Wednesday, October 6, 2010

House Price Buble

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni aku rajin skit... selalu liat jer... hehehe... balik smlm dah kul 12 then bangun seawal pagi hari ni... huhuhu... bukan apa, siapkan dokumen untuk loan dan juga lawyer client... buat assg nak kena hantar hari ni.. penin jugak la.. anyway hari ni aku ceritakan pasal House Price Buble...

baru-baru ni korang dengar tak pasal propose untuk naikkan margin pinjaman dari 90% kepada 80%... kenapa aku cakap naikkan? sbb kita kena tambah duit untuk deposit... kalau di kurangkan, maknanya, kita tak tambah duit... so bila di naikkan kepada 80% margin, kita perlukan 20% untuk deposit rumah.. ramai org tak bersetuju dengan cadangan ini even aku pun tak setuju pada awal nyer... tapi kenapa bank negara keluarkan cadangan tersebut? adakah cadangan tersebut akan di guna pakai kelak? banyak lagi persoalan yang timbul dan akan timbul...

current property market kat mesia skrang ni adalah seperti 1996... kenapa aku cakap mcm tu? tahun 1997 kita punya ekonomi tengah boom or peak... pada tahun 1996, harga rumah, saham semua berada pada tahap yg tertinggi... even harga rumah time tu, org sanggup beli walau over price... sama mcm tahun ni, aku perasan kalau fasa pertama launching harga 100k, fasa kedua harga naik 130k pun sold out jugak... kat bandar tasik permaisuri, condo 280k above hari tu launching habis dalam masa sehari... di cyberjaya... west lake tu rumah teres...min price 700k sold out minggu lepas... baru je launching tak sampai sebulan... kesian sorg kawan aku ni, nak beli sangat2..tapi bila pegi smlm dah habiss... valuer penin kepala skrang ni... nak tentukan harga rumah... kalau berdasarkan evidence mmg la rendah, tapi org sanggup byar tinggi... kalau dalam klang valley mmg tak sampai seminggu habis... so skrang ni mcm mana? org tak kisah pasal harga bukan... tapi bukan semua org la... hanya org berduit sahaja la... kalau kita tengok kepada property cycle kita skrang ni, kita menuju ke arah kenaikan... tapi tak tahu bila peak... oleh sebab itu, bank negara cuba untuk mengawal persekitaran ini dengan membuat curb ke atas beberapa sector terutamanya property... ini adalah salah satu cara bagi mengelakkan berlakunyer house price buble...

cadangan untuk naikkan dari 90% kepada 80% margin loan tu boleh di laksanakan... tetapiiiii, untuk pembelian rumah ke dua dan ke atas... kalau pembelian rumah pertama, boleh diberikan margin 90% lagi...sbb kita tahu, org beli rumah ke 2, ke 3 dan selebihnya itu adalah untuk buat investment dan sebagainya... mungkin bank negara boleh memperincikan lagi tentang pemberian margin ini... mungkin ada option2 yang lain... apa yang aku paham, curb ini adalah untuk mengawal agar ia tidak berulang seperti tahun 1998 time recession... sbb apa, ekonomi tahun 1999 jatuh very sharp... bukan landai lagi tapi terus menjunam... sbb tu, time tu org yg ada duit dalam bank ialah org kaya... kenapa? time ni la diorg beli saham yg jatuh, then simpan.... ni di manakan investor... beli dan simpan... kalau yg beli hari ni lusa jual itu di namakan speculator... so, bila beli time murah then skrang jual contoh nyer la, mmg dah kaya la... skrang ni, saham boleh beli tak kira lot... dulu min 1000 lot... tp skrang dah berbeza... boleh gak kalau nak trade sendiri.. boleh la rujuk jupiter securities or yg lain2...

harga rumah di shah alam skrang ni..teres dalam 400k... its worth to buy? word worth ni korang kena jawab sendiri... pelbagai worth yg boleh kita tafsirkan... adakah dari segi satisfied... kebolehupayaan nak membayar... dan sebagainya... buttt, adakah harga rumah akan turun?so bila time yang sesuai untuk beli rumah? ada org cakap, buy the house when u cannot afford to buy... pelik kan... beli bila tak mampu beli... kalau budak2 belajar property aku rasa paham la kot... ye la, sampai bila nak beli rumah, so time tak mampu tu, beli la rumah yg mampu la kan... sbb apa, bila dah beli rumah nanti harga rumah akan naik.. kalau nak jual pun, kira berbaloi la lepas tu... bulan lepas, aku jumpa dengan beberapa client yg beli rumah... mmg diorg takut nak beli... aku cakap kenapa? takut tak leh bayar... aku cakap la, mcm ni la, beli dulu... rumah ni tak rugi beli... aku bg je satu contoh, kalau dah lebih 5 tahun, refinance balik rumah tu, so dapat la cash then boleh la beli rumah lain.. tak pun, boleh la buat duit contingency... baru la org ni aware skit.. aku cakap apa yg aku tahu dan aku bantu apa yg termampu... ye la, bukan semua org berani... house is a largest expenditure in everybody life... so nak menanggung hutang yg panjang tu perlukan satu persediaan bukan... tapi insyaAllah, kalau kita usaha, kita bertawakal, Allah akan permudahkan jalan kita...

ni post last utk minggu ni.... akan bersambung minggu depan plak.. tuan tanah nak berehat sikit minggu ni... hehehe... relaxkan minda, dan mencari peluang... kepada tuan2 rumah, check email yea.. aku ada hantar "Pemberitahuan".... anyway, thanks to all readers... sebarang komen or cadangan boleh comment or inbox kat jom2lelong okeh... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

Silver_Thought said...

thanks for the info~
selalunya new news tak berapa nak faham..i.e: margin 90%-80% tu. i grad economics tp tak aware dengan current market condition sekarang. perlukan sumone yg ade experience like u @ ur blog to explain(^,^)infact, now bile berminat untuk beli rumah tapi still xnampak jalan untuk start.

anyway, untuk sumone yg baru start keje & looking for a 1st house to buy in selangor/KL,boleh advise tak better beli apartment @ teres?pro & conts?

if nak guna EPF account #2 untuk topup deposit rumah, how?

thanks.

MrCuz said...

Good info bro! Keep up the good work & all the best :)