alhamdulillah... syukur kupanjatkan kepada ALLAH atas nikmat yang diberikan... selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. apa khabar pembaca sekelian.. ramai yang bercuti hari ni kan... semoga cuti anda dipenuhi dengan aktiviti yang terbaik...
berbicara soal 'TRUST' aka percaya.. amat signifikan dalam kehidupan... mempercayai adalah suatu perkara yang amat susah kerana ia terletak dalam hati... bagi aku, untuk mempercayai adalah perkara yang penting dalam kehidupan... tapi, apabila kepercayaan di musnahkan, tiada lagi kepercayaan untuk disandarkan walaupun sekecil zarah!!! percaya dikaitkan dengan tipu... kita bagi kepercayaan tapi dikembalikan dengan penipuan... ohh tidak... orang yang menipu, ia tidak akan lama bertahan.. ia akan terbongkar jua... ALLAH Maha Melihat dan Mengetahui... bersyukur la kerana masih lagi belum terlambat untuk bertaubat... menipu dengan manusia, minta maaf dengan manusia dan ALLAH... menipu dengan ALLAH, mohon la taubat dengan ALLAH... selagi tiada keampunan dengan manusia, selagi itulah anda tidak senang dengan kehidupan anda... tapi ingatlah, setiap pembalasan itu, ALLAH akan membalas dengan setimpal... what u give, u will get back...
jika anda menerajui organisasi tersebut, arahan dari boss anda mesti anda kena ikut... boss anda bukan sengaja memberi arahan tanpa ia berfikir paling kurang 3 4 kali... ada reason yang tidak perlu dipersoalkan... tapi jika anda rasa anda boleh bantah, boleh ingkar dan menipu boss anda, so anda siapa? inilah manusia, tidak pernah nak berfikir soal agama dan kehidupan.. tidak boleh nak bezakan antara dosa dan pahala... ye la, buat dosa boleh la taubat nanti kannnn... terfikir tak dalam anda menipu boss anda, anda mengalami kejadian yang tak disangka... anda excident, anda tercedera dalam menipu... kalau tak kena itu ok la, tapi kalau kena mcm mana? amal la selalu, kalau mcm ni anda boleh menipu, benda lain lagi la anda boleh buat... tak mustahil langsung dan tak rasa terkejut pun kalau ia berlaku sbb tanda2 kecik menipu akan boleh buat benda2 lagi besar... semoga ALLAH berikan hidayah la untuk anda...
kadang2 hidup ni kita rasa down beb... rasa terjatuh mcm kena batu dari tingkat 14 ke bawah... bila pk balik, apa la aku dah buat ni... apa yg salah, apa yg silap... sblm buat apa2, jenis aku bukan pk sekali dua untuk buat keputusan... tapi tu la, manusia bukan reti nak paham apa yang kita pk... nak ikut kepala masing2... kalau boleh tengok apa yg kita pk, aman la dunia ni kann... sabar je la... tapi hati ni sakit gilerr... so, senyap je la... malas nk bising2... cakap pun dah tak guna langsung.. mcm curah air kat daun keladi... tak de pun yg melekat... ye la, orang lebih bijak dari kita, apa de hal... semua benda boleh nk buat kan... mungkin sbb tu kehidupan ni penuh dengan hikmah yang tersembunyi bila ada benda terjadi... hanya masa yang boleh menentukan apa selepas ni terjadi... aku sentiasa mohon agar diberikan yang terbaik dalam kerjaya aku, kehidupan aku dan masa depan aku... tidak berharap benda yang tidak akan jatuh dari bulan, tapi sekadar mencari kepastian... aku tidak mengharapkan emas di lautan, tapi sekadar mencari jawapan kepada pengertian...
luahan perasaan di hari yang rasa kurang berkeyakinan... entah la, sebulan ni rasa pelik dalam diri... amat pelik dari kebiasaan... semoga ALLAH menjaga aku dan kerjaya aku... aku memohon agar sentiasa di bawah rahmat dan keberkatan dari ALLAH.. amin...
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
FARHAN
019.362 3578