Monday, September 19, 2011

LAWYER + Benih Terbaik

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, kesempatan di petang hari ni dapat menukilkan sedikit coretan untuk bersama2 kita manfaatkan bersama... bulan ni, mmg banyak open house, even kat RESCOM pun akan buat open house this wednesday... tak tahu la sempat ke tidak untuk datang... insyaAllah, dapat datang kot... kali ni RESCOM buat besar dari tahun lepas... kalau tahun sebelum2 ni buat kat ofis je, kali ni buat kat tempat lain... jeng jeng jeng... hehehe... cayalah RESCOM...

kali ni nak bercerita serba sedikit tentang salah satu part dalam proses membeli rumah iaitu LAWYER... lawyer memainkan peranan yang penting dalam proses beli jual rumah... dari A sampai la Z, lawyer yang memainkan peranan... tetapi, charge lawyer mcm mana??? ramai orang yang tak berapa nak perasan pasal ni... ok, ada 1 kes yang berlaku sblm raya... my client ni nk buat loan, so dia nak pakai bank cimb dan juga bank muamalat... so, my lawyer is panel for both banks... so ok lah, siap application then keluar je result, officer bank sorg ni cakap, my lawyer ni bukan panel... hangin la aku dan juga lawyer... time ni offer letter belum keluar lagi tapi on verbal... so, my client tanya la, kenapa officer bank tu cakap ur lawyer is not panel of this bank.. aku pun jelaskan lah, sebenarnya, dia nak kasi kat lawyer dia, so dia akan dapat komisyen.. thats all... dia pun paham la.. so, my lawyer suruh dia ambik quotation dari org bank tu punya lawyer dan bandingkan dengan our lawyer fee... so, dia buat apa yg kami suruh... beza harga almost RM300... so, mcm mana??? lepas je sign offer letter, my client cakap kat org bank tu suruh bg instruction kepada lawyer kami... hahahha.. then tak puas hati, dia call la lawyer aku tu... sembang punya sembang, dia nak komisyen la cara cakap nyer... hahaha... so, pengajaran nyer, cari la lawyer mana2 yg kenal, ambik quotation and bandingkan... compare harga.. mana yang terbaik, pilih ok... then tengok cara kerja, kalau dapat rekomendation, go on.. tp kalau dah dapat byk complaint, just leave it...

satu cerita untuk di kongsi bersama... aku cedok dari satu blog... aku suka untuk membaca perkara2 begini kerana ia memberi motivasi kepada aku, kehidupan aku dan membuatkan aku berfikir dan berfikir... insyaAllah, anda juga akan bermotivasi jika membaca cerita ini...

Kisah Benih Terbaik....

Seorang CEO hendak mewariskan syarikat perniagaannya kepada pekerja- harapannya tetapi agak sukar untuk mencari yang terbaik.

Oleh itu dia memanggil semua eksekutifnya dan masing-masing diberikan sebiji BENIH dan berkata, “Siramlah benih ini dengan teratur, pelihara, dan kembalikan kepada saya setahun dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari biji benih ini.

Yang TERBAIK, pemiliknya akan menjadi pengganti saya sebagai CEO perrniagaan ini.”

Seorang pekerjanya, Rahmat, pulang ke rumah.

Setiap hari dia menyiram benih tersebut dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

Setelah 6 bulan, di pejabat, eksekutif yang lain sering bercerita pasal tanaman masing-masing, sedangkan Rahmat pula melihat TIDAK ADA PERUBAHAN yang terjadi kepada benih kepunyaannya. Benihnya tidak tumbuh apa-apa.

Dia merasakan dia akan GAGAL..

Setelah setahun, seluruh eksekutif menghadap CEO, mempersembahkan hasil benih tersebut. Rahmat berkata pada isterinya bahawa dia malu untuk membawa pasu yang kosong, namun isterinya memberi galakan kepadanya untuk menyatakan perkara yang sebenar. Rahmat menyedari bahawa isterinya menyarankan PERKARA YANG BENAR.

Memasuki ruangan mesyuarat, Rahmat membawa sebuah pasu yang kosong. Seluruh mata memandangnya dengan kasihan. Ketika CEO memasuki bilik mesyuarat, dia memandang keindahan seluruh tanaman itu, hingga akhirnya dia berhenti di depan Rahmat yang tertunduk malu.

CEO memintanya ke depan dan menceritakan TRAGEDI yang menimpanya.

Ketika dia selesai bercerita, CEO berkata, “Berikan tepukan yang gemuruh untuk Rahmat, CEO yang baru”.

Dia menyambung, “Saya memberikan kepada anda semua sebiji benih yang sebelum itu SAYA TELAH REBUS DENGAN AIR PANAS sehingga mati dan tidak mungkin tumbuh. Melihat benih itu tidak tumbuh, anda semua telah menukarnya dan berbohong kepadaku. Tetapi tidak dengan Rahmat, dia mahu berkata perkara yang sebenar walaupun pahit.”

Ini hanya sebuah cerita sahaja dan tidak mungkin akan ada CEO yang akan melantik penggantinya dengan biji benih tetapi di sebalik cerita ini menyatakan betapa pentingnya bercakap BENAR. Ramai antara kita yang memberi laporan palsu kepada pihak atasan supaya tidak kena marah malah akan dipuji dan dinaikkan pangkat.

Ingatlah, mungkin tidak mendapat balasan di dunia tetapi jika kita jujur, insyallah kita akan mendapat balasan di Akhirat nanti. Teringat perihal firman Allah dalam Surah Al-Asr = ' berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran'........

Tabur benih KEJUJURAN, menuai KEPERCAYAAN
Tabur benih KETEKUNAN, menuai KEMENANGAN
Tabur benih KERJA KERAS, menuai KEJAYAAN
Jangan TAKUT mengaku walaupun PAHIT JIKA itulah PERKARA BENAR

itu cerita motivasi kali ni... bercakaplah benar walau pahit sekali pun... minggu lepas, aku marah staff lawyer sbb cakap tak betul.. aku terlampau marah sangat sbb ckap bukan2 kat aku punya seller merangkap sedara aku... dan dia mengadu kat relative yg lain... hangin la aku... bila tanya tak nak mengaku plak... betapa aku geram di tambah plak dengan dia jual nama aku dan juga dia janji tak serupa bikin... amat geram aku hari tu... tak pasal2 firm tu minta maaf dengan aku... baru keje, buat cara baru keje.. jangan pandai2... huhuhu.. sabar sabar... tapi skrang, dah nak settle sbb hari2 aku update.. insyaAllah hujung minggu ni settle kot... hehehe... anyway, selamat membaca dan selamat beramal... okeh...



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, September 5, 2011

House For Sale in Hulu Langat Near Ampang

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, selamat hari raya... hehee... apa khabar semua? harap sihat sejahtera dan masih hepi2 bercuti... kepada yang bersedih atas kehilangan mereka yang tersayang, aku ucapkan tahziah dan simpati dan semoga mereka bersama2 org yg beriman...insyaAllah...


anyway, ini ada sebuah rumah di taman wawasan, hulu langat yang dekat dengan ampang.. aku rasa, ni la rumah paling dekat dengan kota Kuala Lumpur... MV = 360k - already check.. tapi owner nak jual 50 ribu below than MV... owner nak jual SEGERA sbb nak settle masalah keluarga.. hopefully, kalau ada kawan2 yg nak beli rumah, boleh rekomen.. insyaAllah, kalau sapa yg rekomenkan tu, ada la saguhati yg aku akan kasi... Ni gambar2 utk view...



- map

- ruang tamu dan ruang makan di bezakan dengan partition

- dapur

- ruang makan

- @ tingkat atas

- security guard


Rumah teres 2 tingkat Untuk Di Jual SEGERA.
Taman Wawasan, Hulu Langat

- 4 bilik tidur, 3 bilik air.

- Moden design | Ruang tamu dan dapur di bezakan dengan tangga bertingkat.

- Partial renovated

- Gated & security provided

- Nearby amenities - sekolah rendah /menengah/ sekolah agama

- Convenience and easy access from ampang, cheras, kajang,putrajaya/semenyih.

+ Persekitaran yang privasi+aman.Kedudukan yang strategik,laluan mudah ke Kuala Lumpur dan Ampang
Mudah akses ke jalan utama.

- 8 minit dari Ampang

- Market value = RM 360k

- 10% deposit (3% booking & 7% upon sign SPA)

- Selling Price - RM310k

HARGA BUKA 310K BOLEH RUNDING SAMPAI JADI!

Sebab Jual : Owner nak selesaikan masalah keluarga.

Viewing : Strictly by appointment through Sole Agent

Call : 019-3623578 -Farhan-
email : jom2jual@gmail.com
Please call for viewing.
First Come First Serve Basis.



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..