Tuesday, March 6, 2012

Halau Tenant with 'Eviction Order'

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sekarang ni makin ramai ehh bukan makin ramai, tapi dah ramai yg mencari rumah lelong... kalau tengok kat email aku, ramai giler request nak rumah lelong... sana sini... huhu.. mmg tak terkejar la jugak... mmg la nak dapat RP skrang ni susah skit.. tapiiii, ada jugak yg dapat... tahniah kepada yang dapat tu... rezeki tu... soklan yang selalu aku dapat dan korang hadapi.... ada orang la kat rumah tu.. boleh beli ke?? kalau diorg tak nak keluar mcm mana?? susahh la mcm tu... tu persoalan yang common... so mcm mana nak buat kalau kita dah beli rumah dan orang dalam rumah tu tak nak keluar???

salah satu cara yang legal untuk mengeluarkan tenant ialah dengan mendapatkan 'eviction order'... eviction order ni ialah dengan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan tenant or pemilik asal dalam rumah tersebut... nak buat eviction order ni boleh la hire lawyer untuk lawyer apply kat mahkamah bagi mendapatkannya... so nanti mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk mengeluarkan orang dalam rumah tersebut.... tetapi, ia melibatkan masa dan juga kos... tak silap aku la, hari tu ada member yg buat benda ni... dalam sebulan gak la order ni keluar... kos plak kalau tak silap dalam 3-4 ribu... kalau nak buat benda ni, kena tengok la wheather harga property tu berbaloi ke tak untuk dapatkan eviction order ni...

pendapat dari lecturer aku... kata nyer, kalau kita masuk court, selalu nyer hakim akan berikan tenant tu duduk di rumah tersebut sehingga tamat tenancy agreement dia dengan owner lama... kata nyer la... tapi kalau yg tak der tenancy agreement tu, mungkin hakim akan arahkan dia keluar dari rumah tersebut... so, berhati2 jugak kalau nak membeli, coz sekarang ni tenant makin bijak dalam hal undang2... sbb diorg tahu bukan simply2 nak halau org keluar.. but tenant pun, kalau rumah tu dah hak orang lain, kena la bertanggungjawab.. bayar la sewa kalau tak nak keluar ataupun nego la baik2 dengan owner baru... kalau kita ambik hak orang lain, suatu hari nanti hak kita juga akan diambil oleh orang lain atau Yang Maha Esa... so, pk la yea... kalau kita permudahkan urusan orang lain, urusan kita juga akan dipermudahkan... sabar la dengan ujian dan dugaan yang datang...

untuk minimakan kos mengeluarkan tenant dari rumah, ada beberapa cara yang informal...legal tapi kurang kos...
1 - jangan terminatekan air dan juga api... mmg la cara ni nampak mcm kejam kan.. tapi untuk 1st time, jangan buat benda ni lagi... sabar dulu... once dah dapat POS yang dah stamp, pos atau serahkan POS tersebut kepada tenant yg berada dalam rumah tersebut... pegi bagi dengan cara yang baik... kalau tak der orang, letak kat pos box or letak bawah pintu rumah... kepilkan bersama POS tersebut surat menyatakan kepada tenant untuk keluar dari rumah tersebut dalam masa 1 bulan dari tarikh menerima POS tersebut atau surat tersebut menyatakan untuk menghubungi semula owner yang baru... letak no telefon anda dengan jelas dan karang ayat dengan polite...

jika tiada panggilan telefon or lepas seminggu tiada orang mengusik or menerima POS tersebut, boleh la terus ke step seterusnya....

2 - pegi report polis dengan membawa bukti POS dan juga gambar POS tidak terusik sejak seminggu lalu... so, kita boleh assume yang rumah tersebut tiada orang... cakap kat polis yang kita nak pegi pecah masuk rumah tersebut... kalau polis boleh pegi pecah rumah sekali lagi bagus... polis la jadi saksi kalau jadi apa2 nanti... bawak la org yg boleh bukak kunci or bawak cutter kalau rumah tu berkunci solex or kunci pintu.... bawak juga camera yang boleh ambik gambar yg cantik2... tapi sebelum tu ketuk la pintu rumah dan bagi salam... kalau dah agak2 tak der orang tu baru la pecahkan rumah tu k...

3 - once dah masuk, kalau la rumah tu tak der orang dan mmg kosong, alhamdulillah la... tapi kalau ada lagi barang2 mcm ada orang tinggal...ambik gambar sebanyak mungkin dan jangan sesekali usik barang dalam rumah tu k... tenant tu boleh sue kalau barang2 dia hilang... then lock balik rumah tersebut dengan lock yang kita punya... tinggalkan no phone dan juga apa2 kemudahan yang boleh tenant tu call kita... jangan lupa letak salinan police report yang kita dah buat untuk ambik balik property tu... ini wajib letak... dalam note tu, tulis kalau tenant nak balik barang dia, suruh call dalam masa yang terdekat... bg la masa sampai 2 minggu, kalau tak, kita dispos la barang2 dia tu k...

4 - kalau ada tenant bukak pintu time kita pegi... mmg kena slowtalk dengan tenant... bagi la pilihan dengan dia... u need to talk nicely + polite... jgn la cakap kasar2... bg la tempoh untuk dia keluar... kalau ada report polis, bagi satu salinan kat dia k.. at least dia nampak kita serius nak rumah tu...

mungkin cara2 di atas berbeza dengan situasi yang korang alami dan korang boleh sesuaikan dengan situasi korang... cara ni adalah selain daripada ambik eviction court order... kalau degil sangat, terpaksa la pohon court order... tengok la property korang mcm mana k... apa2 pun, korang kena tanya lawyer korang yea.. mana tahu dia ada solution lagi baik... aku just suggest aje... insyaAllah, cara2 ni boleh la nak praktik... apa2 pun risk tetap ada kalau tenant tu berdegil... satu lagi... kalau boleh, jgn pegi sorang.. bawak member2 pegi sekali.... semoga berjaya... insyaAllah.. okeh...


FOR SALE :

- Flat Puchong Permai @ 72k
- Kenangan view apartment..taman jasmin kajang @ 138k (nego sampai jadi)
- Flora Damansara @ 120K (nego)
- Mentari Court @ 154k (nego)
- Penthouse Permai Court Puchong @ 210k
- Pangsapuri Damai Seksyen U4 Shah Alam @ 230k (nego sampai jadi)
- Penthouse Mentari Court @ 300k + 2 carpark nice view
- Condominium PV8 Taman Melati @ 478k (nego sampai jadi)
- Laman Tasik, Tasik Permaisuri @ 510k
- BLinkungalow Seksyen 9, Shah Alam @ 4 Mil

FOR RENT

- Office @ Mentari Business Park @ RM4700 (nego)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : 019 - 362 3578 (FARHAN)

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

5 comments:

akulawahed said...

Salam...
saya mmg follow blog bro sekian lama, advise and tips mmg banyak membantu masa saya nak beli rumah.. Akhirnya, dapat jugak saya membeli rumah mengikut kemampuan saya. Tapi ada sedikit masalah yang saya perlukan advise bro.

1) Rumah yg saya beli tu ada tenant
2) SNP sign bulan July, tapi loan only disburse bulan Nov. So, July-October, siapakah pemilik rumah tu?
3) Once loan disburse on Nov, saya request for house key dari penjual, tp penjual beritahu dia out station dan minta saya mengambilnya melalui penyewa.
4) Penyewa keluar rumah pada Nov
5) On Dec, saya pergi to SNP lawyer to compile semua documents, dan saya beritahu bahawa penjual perlu selesaikan segala outstanding mtce fee, bill air & api up to Oct.
6) Tapi penjual pulak beritahu lawyer saya dah dduk situ start July so insists tuk byr outstanding bill.
7) Skarang resident management plak cari saya untuk setelkan semua outstanding untuk mengelakkan access card kena block, air kena potong. Untuk makluman segala outstanding hampir berjumlah 2K.

apa saya patut buat. Mungkin salah saya ambik kunci sebelum semua ni selesai. tapi sekiranya penjual mengatakan saya berhak since July, tenant patut byr sewa kepada saya. Bila saya berjumpa tenant, mereka katakan segala bayaran di beri kepada penjual... Tolong advise apa patut saya buat..

Wahed
Kuala Lumpur

Jom2Lelong said...

As salam...

Terima kasih en Wahed byk2 kerana membaca blog yang tidak seberapa ini... saya cuba menjawab soalan ini dengan sebaik mungkin....

1 - noted
2 - july - oct : penjual masih owner untuk unit itu sebab loan tuan belum disburse lagi dan owner perlu membayar installement lagi ke bank until lawyer minta redemption statement dan bayar dalam tempoh 30 hari.
3 - noted
4 - noted
5 - noted
6 - penjual tidak boleh cakap begitu sbb tuan ambik kunci on Nov. so, sebelum tu owner yg kena settle semua benda.
7 - noted

adakah lawyer untuk snp lawyer yg sama? sebenarnya, disinilah peranan lawyer. Lawyer hendaklah memainkan peranan dalam memastikan vendor membayar semua tunggakan sebelum deliver key untuk buyer... saya penah kena sbb lawyer tak check semua outstanding... dari bil letrik, air, indah water, maintenance fee dan juga sinking fund... sekarang ini, tuan hendaklah berhubung dengan lawyer berkenaan dengan semua tunggakan tersebut. sepatutnya vendor yang kena tanggung all the outstanding until key deliver to buyer. kalau vendor cakap tuan dah duduk situ dari july, vendor kena bagi all the rental yang dia ambik tu kepada tuan.. sekrang ni ada 2 option... vendor bagi semua duit rental dari july hingga nov kepada tuan atau dia bayar semua tunggakan hampir 2k tersebut.. ini kerana, dia yang sepatutnya membayar tunggakan tu... harap penjelasan ini membantu tuan...

Mr Aidil Ahmad said...

salam bro, saya nak mintak pandangan tulus bro.

saya ada bagi sewa rumah dekat satu family ni(kontrak selama setahun)

dalam kontrak tue dah ada clause2 yang mengatakan bahawa deposit x boleh diusik as payment,sewa mesti bayar sebelum 7th setiap bulan,mesti tamatkan kontrak 2 tahun,dan sekiranya sewa x berbayar dalam tempoh 14 hari dari 7th pada sesuatu bulan itu, maka saya selaku owner boleh masuk kedalam rumah,keluarkan semua barang n halau penyewa.

masalah saya sekarang nie, penyewa ni baru duduk 2 bulan pastu dah nak keluar, n nak guna deposit 2 bulan sebagai payment untuk 2 bulan akan datang.

so macam mana ni bro?

ni dah breach of agreement.
tolong advise.

wati said...

1st day u buy the very first day must make a police report and the water and electricity must be cut also.


Imho.

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tanya...blog ni masih aktif lagi ke..?