untuk aku... aku memohon dan aku meminta denganNya untuk jadikan projek ini untuk dapat membantu ramai orang..setidak2nya ia dapat meningkat taraf hidup dan memudahkan ramai orang... aku amat berharap, setiap sen yang dikeluarkan tidak membazir dan tidak sia-sia... semoga ALLAH mempermudahkan projek ini... aminn

(projek apa? benci betul main tak nak cakap ni!!!)..hahaha... honestly, biarlah ia rahsia dulu... aku amat berterima kasih kerana aku tahu ada yang concern pasal ni... terima kasih banyak2 aku ucapkan atas doa dan juga harapan, niat korang untuk melihat projek ni berjaya... insyaALLAH, aku percaya...one day ia akan diketahui juga... sabar yea...sabarkan separuh dari iman... semoga doa, harapan dan niat korang hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...  aku hanyalah insan yang biasa, yang tiada upaya untuk lakukan segalanya tanpa bantuan dan pertolongan dari Yang Maha Esa... semoga dipermudahkan projek ini dan juga urusan pembaca semua... okeh.. selamat hari jumaat.... 

Gambar sekitar WIPV...

- Mock Auction -
 
- group discussion -

Meeting MyProject!!!



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita - ;)

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah... syukur kepada ALLAH hari ni kita masih bernafas... masih berada di atas bumi ALLAH ini.. syukran ya ALLAH.. selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. alhamdulillah...

hari ni 8 Mac sambuatan hari wanita sedunia.. selamat hari wanita buat semua wanita2 di dunia ini... bagi aku, tak semestinya perlu ada hari wanita baru nak sambut... nk sambut hari2 pun boleh... hehehe... apa2 pun, selamat hari wanita kepada semua yea.... jom baca cerita salah satu aktiviti wanita... thanks to all wanita... ;) 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepasang suami isteri sedang menonton TV, seraya si isteri berkata.

“I letih la. Dah lewat ni, nak tido lah.”

Si isteri pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas. Lepas tu, ada pulak rice cooker dalam sinki yang direndam lepas makan tadi. Terus si isteri membasuh periuk nasi tersebut.

Lepas tu susun pinggan kat rak hinggalah mengelap dapur tempat memasak yang terpercik kena sambal masa masak tadi. Kemudian, check air panas dalam flusk sebab takut habis pulak nanti bila tengah malam anak nak susu. Memang dah kering pun flusk tu, jerang pulak air.

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong. Lantas beliau mengambil gula dalam paket dan mengisi semula bekas tersebut sehingga penuh. Lepas tu, check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ade lagi.

“Ishh. ..ni baju bila ni? Bau semacam je. Basuh la kejap.”

Lantas beliau pun pegi belakang dan masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap jadi lah…

“Chochooooooo!” Bunyi air dah masak. Lantas si isteri memasukkan air panas tersebut ke dalam flusk. Dah settle!

Oh baru teringat tak semayang lagi. On the way nak pergi bilik, si suami masih lagi menonton tv. Nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska. Check jap. Ada baju 2 pasang, towel… towel kecik utk selsama, calamine lotion untuk sapu ruam, pampers 4 keping.

“Alamak. Terlupa pulak nak masukkan botol.” Lantas beliau pergi basuh botol di dapur dan memasukkan dalam beg tersebut. Ok settle!

Ternampak pulak beg kerja beliau. Emm.. besok nak pakai beg Polo coklat lah, asyik-asyik pakai beg hitam ni je. Lantas beliau pun menyalin barang-barang dari beg coklat tersebut. Cek sume 6 poket beg, takut la tertinggal apa-apa. Leceh pulak kalau barang yang tertinggal tu yang nak pakai nanti.

“hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die.. Ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…”

Tetiba dengar suara si suami.

“You buat apa lagi tu? Tadi kata nak tido”

“Yelah nak tido la ni. Nak sembahyang jap.”

Pastu terus si isteri masuk toilet. Buat apa2 yang patut. Cuci muka dulu. 2 jenis pencuci pulak tu. Lepas gosok gigi terus beliau sembahyang.

Lepas solat, si isteri menyapu toner, treatment cream. Biasa la nak lawa and maintain punya pasal lah. Nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak. Lagipun untuk suami tercinta gak :)

Bukak almari.

“Emmm. .Pakai baju hijau ni lah besok. Nak kena gosok kejap.”

Check pulak baju si suami, baju si suami pun kena gosok jugak ni. Lantas di ambil baju tersebut dan di gosok sekali. Dah siap gosok digantungnya elok-elok dan dikemaskan baju yang digantung tersbut. Seluar papa yang dah kotor dimasukkan dalam bakul baju kotor…ok settle..

“Eh, kenapa komputer ni tak off ni? Gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah. ishhh!” Di angkat gelas tersebut ke dapur untuk dibasuh!

Kedengaran suara si suami lagi.

“I dah ngantuk ni. Jom la tidur, yang!”

“Okay dah nak masuk tido la ni.”

Dalam pada nak masuk ke bilik. “Eh! Pokok aku dah nak mati ni. Lupa dah 3 hari tak siram.”

Beliau pun mengambil air dan siram pokok tersebut di belakang. Check jap pintu belakang…sah tak kunci lagi. Pintu grill pun tak tutup. Ni kalau tak check ni, senang-senang je mat indon masuk rompak umah aku. Dah settle..

“Ni mainan ni sepah-sepah ni, masukkan la dalam bakul mainan budak ni. Banyak nya. Sampai bawah meja makan pun ade. Adoi.. Bertuah punya anak-anak.” Lantas dimasukkan mainan-mainan tersebut ke dalam bakul.

Ok dah boleh baring.

“Adoi sakitnya pinggang. Cium si comel ni kejap. Selimutkan dia sikit. Eh.. Kenapa basah ni? Nak kena tukar pempers lah ni. Adoi tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la. Kena pegi Sogo 25hb ni beli brand lain pulak.” Lantas menukar pampers yang basah tersebut.

“Ok sayang tido k. Kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh. Tido sampai pagi k. Gud nite. Sweet dreams.”

“Aaahh. Sedapnya dapat baring. Mana pulak lotion sapu kurus aku nih? Hah, ni dia!”

Sambil sapu lotion kurus beliau setkan alarm di jam loceng. Setkan juga program kerja besok. Ada meeting katanya jam 9.30 pagi esok..

“Ahhh cukup la. Panas pulak lotion nih. Dah la… Emm..sedapnya lelapkan mata…”

“Ya Allah! Terima kasih untuk rezekiMU hari ini. Mohon keberkatan dari mu ya Allah.”

Kedengaran si suami bangun dan menutup siaran di tv…

“I dah ngantuk sangat ni. Nak tido lah. Citer pun tak best malam ni, bola pun takde.”

Selang seminit kedengaran bunyi si suami berdengkur. Dah agak dah…
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

layan lagu wanita sedunia...




Ingin jual rumah? Isi borang ini --> Borang Jual Rumah 

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Tuesday, March 5, 2013

Borang Jual Beli Sewa Rumah / Hartanah


Assalamualaikum wbt,

Ingin jual rumah? Susah mencari pembeli? Anda ingin sewakan rumah anda, tapi tiada penyewa? 


Saya Farhan Mohamad, ejen hartanah bumiputra berdaftar atau berlesen boleh membantu anda. Special Comission diskaun untuk mereka yang melantik saya menjual atau menyewakan rumah mereka. Untuk mereka yang rekomenkan servis saya kepada kawan, rakan atau sedara mara, saya akan bagi komisyen juga untuk mereka - 'Introducer Fee' selepas rumah tersebut terjual atau diberi sewa. 
Semoga form ini memudahkan semua pihak, insyaALLAH...
For Property Owners

*Name:


*Contact No :
*Email Address:
Address of Subject Property :
Build Up / Land Size :
Eg : 1200sqft / 20 x 70
Have Renovation? Yes
No
If Yes, how much the cost of renovation? 


Property Owners are welcome to fill the form and list their properties with me FOR SALE or RENT.
I will contact you as soon as possible. I will explain selling and buying process in details once we meet. 

SOP Form ini : Receive Form > Call Owner > Call Banker  > Call Owner > Set Appointment With Owner

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Monday, March 4, 2013

Berkongsi beli rumah...

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah... syukur kepada ALLAH SWT atas kurnia nikmat hidup dimuka bumi ini... tidak terkira betapa banyak nikmatnya... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Nabi akhir zaman... semoga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak...insyaALLAH... 

mcm mana hujung minggu anda??? mesti ceria dan gembira kan...  mesti banyak masa diluangkan dengan penuh bermanfaat... semoga ia menjadi inspirasi kepada kita untuk kita sama2 membangunkan kehidupan yang lebih baik... insyaALLAH...

berkongsi beli rumah? penah dengar... ada yang penah dan ada yang tak penah... ada pernah cuba dan ada yang belum berani untuk mencuba... pelbagai persoalan yang timbul dan bermain dikepala.... ia berkonsepkan berkongsi... sebagai contoh, rumah berharga 100k, sama2 berkongsi beli rumah ini dengan berkongsi deposit, berkongsi bayar bank, berkongsi bayar lawyer... semua berkongsi... konsep berjamaah... so, semua benda berkaitan dengan rumah tersebut akan dikongsi... kalau lepas beli nk jual, then keuntungan pun akan dikongsi...

sapa penah dengar WIPV? wealth in property venture... projek ini khas dibuat untuk melatih secara teori dan praktikal untuk membeli rumah dari proses beli hingga la jual .. dalam program ini, peserta min : 2 orang dan max : 5 orang... nama pun venture kan... so kena ada partner... setiap kumpulan tu akan diselia oleh seorang cikgu/mentor... so, setiap keputusan atau perbincangan akan dibincang dengan mentor... mentor sebagai guideline untuk memberi tunjuk ajar dan juga panduan untuk proses dari awal pemilihan rumah hinggalah rumah dijual...

WIPV target untuk beli rumah dan jual rumah tersebut dalam masa kurang 2 tahun... jika ada sesiapa yang ingin maklumat lanjut tentang program ini, boleh hubungi Puan Junny - 016-5903515...  setiap keuntungan akan dikongsi bersama dengan peserta dalam kumpulan... program ini satu-satu nyer program yang menekankan perihal perundangan... tidak ada perjanjian mulut, semua bind kontrak... sblm ni ramai yang JV beli rumah main percaya je kan... then sorng ni la bayar, sorng ni la handle kalau ada apa2... lepas jual, eh sama2 la plak kongsi untung... tapi yg banyak keluar duit sorng ni je... so adil ke kat situ??? kat sini kita tekankan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... so, hubungi Puan Junny segera tau....okeh..












p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong