Tuesday, October 23, 2012

daily to-do list -----> Set Goal !!!

alhamdulillah, syukur kepada ALLAH di atas nikmat yang dilimpahkan kepada kita semua... syukur..syukur...syukur.... sama2 kita jadikan hari ini hari yang terbaik dalam hidup kita... sama2 kita jadikan hari ini hari yang palingg banyak kita senyumm, kita buat orang lain hepi, kita tambah nilai hidup orang lain mungkin dengan perbuatan, perkataan ataupun senyuman... kita niatkan agar semua perbuatan kita hanyalah untuk ALLAH.. semoga kita di rahmati dan diberkati... amin... 

hari ni topik pengurusan skit... lari skit dari hartanah... hehe.. boleh kan sekali sekala je... anda dah buat check list apa nak buat hari ni??? anda dah senaraikan apa yang priority yang perlu dibuat dulu dan kemudian... kalau belum buat, anda boleh ambik pen dan kertas atau bukak handphone dan mula taip apa nak buat hari ni..... senaraikan apa kerja2 anda yang anda nak buat... penting ke tak tu no 2... listkan je... then, anda priority kan apa yg patut anda buat dulu dan kemudian.. 

kenapa perlu list??? sbb benda ni akan buat kita jadi sistematik dalam apa jua kita nak buat... kita juga tidak tertinggal apa yang perlu nak selesaikan... kita juga boleh listkan apa yang kita nak buat dalam bulanan, tahunan malah dalam tempoh dekad... kalau yang masa panjang2 tu dah kira kita set goal... tapi, kita boleh cuba buat yang hari2 dulu then baru kita buat minggu, bulan dan tahun... 

kalau kita nak set goal kita, kita boleh main dengan minda kita untuk jadikan benda tu real... tapi kita perlu menulis apa yang kita nak... yesss, kena tulis apa yang kita nakkkk.... sini ada video yang bagus untuk sama2 tonton mcm mana nak capai impian kita dengan kita set goal, kita visualization dan mengakui benda tu dah jadi... anda boleh tonton dan sama2 kita mendapat manfaat dari pengetahuan dari video ni.. semoga ilmu ini membantu... insyaAllah... okeh... 





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Monday, October 22, 2012

Gov Loan - Anda ada 2 bulan untuk beli rumah!!!

alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih lagi memberi tangan ini untuk mencoret dalam blog ini... bersyukur kerana dapat lagi nak mencoret... ohhh, sejuta maaf kepada pembaca yang datang dengan tanpa apa2 update.... untuk menulis, kadang2 memerlukan masa dan juga ruang yang terbaik dalam mengarang ayat yang terbaik untuk para pembaca... kadang2, masa dan ruang amat mencemburui dalam menghasilkan tulisan yang baik..(alasan!!!).. kalau nak seribu daya, boleh curi masa yang ada... huh, mmg alasan... maaf untuk semua... 

kepada semua warga kerajaan yang masih belum memiliki rumah... anda ada lebih kurang 2 bulan setengah untuk beli rumah!!!!! biar betulllll.... betull.. kenapa??? sbb tahun 2013 nanti, pinjaman perumahan akan dikendalikan oleh bank tempatan seperti mana yang dibentangkan dalam budget 2013 baru2 ini... so tahun depan pun boleh beli rumah kannnnn.... boleh tapi???? apa yang tapi... jom kita sama2 duk fikir sejenak.... kalau sebelum ni, kawan2 kita beli rumah guna loan kerajaan, pembiayaan dikira mengikut payslip sahaja... sebagai contoh, dalam payslip gaji bersih 700, so limit untuk installment kena kurang dari 700 kan... walaupun ia mempunyai kad kredit, personal loan dan sebagainya.... pendek cite, gov loan tak ambik kira berkenaan dengan criss...

so tahun depan, apabila bank tempatan ambik alih pinjaman perumahan, mengikut prosedur bank ia wajib untuk melihat Central Credit Reference Information System (CRISS)... dan pinjaman anda berpandukan kepada kedudukan kewangan anda dalam criss... so amacam???? kalau la criss anda banyak hutang, ia memungkinkan anda untuk tidak dapat buat loan... malah, mungkin anda boleh beli rumah yang kurang 100k sahaja walaupun gov loan melayakkan anda mendapat loan 200k... 

justeru, anda masih lagi ada masa...beli rumah SEKARANG sebelum tahun 2013 untuk anda ambik profitttt semaksimum mungkin... dan rancang mcm mana untuk anda lakukan bagi memaksimumkan pendapatkan berdasarkan kepada rumah yang anda beli tersebut... jika anda inginkan bantuan, boleh la hubungi rakan2 pelabur hartanah yang ada pengalaman dalam menguruskan perihal pelaburan hartanah ini... semoga anda mendapat manfaat dan berkongsi dengan orang lain... okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong