Monday, July 19, 2010

Budi Bahasa, Adat Kita

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dapat lagi aku mencoret baris-baris ayat di dalam blog ini... minggu lepas mmg minggu yang kurang baik kepada aku.... aku bukan nak cakap apa, 2x minggu lepas aku mcm kena tipu.... satu nyer pasal nak jual rumah... hari isnin tu aku dah set appointment kul 4 ptg aku akan sampai di sana... so kul 10 pagi aku call untuk confirmkan dengan owner dan dia setuju... so aku pun gerak pegi sana... sampai sana dalam kul 3.45 ptg, then aku call la owner... alamak, tak jawab la plak... sudah... dalam hati aku mmg tak sedap dah... aku ingt fon aku yg prob ke apa, so aku pun pakai la public fon, bunyi pun sama gak... jauh ni datang.. so aku pun bagi la sms... aku tunggu lebih kurang dalam 40 minit.. aku call tak kurang 20x... so tak der respons gak, so aku pun balik la... dengan perasaan bercampuar baur, aku amat kecewa... kali ke dua plak aku kena hari sabtu... org ni dah 2x call untuk tengok rumah di cheras... mmg bersungguh habis sbb nak duk dengan adik dia... so aku pun set la hari sabtu jam 9 pagi... so kul 8.30 tu aku confirm balik dengan org ni, dia cakap lambat skit sampai... ok fine, aku pun tunggu la... aku call tak jawab.. then aku sms... sms dia balas plak... cakap dah nak sampai... so aku tunggu la lagi... sampai la 2 jam aku tunggu, tak sampai2... call tak angkat... aku pun balik... aku geram giler hari tu... nk marah tak yah cakap la... 2 kes ni bukan org lain, tapi org kita.... aku pun tak paham kenapa jadi gini... mmg aku rasa terkilan sangat2... kita ni ada budaya, adat... jangan nak aniaya orang, nanti orang akan aniaya kita pulak... Tuhan tu Maha Adil.. tak dapat datang, bagitau awal2... bagi sms... kenapa? rugi sangat ke nak bg sms yg berharga kurang 20 sen tu... daripada org menyumpah dan duk menipu orang... mmg aku kesal sangat2... fikir la baik2... mmg aku blacklist terus 2 org ni... aku tak leh terima la apa yg diorg buat... huhuhu... minggu lepas agak kecewa jugak la... sbb org kita ni mcm tak der adat dan budi bahasa langsung... pk sendiri la kalau janji tak di penuhi tu org apa... think it...

minggu lepas beberapa deal aku tak menjadi... deal buat auction, deal buat grill, deal sewa rumah... semua mcm tak menjadi... mungkin aku pun tengah berserabut kot... tak tahu nak cakap la... tapi aku tahu, tu ialah cabaran dalam bekerja sendiri.. kena berusaha.. kalau deal ni tak jadi, go for next and next.. first come first serve... minggu lepas jugak banyak la yg aku belajar selok belok hartanah ni dari pengalaman yang aku kena... tapi nak buat mcm mana, pengalaman itu mematangkan kita sama ada untuk buat yg lebih baik atau memberikan perkhidmatan yang terbaik... insyaAllah...

pihak INSPEN sekrang ni tengah membuka peluang kepada semua warganegara malaysia yang baru lepas SPM untuk mengambil sijil dalam hartanah.. so kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh la korang tengok website inspen... yuran yang amat murah dan tempat tinggal yang best.. so, kalau ada adik ke, sedara mara, kawan2 ke... boleh la kalau nak mohon... mmg future dalam bidang ni amat cerah.. insyaAllah before umor 30, boleh dah nak bukak company sendiri... syok nyer dapat bukak company sendiri kan.. teringin gak aku ni...huhuhu....


dalam hartanah, kita tak boleh tidak untuk lari dari memiliki sebuah rumah.. apa yang ada dengan sebuah rumah? rumah ini merupakan tempat lahirnya sesetengah dari kita.. bermula dari merangkak, berjalan dan berlari semua dari rumah.... rumah meninggalkan seribu satu kenangan yang manis, pahit dan mengajar banyak erti kehidupan, kasih sayang dan pengorbanan... aku ingt lagi, sewaktu kecil depan rumah la aku bermain bola... laman rumah la tempat aku main badminton... aku dapat kalahkan ayah aku time tu... seronok betul aku rasa... sampai sekarang aku ingt... mmg kenangan berada di rumah amat mendalam bagi aku... kenangan di rotan mak dan ayah waktu berada di rumah mematangkan aku apa yg boleh di buat dan tak boleh di buat.. rumah juga mengeratkan kasih sayang antara adik beradik dan mak ayah... bila besar, aku perlahan2 meninggalkan rumah... belajar di sekolah berasrama... ramai di antara kawan2 aku yang masuk asrama menangis nak balik rumah... kenapa balik rumah? rindu kat rumah... rumah tempat membesar, dari kecil sampai besar dan bila dipisahkan akan terasa sesuatu yang hilang... bila berada di asrama, banyak benda baru nak belajar... nak mandi pegi sana... nak makan pegi sana.. nak iron baju sana... tapi kat rumah, semua ada di dalam rumah... jalan tak sampai 10 tapak, sampai toilet... jalan tak sampai 10 tapak, sampai kat dapur... rumah jugak tempat yang selesa.. tak kira la rumah tu buruk mcm mana sekalipun, rumah tu tetap syurga di hati kita... bila masing2 dah bekeluarga, rumah menjadi tempat berkumpul eratkan persaudaraan... time raya terutamanya, semua adik beradik balik rumah... time ni la kita bersuka ria... hila tawa sesama kita.. kalau org tanya, tak nak keje kat kg ke? boleh di katakan semua org nak balik keje kat kg... sbb apa? sbb kita selesa berada di rumah... walaupun suatu hari nanti rumah dah tak der, kenangan berada di rumah tetap kekal dalam ingatan.. ia tidak mampu untuk menghalang kita untuk memadam kenangan dalam rumah... rumahku syurgaku... terima kasih kepada mak dan ayah kerana dapat menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk aku belajar erti kehidupan dan pelajaran... belajar erti sebuah keluarga berkasih sayang.. belajar erti sebuah tempat yang tenang... kenangan berada di rumah mengalirkan setitis air yang jernih di pipi dalam mengimbau kisah-kisah silam... pembaca juga ada cerita tentang rumah... masing2 ada cerita... ini cerita saya...cerita anda mungkin tersemat dalam hati... kisah anda mungkin lebih menarik... terima kasih kerana menjadi pembaca jom2lelong... dan terima kasih... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

3 comments:

sourplum said...

berapa ye yuran dia?

MattDemon said...

berat gak dugaan keje sendiri nie bro..sabar banyak2..insya-Allah ada hikmah di sebalik semua tue..:)

Jom2Lelong said...

re MattDemon : biasa la tu... mmg ada hikmat di sebaliknya.. terima kasih bro...