Monday, December 19, 2011

Perjuangan yang berterusan.............

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat jugak menjenguk blog ni... sebulan lebih tak masuk sini... kesempatan amat terbatas untuk menaip..tambahan pula, skrang ni tengah finalize thesis aku.. aku terpaksa siapkan separuh thesis untuk dapatkan status TL bagi extend next sem... penat dan letih belajar di 2 tempat berbeza dan 2 peringkat pengajian yang berbeza... ini amat memberi cabaran yang besar kepada aku... semoga Allah kuatkan semangat aku... insyaAllah...

minggu lepas minggu ujian... dari awal minggu hingga la ke hujung minggu, banyak benda yang berlaku... masih aku ingt, sebelum puasa hari tu, aku bersama2 nyer bergurau senda, saling mengata.... dialah sepupu paling rapat dengan aku... even umurnya dah 40-an, tp still muda remaja... hari selasa malam, aku balik je kelas pukul 9 malam.. makan2 dan 10.30mlm mata dah rasa amat mengantuk dan badan rasa amat letih sbb dari pagi lagi aku keluar... jam 11.15malam, aku dikejutkan dengan berita kematian arwah di hospital serdang... kepenatan yang aku rasai tadi, sudah tiada lagi... terus aku ke hospital... sedih nyer aku... arwah meninggalkan 5 anak yang berusia 10-20 tahun... wife nyer tak bekerja... oleh kerana, aku di antara yang waris yg terdekat, berbincang untuk bawak balik jenazah ke kampung... setelah wife nyer sampai jam 3 pagi, then suasana terus hiba dengan tangisan yang bergema... tak ada patah kata yang dapat digambarkan bila org yg tempat berteduh, berpegang meninggalkan dunia yang fana ini... perancangan Allah siapa tahu..itulah yang terbaik.. ingtlah, Allah tidak akan menguji setiap hambanya melainkan kesanggupan hambanya berhadapan dengan ujian tersebut...

pagi2 lagi, aku bersiap untuk balik kampung... aku dah lupa segala apa yg aku dah rancangkan untuk hari esok... kereta ada prob bila nak balik... terus ke bengkel jam 8.30 pagi.. nasib bukak.. then tukar paiping minyak then terus aku balik.. jenazah time ni berada di kem sungai besi..tentera siapkan jenazah selepas forensik discharge body... aku mendahului jenazah sbb takut lambat... bawak budak2 tau2 la kan... kang sekejap nak gi toilet la, nak makan la... tetiba fon aku berdering, aku lupa aku kena sign letter offer dari bank hari tu... aku minta maaf sgt2 kat member aku tu.. sbb emergency... so postponed ke hari lain... then aku ingt, hari jumaat petang aku jugak ada appointment.... tak pe, nanti arrage balik... then aku sampai kampung jam 4.30... mendahului jenazah.. jenazah sampai jam 6.00ptg... sampai je solat then bagi sedara mara lihat then terus masuk liang lahat... selesai sudah pengubumian arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan2 orang yang beriman.. insyaAllah... balu dan anak2 akan berpindah balik ke kampung dalam masa terdekat...

aku dengar, arwah sebelum ni dah tahu dia akan pergi... mungkin dalam sedar ke tidak, kita tak perasan.. anak yg sulung belajar di terengganu.. arwah cakap kat anak dia, ambik la duit ni, ni last ayah kasi tau.... dia jugak cakap kat ibu dia, kalau tak datang rumah kali ni, tak leh datang dah la... ingtkan gurauan yang biasa je.. tetapi itulah tanda2 yang mungkin tak perasan atau berkebetulan... arwah amat rapat dengan aku dan juga family aku... setiap kali balik kampung, mesti datang rumah aku... raya dah wajib datang... alhamdulillah, arwah byk memberi pertolongan kepada orang lain utk meningkatkan kualiti hidup.. semoga arwah mendapat ganjaran dari Allah atas usahanya... insyaAllah... Al-Fatihah....

sedih mmg sedih, tapi yg hidup kena teruskan hidup... balik je dari kampung hari jumaat, terus aku ke ukm bangi ambik kunci dan terus ke pj untuk org tengok rumah... alhamdulillah.. skrang tengah tunggu snp dari seller untuk buyer test loan dulu... hari jumaat gak ada appointment kat Sepang, tapi aku amat tak larat... so, tunda ke hari ni - Isnin... insyaAllah, hari ni ke sepang untuk berbincangan dengan buyer... insyaAllah...

sejak sebulan lepas, banyak perkara baru yang aku belajar... banyak benda yang nak kongsi...tp tak sempat... kadang2 idea itu hilang..ohh sayang betul.. cuma nk kongsi di sini satu benda... sekarang ni, harga rumah dah melambung-lambung... sebagai contoh skrang ni, teres 2 tingkat pun harga 400k... wow... mmg mahal la kan... meh kita kira stamp duty.. kalau la kita beli rumah 500k, stamp duty 9000 kan... rujuk : http://www.jpph.gov.my/V1/kira_dutisetem.php?versi=1...tapi mcm mana kita nak kurangkan bayaran stamp duty ni??? boleh ker?? jawapan nyer : BOLEH.... kalau rumah kita 500k, jadi suruh lawyer submit 5x borang stamp duty... so, setiap satu borang, LHDN akan charge RM1000.. kenapa 1k, sbb stamp duty, setiap 100k, LHDN akan charge 1% = 1k... so 5 borang, 5k... jimat 4k... banyak jugak tu 4k... ni adalah cara yang smart untuk jimatkan stamp duty fee...

sekarang ni ada 3 biji rumah sedang siap sedia untuk disewakan... 1 di putra perdana, 1 di taman mas puchong dan 1 di vista pinggiran... insyaAllah semua rumah ni akan di publish di mudah.my/farhan dalam masa terdekat...

perjuangan dalam kehidupan ni banyak cabaran dan dugaan... tetapi, kita terpaksa juga lalui dengan penuh iltizam dan juga keazaman... ada satu cerita untuk di kongsi bersama... enjoy reading...

Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh keluar dengan mudah. Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama berhasil dikeluarkannya dari kepompong.

Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap. Apa sebabnya? Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuanmu. Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi masalah kita. Okeh...





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..