Friday, July 30, 2010

Hormati Hak Orang Lain

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, baru je balik dari klinik... bukan sakit tapi buat rawatan tampal gigi... biasa la, bab menunggu tak yah cakap la.. dari kul 8.45 sampai la kul 10.45 baru la dapat jumpa dentist... tampal satu gigi, then kena datang balik buat filling another appointment in 11/10... lama giler... huhuhu... dah lama dah aku nak gi, tapi hari ni baru berkesempatan... alhamdulillah, ada sedikit kelapangan... ramai gak la org hari ni, tapi sbb tak der apa nak buat pagi ni, so tunggu dengan tabah dan tenang sbb mind set dah tahu akan menunggu dengan lama... nak datang tu dah niat kena sabar banyak2 sbb akan menunggu... hehehe...

smlm aku banyak membaca blog2 pasal hartanah, investment, perniagaan dan sebagainya... dan smlm gak aku jumpa member kat seri kembangan sbb dia nak beli rumah... just bg beberapa advise yg aku tahu untuk dia... dalam banyak2 aku membaca, aku tertarik dengan satu tajuk berkenaan dengan rezekiku di sini...as penulis blog, aku harap pembaca open dengan pendapat orang lain.. kalau kita tengok dalam dunia ni, ramai orang berjaya, ramai org kurang berjaya dan ada yang baru nak berjaya... ada org kaya, ada org miskin...ada org mampu segala2nya dan ada org kurang berkemampuan... ada org bekerja sendiri, ada org keje dengan org lain dan mcm2 kerja dalam dunia.... kalau kita perasan, semua itu ada fungsi dan peranan yang tersendiri... sebagai contoh, seorg rakan aku..dulu buat MLM then lingkup... then buat pulak insuran lingkup gak... then skrang kerja sendiri... mmg best income dia sekarang... kenapa ada org buat insuran kaya raya...kenapa dia buat tak leh?... salah satu sbb nyer ialah takdir Allah... dia telah di takdirkan untuk bekerja sendiri... tapi dia berusaha dulu buat kerja lain... bila berusaha, akhirnya dia di pertemukan dengan bekerja sendiri.. semua ini aku nampk mcm satu proses untuk mencari apa yg diri kita nak... aku tengok, ada org buat insuran sampai kaya raya... ada org buat MLM sampai jadi jutawan... mungkin itu kelebihan diorg kat situ... setiap org, tak semua berada pada satu benda... mungkin si A berkelebihan di tempat marketing, si B berkelebihan dalam berjumpa org dan mcm2 lagi... kenali potensi diri... tetapi, bila kita kenali diri sendiri, kita hormati la org lain juga...

ini kisah benar aku nak cerita... ada org yg sudah income mencecah puluhan ribu sebulan mengherdik org lain... dia ingt hanya dengan perniagaan mcm dia sahaja yang akan berjaya... bukan mcm tu... kalau la tak der penanam sayur, tak makan sayur la kita... kalau tak der nelayan ke laut, tak makan ikan la kita... so hormati la pekerjaan org lain... rezeki Allah bagi di dunia adil untuk semua umat... siapa yang usaha lebih, insyaAllah dapat lebih.. mungkin ada yang benasib baik akan dapat lagi la lebih... setiap org bekerja dengan pekerjaan yang mana diorg rasa selesa... mcm nelayan jugak, diorg selesa bekerja mcm tu.. ada yang bila kita suggest buat bisness, diorg selesa bekerja dengan org lain...tak per, kita hormati diorg... mungkin org lain ada cara yang tersendiri dalam menentukan hidup diorg... kita kena la hormati k...

smlm terbaca juga satu kisah pasal pemilikan rumah kos rendah... aku pun ada menerima tawaran untuk membeli rumah kos rendah yang di khususkan kepada org yang belum memiliki rumah, yang household income kurang RM2500 sebulan dan bermastautin di kL dan selangor... mmg aku nak ambik dah... lokasi dia tak yah citer la.. sewa at least 700 sebulan dan freehold dan satu tempat lagi lebih kurang 750-900 sebulan leasehold bermula tahun lepas... mmg best sangat2... tapi entah mcm mana, satu hari tu aku berbincang dengan beberapa org yang baru aku kenal... diorg bercerita pasal hak dan juga rezeki yang halal... terkedu bila aku dengar jangan ambik hak org lain... sama ada kita ada kuasa mahupun kedudukan kewangan yang baik, jangan tindas org lain... aku mmg terfikir balik... tawaran ni mcm mana? so bila aku balik, aku decide tolak tawaran tersebut... betul cakap org tu, kalau aku ambik pun, dah ambik hak org lain... mungkin ada org lain yang lebih berhak... jgn ikut org lain buat... mmg ada yang bergaji beribu2 tapi masih nak gak dapatkan rumah kos rendah... kalau tiru mcm tu, sampai bila2 tak selesai... tak pe lah, terlepas 2 tempat yang best.... aku rasa, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku pada aku... mmg ada kawan2 minta nak, tapi diorg pun rumah dah ada... bg la kat org lain...

jom2lelong minta maaf byk2 kalau artikel ni ada menyinggung perasaan atau emosi kawan2 pembaca... jom2lelong hanyalah manusia biasa juga yang membuat silap dalam sedar mahupun tidak... tapi jom2lelong hanya menulis bagi memberi kesedaran buat diri jom2lelong khasnya... kadang2 kita alpa dalam kesibukan membuat perancangan tanpa mengambil pertimbangan yang sewajarnya... dari atas, tengok lah di bawah... apa rasa kita kalau ada di bawah? renung dan pandanglah dengan mata hati agar kita bersama2 mensyukuri nikmat yang di beri.. insyaAllah...ingt lelong, jom2lelong..okeh...

p/s: salam hari jumaat....

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, July 29, 2010

Penyewa, tuan rumah dan email

Salam sejahtera buat pembaca budiman,
alhamdulillah, smlm aku dapat settle 2 biji rumah sewa di usj dan juga di petaling jaya... syukur pada Allah... hari ni aku nak mencoretkan kisah aku smlm... nak bercerita je aku ni...hehehe... ni pengalaman aku yang boleh aku share... dalam aku buat real estate ni, aku banyak deal dengan owner terutamanya... tak kira dalam beli rumah atau sewa rumah... untuk sewa rumah. owner selalunya akan memberi kreteria tertentu seperti nak wanita, nak student, nak yg berkahwin dan sebagainya... so tanggungjawab penyewa setelah di terima menyewa mestilah menjaga hubungan dengan tuan rumah atau penjaga rumah dengan sebaik mungkin... jangan anggap rumah yang kita sewa tu sebagai satu tempat yang kita suka2 nak buat rosak ke, conteng2 ke.. buat la rumah tu mcm rumah kita sendiri... aku mmg nak tekankan, hubungan dengan owner atau penjaga rumah mmg kena jaga sangat2... kenapa aku cakap gini? sbb skrang ni, ada penyewa yg hanya call time nak masuk sewa dan keluar rumah tu.. ada yang masukkan duit sewa tiap2 bulan tanpa pemberitahuan kepada owner... dalam TA yang aku buat, aku mmg WAJIB kan kepada penyewa untuk sms/call bila masuk duit sewa bagi tujuan rekod... mmg WAJIB... tak der alasan... smlm, aku juga ke ipd kajang untuk memberi sokongan kepada org terdekat aku dalam membuat laporan polis.. sapa baca facebook tahu la kot... so kat sana, 2 org ni datang ke balai polis untuk buat report gak... aku dengar la, diorg buat report polis sbb nak masuk rumah sewa diorg... owner solex pintu rumah... sbb diorg tak bayar sewa... so diorg terpaksa buat report polis untuk ambik barang dalam rumah tersebut... sbb tu, aku tekankan kita kena jaga hubungan dengan owner... kalau tak mampu bayar sewa, slow talk betul2 dengan owner... jangan sampai berperang dan bermasam muka dengan owner... bahaya tu... dalam kes tu, aku rasa owner tak salah... sbb tak bayar sewa kan... tak tahu la berapa bulan sampai owner solex rumah tu.. tapi as owner jugak, kena ada sedikit tolak ansur.. tapi jangan sampai kena pijak kepala... pandai2 la tolak ansur mcm mana... lain org, lain la cara tolak ansur nyer... tapi kena ada la sedikit...

dalam dunia IT skrang ni, email mmg memainkan peranan penting sangat2... nak berhubung dengan org di luar negara, kawan2 dan sebagainya... smlm, aku ada check email.. email ni aku create sejak aku belajar diploma lagi... just berhubung dengan rakan2... mmg aku jarang bukak email ni.. dan smlm aku bukak, terkejut aku bila ada notification dari GMAIL yang menunjukkan ada org access email ni dari China.. mmg aku terkejut... password email ni time Gmail dulu hanya 6 digit je.. so agak senang nak hack pakai software tertentu... bila aku tengok kepada tarikh yang di access, mmg nampak dalam spam yang ada beberapa email yang di hantar dalam bahasa cina kepada aku... mungkin ni salah satu cara nk hack kot... untuk keselamatan email ni, aku terpaksa change password yang lebih complex... password kalau kita buat abjad sahaja nampak mcm secure kan... tapi kalau gabungkan dengan nombor lagi secure.. tapi kalau di tambah plak dengan symbol lagi lagi la secure... kenapa? sbb ada sesetengan sofware yg tak boleh baca symbol... so boleh la letak ^#*& dalam password untuk lebih secure lagi... ni 1st time aku kena... kalau la hilang email ni, nanti susah la nak berhubung balik dengan rakan2... sbb ada member2 aku yg email diorg di gunakan oleh org lain.. 2 minggu lepas pun, aku ada dapat email yg mengatakan member aku ni kat sepanyol dan perlukan duit... so aku tepon member aku, then dia cakap itu bukan dia... terus dia nak masuk email tak dapat sbb password dah kena tukar... last sekali, kena jawab question untuk diorg resetkan password... nasib baik la dia ni ingt question tu... then dapat la balik email tu.. bila tengok balik, org yg hack ni hantar email yg sama kepada semua rakan2 dia, client2 dia dan semua email yg ada dalam address email tu... so hati2 la.. terutama yg menjalankan bisness.. kang di hack, habis data pelanggan... mintak di jauhkan la benda2 mcm ni...

just nak ucap terima kasih kepada member2 yg membantu aku dalam mencari beberapa info yg aku minta smlm.. thanks sangat2... info tu amat berguna untuk aku membantu org tu insyaAllah...ingt lelong, jom2lelong..okeh...





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, July 26, 2010

NAPIC

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hujung minggu lepas aku dapat selesaikan prob 3 biji rumah, dapat close sebiji rumah dan buat beberapa appointment in next few days bagi beberapa rumah untuk jual dan sewa... lega dapat settle kerja aku... hujung minggu mmg sibuk bagi kebanyakan agent hartanah.. sbb apa, ramai org yang nak tengok rumah... ye la time cuti kan... kalau hari biasa, kebanyakan org kerja... so hujung minggu je la dapat tengok rumah... best jugak la hujung minggu lepas... dapat jumpa ramai orang... nak sewa rumah kat bangsar hari sabtu tu berebut... 1st come 1st serve... so sapa bayar deposit dulu dapat la rumah tu... walaupun ada org tawar nak bayar booking dulu, tapi cara aku berbeza...

dalam berjumpa dengan ramai2 org, ada la aku berjumpa dengan beberapa anak muda yg baru je dapat keje di Bangsar... then dia tanya aku pasal hartanah ni... dia tanya aku, ada future ke masuk bidang ni ? aku mmg rasa tersentak jugak la dia tanya gini... pehal la plak dia tanya gini... aku pun pk, mungkin sbb aku pakai motor EX5 jumpa diorg kot... sbb tu diorg pk aku mcm tu... aku jawab la, bidang ni la paling bright future dan juga best... jangan judge org dengan hanya melihat luaran... aku pass aku nyer BC... then aku bercerita serba sedikit... keje makan gaji mmg best... hujung bulan dapat gaji kan... tapi gaji fix kan... kalau mcm hartanah ni, mmg gaji base on commission.... mcm juga berniaga... kalau rajin, dapat lebih... tapi berapa lebih tu? ha yg tu susah nak jawab... aku just bagi contoh, kalau jual rumah apartment berharga RM100k, comission dalam 2.75%/2 = 1375... tapi kalau jual rumah terrace 2 tingkat berapa harga? ada ke rumah teres harga 300k ke bawah di kL? itu hanya comission... ada lagi beberapa cabang comission lain.. tak perlu la aku cakap, kalau masuk dalam industri mmg akan tahu la... bila aku cakap mcm tu, terdiam kejap budak ni... then dia cakap, pendedahan dalam bidang ni masih lagi kurang... aku cakap mmg betul la... mmg kurang pendedahan... itu baru jual rumah...kalau sewa lain plak cara nya... aku cerita la, kalau sewa rumah, kita akan ambik sebulan sewa... hartanah ni banyak cabang nyer.... org nampak hanya jual beli dan sewa rumah je... tapi yang lain... auction, lawyer, valuer, banker... mmg kalau tak involve kita tak tahu....

aku nak bercerita serba sedikit pasal DMC - deed of mutual convenant... boleh la rujuk pada pos yang penah aku tulis sebelum pasal DMC... sbb apa benda ni aku highlight lagi..sbb ada masuk court case benda ni... sbb ada benda yg pembeli terlepas pandang dalam DMC ni dan bila claim pada developer atau management diorg suruh baca DMC balik... ada court case yg menyebelahi buyer dan ada banyak menyebelahi developer... sbb apa menda ni terjadi? selalunyer bila kita beli rumah baru under construction, pihak developer menyediakan lawyer mereka sendiri... dan pembeli selalu nyer akan sign je bila lawyer suruh sign kan... mmg snp tu kalau nak baca, setengah hari la.. tambah plak bahasa lawyer kan... tapi DMC ni tak panjang mana... so boleh ambik masa sikit untuk baca... sbb banyak info ttg facilities or kemudahan yang di sediakan mahupun tidak dalam bangunan yang kita beli... so alert pasal benda ni... DMC ni untuk rumah atas sahaja... rumah bawah tak der...

aku skrang tengah prepare carta alir untuk membeli rumah... aku harap minggu depan siap la aku buat menda ni... insyaAllah aku akan upload kat blog ni... bukan apa, kalau kita pegi ke pejabat lawyer, nanti tunggu update dari lawyer je kan... so kalau ada carta alir ni, boleh la expect fail kita tu dah kat mana...timing pun kita boleh agak... aku harap aku dapat siapkan dan rujuk dulu kepada lawyer dan publish kat web....insyaAllah...

skrang ni ramai duk menyebut pasal ekonomi malaysia ni... tengah turun la.. ada yang kata naik la... mcm tahun 2009, walaupun BLR 5.55% tapi kenapa propery sales tahun tersebut jatuh... wahal pada tahun 2007, walaupun BLR 6.5 tapi property sales tahun tersebut tinggi... kenapa? salah satu nyer ialah sbb speculative... org takut ekonomi jatuh berulang lagi mcm tahun 1998... so, ramai org ambik sikap berhati2... actually, untuk data semua ni, cuba la tengok NATIONAL PROPERTY INFORMATION CENTRE (NAPIC).. kat sini banyak info tentang hartanah... harga hartanah, average sub-sector dan sebagai nya... info ni kebanyakan di gunakan oleh developer untuk diorg buat kajian dalam mengeluarkan produk mereka... untuk investor, data ini juga penting bagi membuat investment di tempat yang mempunyai yield yang tinggi...sama ada commercial ataupun residential... mmg data kat sini amat berguna...just sharing untuk kebaikan kita bersama...ingt lelong, jom2lelong..okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, July 21, 2010

PNB ohh PNB.....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah dapat lagi aku berblog... minggu ni aku baru tahu ada news yang kurang baik sikit... aku pun secara tak langsung mendengar benda2 ni... salah satu nyer, PNB dah stop untuk sijil ASB cagar buat OD... terkejut jugak la... aku ingtkan rumors ke apa.. then aku confirm balik dengan banker, mmg betul ruper nyer... mcm tahun lepas gak, PNB ada tutup sekejap then bukak balik... tapi kali ni tak tahu la mcm mana... tutup terus atau akan di buka... kita tengok je nanti mcm mana... tapi PNB stop start 1 july yang lalu...

di parlimen, minggu lepas tak silap ada perbentangan tentang usul bagi menggubal akta yang ada bagi ejen hartanah tak berlesen... sebelum ni, ejen hartanah yang tak berlesen jika di tangkap di denda 10k... tapi usul tu menyebut akan di naikkan kepada 300k... wow... so kalau tertangkap mmg masak la nak membayar... tapiiiiiiiii..cuba kita tengok, berapa ramai yang di tangkap? sampai ke 10 org??? so, mcm akta ni tak di kuat kuasakan... property manager ada la yang di tangkap..tapi ejen ada di tangkap??? mungkin ada tapi bilangan nyer.... bila bertanya kepada beberapa org yang sedang berusaha untuk mendapatkan lesen, ada org bertanya kenapa nak dapatkan lesen buat je secara haram?? mereka jawab, sekarang ni ramai org dah aware pasal real estate.. mereka nak berurusan dengan ejen yang berlesen... aku rasa kita pun kena faham arus pengetahuan org malaysia telah meningkat dari semasa ke semasa... mcm dulu, nk tengok org ada MASTER mmg la sikit sangat... tapi sekarang, yang ada MASTER dah bercambah2... so tahap pemikiran orang sekarang ni makin bijak.

ada org tanya, boleh ke tanah leasehold jadi freehold? so kita kena tahu kenapa tanah tu freehold dan kenapa tanah tu leasehold... tanah freehold ni adalah tanah yang ada geran sebelum tertubuhnye NLC - national land counsil... selepas tertubuhnya benda ni, semua tanah yang baru di beri title leasehold... sbb itu, tanah yang berstatus freehold ni mahal.... cuba tengok kat kL ni tanah jenis ni,mmg harga bestt giler la... mmg dari segi akta kanun tanah negara yang mana kalau tanah tu habis leasing, maka kerajaan boleh ambik tanah tu balik... aku actually berminat nak tengok pasal tanah kat usj yang mana kat sana tempoh pajakan tu antara yang terawal nak habis... adakah kerajaan akan ambik balik atau tindakan yang lain di ambil? kalau kerajaan sambung leasing, maka pemilik harus membayar premium tanah... tapi kalau kerajaan ambik balik mcm mana gak nyer pemilik tu... ye la rumah bukan calang2... bungalow, semi-D... kita tunggu dan lihat k... tanah leasehold mmg tak leh jadi freehold... mcm kes di perak baru2 ni... aku bercakap atas dasar akademic not politic... kes tersebut berkenaan dengan kuasa kerajaan negeri, NLC dan pemilik tanah... mungkin pemilik tanah akan kehilangan tanah tersebut juga boleh berlaku... boleh la rujuk Prof Salleh Buang dan juga akta... takut nak hurai sbb benda sensitif... mungkin ada yang kekurangan atau kurang fakta, pembaca boleh la tinggal komen k... mungkin aku ada tersalah... ingt lelong, jom2lelong...okeh...

oppss : PKNS MULA JUAL KRISTAL HEIGHTS SEKSYEN 7 SHAH ALAM




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, July 19, 2010

Budi Bahasa, Adat Kita

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dapat lagi aku mencoret baris-baris ayat di dalam blog ini... minggu lepas mmg minggu yang kurang baik kepada aku.... aku bukan nak cakap apa, 2x minggu lepas aku mcm kena tipu.... satu nyer pasal nak jual rumah... hari isnin tu aku dah set appointment kul 4 ptg aku akan sampai di sana... so kul 10 pagi aku call untuk confirmkan dengan owner dan dia setuju... so aku pun gerak pegi sana... sampai sana dalam kul 3.45 ptg, then aku call la owner... alamak, tak jawab la plak... sudah... dalam hati aku mmg tak sedap dah... aku ingt fon aku yg prob ke apa, so aku pun pakai la public fon, bunyi pun sama gak... jauh ni datang.. so aku pun bagi la sms... aku tunggu lebih kurang dalam 40 minit.. aku call tak kurang 20x... so tak der respons gak, so aku pun balik la... dengan perasaan bercampuar baur, aku amat kecewa... kali ke dua plak aku kena hari sabtu... org ni dah 2x call untuk tengok rumah di cheras... mmg bersungguh habis sbb nak duk dengan adik dia... so aku pun set la hari sabtu jam 9 pagi... so kul 8.30 tu aku confirm balik dengan org ni, dia cakap lambat skit sampai... ok fine, aku pun tunggu la... aku call tak jawab.. then aku sms... sms dia balas plak... cakap dah nak sampai... so aku tunggu la lagi... sampai la 2 jam aku tunggu, tak sampai2... call tak angkat... aku pun balik... aku geram giler hari tu... nk marah tak yah cakap la... 2 kes ni bukan org lain, tapi org kita.... aku pun tak paham kenapa jadi gini... mmg aku rasa terkilan sangat2... kita ni ada budaya, adat... jangan nak aniaya orang, nanti orang akan aniaya kita pulak... Tuhan tu Maha Adil.. tak dapat datang, bagitau awal2... bagi sms... kenapa? rugi sangat ke nak bg sms yg berharga kurang 20 sen tu... daripada org menyumpah dan duk menipu orang... mmg aku kesal sangat2... fikir la baik2... mmg aku blacklist terus 2 org ni... aku tak leh terima la apa yg diorg buat... huhuhu... minggu lepas agak kecewa jugak la... sbb org kita ni mcm tak der adat dan budi bahasa langsung... pk sendiri la kalau janji tak di penuhi tu org apa... think it...

minggu lepas beberapa deal aku tak menjadi... deal buat auction, deal buat grill, deal sewa rumah... semua mcm tak menjadi... mungkin aku pun tengah berserabut kot... tak tahu nak cakap la... tapi aku tahu, tu ialah cabaran dalam bekerja sendiri.. kena berusaha.. kalau deal ni tak jadi, go for next and next.. first come first serve... minggu lepas jugak banyak la yg aku belajar selok belok hartanah ni dari pengalaman yang aku kena... tapi nak buat mcm mana, pengalaman itu mematangkan kita sama ada untuk buat yg lebih baik atau memberikan perkhidmatan yang terbaik... insyaAllah...

pihak INSPEN sekrang ni tengah membuka peluang kepada semua warganegara malaysia yang baru lepas SPM untuk mengambil sijil dalam hartanah.. so kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh la korang tengok website inspen... yuran yang amat murah dan tempat tinggal yang best.. so, kalau ada adik ke, sedara mara, kawan2 ke... boleh la kalau nak mohon... mmg future dalam bidang ni amat cerah.. insyaAllah before umor 30, boleh dah nak bukak company sendiri... syok nyer dapat bukak company sendiri kan.. teringin gak aku ni...huhuhu....


dalam hartanah, kita tak boleh tidak untuk lari dari memiliki sebuah rumah.. apa yang ada dengan sebuah rumah? rumah ini merupakan tempat lahirnya sesetengah dari kita.. bermula dari merangkak, berjalan dan berlari semua dari rumah.... rumah meninggalkan seribu satu kenangan yang manis, pahit dan mengajar banyak erti kehidupan, kasih sayang dan pengorbanan... aku ingt lagi, sewaktu kecil depan rumah la aku bermain bola... laman rumah la tempat aku main badminton... aku dapat kalahkan ayah aku time tu... seronok betul aku rasa... sampai sekarang aku ingt... mmg kenangan berada di rumah amat mendalam bagi aku... kenangan di rotan mak dan ayah waktu berada di rumah mematangkan aku apa yg boleh di buat dan tak boleh di buat.. rumah juga mengeratkan kasih sayang antara adik beradik dan mak ayah... bila besar, aku perlahan2 meninggalkan rumah... belajar di sekolah berasrama... ramai di antara kawan2 aku yang masuk asrama menangis nak balik rumah... kenapa balik rumah? rindu kat rumah... rumah tempat membesar, dari kecil sampai besar dan bila dipisahkan akan terasa sesuatu yang hilang... bila berada di asrama, banyak benda baru nak belajar... nak mandi pegi sana... nak makan pegi sana.. nak iron baju sana... tapi kat rumah, semua ada di dalam rumah... jalan tak sampai 10 tapak, sampai toilet... jalan tak sampai 10 tapak, sampai kat dapur... rumah jugak tempat yang selesa.. tak kira la rumah tu buruk mcm mana sekalipun, rumah tu tetap syurga di hati kita... bila masing2 dah bekeluarga, rumah menjadi tempat berkumpul eratkan persaudaraan... time raya terutamanya, semua adik beradik balik rumah... time ni la kita bersuka ria... hila tawa sesama kita.. kalau org tanya, tak nak keje kat kg ke? boleh di katakan semua org nak balik keje kat kg... sbb apa? sbb kita selesa berada di rumah... walaupun suatu hari nanti rumah dah tak der, kenangan berada di rumah tetap kekal dalam ingatan.. ia tidak mampu untuk menghalang kita untuk memadam kenangan dalam rumah... rumahku syurgaku... terima kasih kepada mak dan ayah kerana dapat menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk aku belajar erti kehidupan dan pelajaran... belajar erti sebuah keluarga berkasih sayang.. belajar erti sebuah tempat yang tenang... kenangan berada di rumah mengalirkan setitis air yang jernih di pipi dalam mengimbau kisah-kisah silam... pembaca juga ada cerita tentang rumah... masing2 ada cerita... ini cerita saya...cerita anda mungkin tersemat dalam hati... kisah anda mungkin lebih menarik... terima kasih kerana menjadi pembaca jom2lelong... dan terima kasih... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, July 14, 2010

Exam + BLR naik lagi....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dapat lagi aku menaip sepatah dua... aku rasa kepenatan belum lagi hilang sbb travel yang jauh... penat masih di rasai... minggu lepas selesai sudah exam real estate... aku dan beberapa rakan dari agensi ambik exam ni... aku mmg tak prepare... kalau ada yg lulus tu bonus la untuk aku.... org2 'kita' boleh di bilang dengan jari... aku pun tak tahu la kenapa benda ni terjadi.. tiap2 tahun ia berlaku... nampak nyer kesedaran belum lagi terbina... tak per, kita cuba gerakkan usaha untuk meningkatkan penglibatan org2 kita dalam industri hartanah yang berlesen... mmg terlalu banyak faedah kalau ada lesen... korang boleh la search untuk cari pasal ni... salah satu nyer, korang boleh dapatkan komisyen 100%... mmg sedap habissss....

minggu lepas, habis je exam aku terus ke pantai timur... mula2 ke kelantan untuk 2 hari then ke terengganu sehari... salah satu nyer mmg ada keje, tapi sesambil makan angin la kan... bila banyak berjalan ni, aku mmg suka tengok keadaan di negeri org berbanding duk di kuala lumpur.. apa beza? apa yg boleh kita tingkatkan atau membuat inovasi perkara yg dah ada supaya ia menjadi lebih menarik... cuba kita tengok, Facebook... sebelum ni dah ada dah myspace, friendster...tapi kenapa bila Facebook muncul ia terus menjadi satu pilihan untuk orang ramai... ia cuma inovasikan benda yg dah ada kepada satu pendekatan yang lebih mudah dan segar... ini just idea yg aku berkongsi untuk sama2....mungkin korang boleh kembangkan lagi idea2 yg lagi bagus...

satu hari dua ni aku byk settlekan pasal TA dan juga ada new client for the new property to handle... huhuhu.. so far alhamdulillah la... aku seronok dengan benda2 ni.. tambahan plak, cuma masa kadang2 terbatas sangat2... tambahan plak aku menuntut ilmu skit skrang ni... so masa aku sikit terbatas... tapi so far, kerjaya aku dengan masa belajar aku tak clash... keje sendiri kan... pandai2 la aturkan... aku bukan apa, sambung belajar sbb byk menda yg aku cari... 1st mmg ilmu yg aku cari.. 2nd kawan2 yg sama bidang dengan aku... so skrang ni aku bersyukur sbb kawan2 mmg satu bidang cuma sub yg berbeza... ada yg REIT, ada yg developer, ada yg consultant, valuer dan sebagainya... mmg best sangat2... so far aku enjoy....

ingin berkongsi dengan pembaca aku.... hartanah tahun ni yg paling tinggi transaksi ialah penjualan sebuah rumah dulplex 14,300 sqft di Binjai Condo dengan harga RM38juta telah di jual... info dari kawan2, buyer ni adalah di antara 10org yang terkaya di dunia... so no wonder la dia boleh beli dengan harga tu... byk la comment2 dari blog mahupun forum pasal ni... so boleh la search kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal ni... transaksi jualan rumah aku pada bulan lepas jugak amat memberangsangkan... seronok gak la bulan lepas... salah satu ceritanya pasal sebuah rumah... owner dia enZ.. dia ni sempoi dan selamba... 1st time aku jumpa dia bincang pasal nak jual rumah tu, dia siap cakap lagi... farhan, i nak rumah ni harga ni... yg lebih u ambik... pergghh... mmg best la.. kalau ada 10 owner mcm ni... sedap betul buat property ni... tapi jarang2 la aku dapat kes-kes gini... walaupun tak dapat kes gitu, tapi sales alhamdulillah la...

akhir bulan jun lalu OPR naik... so secara tak langsung BLR pun nak naik la tu... so awal bulan julai, BLR pun naik la... kepada 6.05... huhuhu.. berapa kali dah tahun ni BLR naik.. aku pun tak ingt dah... tapi yg pasti mungkin ada akan naik lagi... apa rasional nyer aku tak pasti... yg pasti, kalau BLR naik, org akan berfikir 2 3 kali untuk meminjam... aduhai...tapi untuk auction aku rasa mcm sama je... naik ke, turun ke, ada je org beli rumah auction... untuk sub sales plak, org akan sentiasa beli dan jual.. mungkin ada sbb org nak pakai duit, ada org nak kurangkan commitment, ada org nak buat benda yg kita tak tahu tujuan... mungkin sesetengah org, time BLR naik ni satu masa untuk berehat, tapi untuk segelintir org, inilah peluang untuk meminjam... tengok la kepada keperluan masing2...

pasal exam 2 minggu lepas.... kat bawah ni ada sekeping 2 gambar tentang exam hari tu... mcm aku tulis kat facebook, hari last exam aku jumpa dengan org kanan inspen... diorg tengah buat survey untuk skip exam dengan membuat ganti dengan diploma secara part-time... diploma ni mungkin ambik masa 1 - 11/2 tahun.. tapi ni masih lagi peringkat cadangan... kalau la jadi benda ni, so skip la 2 tahun untuk ambik exam.. kalau 2 tahun, kalau tak lulus jadi bertahun2 la... hehehhe... kita tengok la nanti mcm mana...kalau berjalan dengan lancar, senang la nak ambik lesen lepas ni... insyaAllah....ingt lelong, jom2lelong..okeh








p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, July 5, 2010

Good Luck

Salam Sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat lagi mencoret dalam blog ni... masa mmg betul2 membataskan aku untuk menaip 2 3 minggu ni... sapa yg ikuti aku dalam facebook, aku ada coretkan beberapa kejadian yg aku tak dapat nak elak berlaku dalam 2 3 minggu ni... semua itu dugaan bagi aku.. semoga aku tabah untuk menghadapinya....

post kali ni pendek je, just nak wish all the best and best of luck to all person who sit for real estate exam tomorrow until thursday... termasuk la aku... aku berdoa agar semua lulus untuk ambik part II plak... aku baru je ambik part i ni... sapa2 yg dah ambik part ii, moga lulus dan buat praktikal plak lepas ni... lepas tu interbiu then dapat la lesen... dapat la bukak firm sendiri.... best nyer.... apa2 pun, buat yg terbaik okeh... ingt lelong, jom2lelong..okeh...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, July 1, 2010

Tanah Tepi Jalan Sultanah Zainab, Depan Istana

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

Tanah Tepi Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan

- Betul2 Depan Istana Kota Lama
- Sebelah bangunan UMNO
- keluasan 112.35 depa
- sekarang ada restoran salwa

lokasi :

- lokasi amat strategik
- betul2 tepi jalan
- tanah sesuai untuk buat bangunan/kedai
- berhampiran dengan bandar kota bharu
- 3 minit ke Tesco

Harga : RM 730,000
- harga boleh runding sampai jadi, insyaAllah -

Hanya kepada serius buyer sahaja.

No agent/broker.

Hubungi :
Farhan - 019.362 3578
- siapa cepat dia dapat -








p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..