Wednesday, July 21, 2010

PNB ohh PNB.....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah dapat lagi aku berblog... minggu ni aku baru tahu ada news yang kurang baik sikit... aku pun secara tak langsung mendengar benda2 ni... salah satu nyer, PNB dah stop untuk sijil ASB cagar buat OD... terkejut jugak la... aku ingtkan rumors ke apa.. then aku confirm balik dengan banker, mmg betul ruper nyer... mcm tahun lepas gak, PNB ada tutup sekejap then bukak balik... tapi kali ni tak tahu la mcm mana... tutup terus atau akan di buka... kita tengok je nanti mcm mana... tapi PNB stop start 1 july yang lalu...

di parlimen, minggu lepas tak silap ada perbentangan tentang usul bagi menggubal akta yang ada bagi ejen hartanah tak berlesen... sebelum ni, ejen hartanah yang tak berlesen jika di tangkap di denda 10k... tapi usul tu menyebut akan di naikkan kepada 300k... wow... so kalau tertangkap mmg masak la nak membayar... tapiiiiiiiii..cuba kita tengok, berapa ramai yang di tangkap? sampai ke 10 org??? so, mcm akta ni tak di kuat kuasakan... property manager ada la yang di tangkap..tapi ejen ada di tangkap??? mungkin ada tapi bilangan nyer.... bila bertanya kepada beberapa org yang sedang berusaha untuk mendapatkan lesen, ada org bertanya kenapa nak dapatkan lesen buat je secara haram?? mereka jawab, sekarang ni ramai org dah aware pasal real estate.. mereka nak berurusan dengan ejen yang berlesen... aku rasa kita pun kena faham arus pengetahuan org malaysia telah meningkat dari semasa ke semasa... mcm dulu, nk tengok org ada MASTER mmg la sikit sangat... tapi sekarang, yang ada MASTER dah bercambah2... so tahap pemikiran orang sekarang ni makin bijak.

ada org tanya, boleh ke tanah leasehold jadi freehold? so kita kena tahu kenapa tanah tu freehold dan kenapa tanah tu leasehold... tanah freehold ni adalah tanah yang ada geran sebelum tertubuhnye NLC - national land counsil... selepas tertubuhnya benda ni, semua tanah yang baru di beri title leasehold... sbb itu, tanah yang berstatus freehold ni mahal.... cuba tengok kat kL ni tanah jenis ni,mmg harga bestt giler la... mmg dari segi akta kanun tanah negara yang mana kalau tanah tu habis leasing, maka kerajaan boleh ambik tanah tu balik... aku actually berminat nak tengok pasal tanah kat usj yang mana kat sana tempoh pajakan tu antara yang terawal nak habis... adakah kerajaan akan ambik balik atau tindakan yang lain di ambil? kalau kerajaan sambung leasing, maka pemilik harus membayar premium tanah... tapi kalau kerajaan ambik balik mcm mana gak nyer pemilik tu... ye la rumah bukan calang2... bungalow, semi-D... kita tunggu dan lihat k... tanah leasehold mmg tak leh jadi freehold... mcm kes di perak baru2 ni... aku bercakap atas dasar akademic not politic... kes tersebut berkenaan dengan kuasa kerajaan negeri, NLC dan pemilik tanah... mungkin pemilik tanah akan kehilangan tanah tersebut juga boleh berlaku... boleh la rujuk Prof Salleh Buang dan juga akta... takut nak hurai sbb benda sensitif... mungkin ada yang kekurangan atau kurang fakta, pembaca boleh la tinggal komen k... mungkin aku ada tersalah... ingt lelong, jom2lelong...okeh...

oppss : PKNS MULA JUAL KRISTAL HEIGHTS SEKSYEN 7 SHAH ALAM




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: