Monday, July 26, 2010

NAPIC

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hujung minggu lepas aku dapat selesaikan prob 3 biji rumah, dapat close sebiji rumah dan buat beberapa appointment in next few days bagi beberapa rumah untuk jual dan sewa... lega dapat settle kerja aku... hujung minggu mmg sibuk bagi kebanyakan agent hartanah.. sbb apa, ramai org yang nak tengok rumah... ye la time cuti kan... kalau hari biasa, kebanyakan org kerja... so hujung minggu je la dapat tengok rumah... best jugak la hujung minggu lepas... dapat jumpa ramai orang... nak sewa rumah kat bangsar hari sabtu tu berebut... 1st come 1st serve... so sapa bayar deposit dulu dapat la rumah tu... walaupun ada org tawar nak bayar booking dulu, tapi cara aku berbeza...

dalam berjumpa dengan ramai2 org, ada la aku berjumpa dengan beberapa anak muda yg baru je dapat keje di Bangsar... then dia tanya aku pasal hartanah ni... dia tanya aku, ada future ke masuk bidang ni ? aku mmg rasa tersentak jugak la dia tanya gini... pehal la plak dia tanya gini... aku pun pk, mungkin sbb aku pakai motor EX5 jumpa diorg kot... sbb tu diorg pk aku mcm tu... aku jawab la, bidang ni la paling bright future dan juga best... jangan judge org dengan hanya melihat luaran... aku pass aku nyer BC... then aku bercerita serba sedikit... keje makan gaji mmg best... hujung bulan dapat gaji kan... tapi gaji fix kan... kalau mcm hartanah ni, mmg gaji base on commission.... mcm juga berniaga... kalau rajin, dapat lebih... tapi berapa lebih tu? ha yg tu susah nak jawab... aku just bagi contoh, kalau jual rumah apartment berharga RM100k, comission dalam 2.75%/2 = 1375... tapi kalau jual rumah terrace 2 tingkat berapa harga? ada ke rumah teres harga 300k ke bawah di kL? itu hanya comission... ada lagi beberapa cabang comission lain.. tak perlu la aku cakap, kalau masuk dalam industri mmg akan tahu la... bila aku cakap mcm tu, terdiam kejap budak ni... then dia cakap, pendedahan dalam bidang ni masih lagi kurang... aku cakap mmg betul la... mmg kurang pendedahan... itu baru jual rumah...kalau sewa lain plak cara nya... aku cerita la, kalau sewa rumah, kita akan ambik sebulan sewa... hartanah ni banyak cabang nyer.... org nampak hanya jual beli dan sewa rumah je... tapi yang lain... auction, lawyer, valuer, banker... mmg kalau tak involve kita tak tahu....

aku nak bercerita serba sedikit pasal DMC - deed of mutual convenant... boleh la rujuk pada pos yang penah aku tulis sebelum pasal DMC... sbb apa benda ni aku highlight lagi..sbb ada masuk court case benda ni... sbb ada benda yg pembeli terlepas pandang dalam DMC ni dan bila claim pada developer atau management diorg suruh baca DMC balik... ada court case yg menyebelahi buyer dan ada banyak menyebelahi developer... sbb apa menda ni terjadi? selalunyer bila kita beli rumah baru under construction, pihak developer menyediakan lawyer mereka sendiri... dan pembeli selalu nyer akan sign je bila lawyer suruh sign kan... mmg snp tu kalau nak baca, setengah hari la.. tambah plak bahasa lawyer kan... tapi DMC ni tak panjang mana... so boleh ambik masa sikit untuk baca... sbb banyak info ttg facilities or kemudahan yang di sediakan mahupun tidak dalam bangunan yang kita beli... so alert pasal benda ni... DMC ni untuk rumah atas sahaja... rumah bawah tak der...

aku skrang tengah prepare carta alir untuk membeli rumah... aku harap minggu depan siap la aku buat menda ni... insyaAllah aku akan upload kat blog ni... bukan apa, kalau kita pegi ke pejabat lawyer, nanti tunggu update dari lawyer je kan... so kalau ada carta alir ni, boleh la expect fail kita tu dah kat mana...timing pun kita boleh agak... aku harap aku dapat siapkan dan rujuk dulu kepada lawyer dan publish kat web....insyaAllah...

skrang ni ramai duk menyebut pasal ekonomi malaysia ni... tengah turun la.. ada yang kata naik la... mcm tahun 2009, walaupun BLR 5.55% tapi kenapa propery sales tahun tersebut jatuh... wahal pada tahun 2007, walaupun BLR 6.5 tapi property sales tahun tersebut tinggi... kenapa? salah satu nyer ialah sbb speculative... org takut ekonomi jatuh berulang lagi mcm tahun 1998... so, ramai org ambik sikap berhati2... actually, untuk data semua ni, cuba la tengok NATIONAL PROPERTY INFORMATION CENTRE (NAPIC).. kat sini banyak info tentang hartanah... harga hartanah, average sub-sector dan sebagai nya... info ni kebanyakan di gunakan oleh developer untuk diorg buat kajian dalam mengeluarkan produk mereka... untuk investor, data ini juga penting bagi membuat investment di tempat yang mempunyai yield yang tinggi...sama ada commercial ataupun residential... mmg data kat sini amat berguna...just sharing untuk kebaikan kita bersama...ingt lelong, jom2lelong..okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

1 comment:

en_me said...

statement ko 'org nampak hanya jual beli dan sewa rumah je... tapi yang lain... auction, lawyer, valuer, banker...' yep, me setuju.. uhuhu