Monday, July 11, 2011

Last Paper - BOVEA Exam

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dah selosai sudah exam minggu lepas... mmg aku menjangkakan yang aku akan dapat keputusan yang kurang baik... sbb apa?? sbb nak ambik CEA la... hehehe... dah hari pertama duk promote benda tu... mana la tak down aku nyer semangat... tp apa2 pun, aku dah mencuba... alhamdulillah... ni di antara pic untuk exam tersebut... ni last paper... Building Technology I.... okeh...







p/s : BOVEA -
Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia aka LPPEH

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, July 7, 2011

Slide Strata Title Act

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, ramai sangat yang access untuk dokumen ni..so aku open untuk tatapan semua ok... harap ia berguna untuk kita semua.... hepi readingggg.... okeh...

Related : http://jom2lelong.blogspot.com/2010/08/strata-title-act.html





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, July 5, 2011

Hot News.......

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, hari ni selesai 2 paper... semoga lulus... tapi, ada berita yang hot time nak masuk exam tadi... sebelum tu aku nak ceritakan hot news pasal projek PR1MA tu... hehe.. sblm ni aku ada tulis pasal projek ni cuma tak kasi tahu sbb takut terlebih awal info plak... so, bila PM dah umum, tu la projek rumah mampu milik yang akan di bina... banyak tempat nyer dan korang boleh la pilih.. oleh sbb rumah ni tak leh jual dalam masa 10 tahun, so kena la pilih lokasi yang terbaik untuk sewa yang tinggi.. so pandai2 la pilih yea....

ke dua... ni ha, sapa nak jadi agen hartanah... tak payah lagi nak sit for the exam... ambik je kelas... full time on weekdays manakala part time on whole day on saturday... so, tak yah lagi ambik 12 paper yang makan masa bertahun tu... ni lagi senang, yuran pun aku dengar tadi tak mahal sangat la... berbaloi la kalau dapat lesen nanti... here we go on the pemplet... sebar2kan kepada semua k.... okeh...






p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, July 3, 2011

Aku Tetap Berjaya walaupun aku tak solat...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,


alhamdulillah, dapat lagi bersua... minggu 5-6-7 hb ni, kebanyakan ejen hartanah ada peperiksaan untuk mendapat lesen E... so, sama2 la kita doakan mereka2 ini berjaya... dalam dunia hartanah ni, kebanyakan nyer di monopoli oleh pihak2 yang bukan beragama Islam dan mereka amat berjaya... tetapi, kita bukan tak berjaya, tapi masih dalam perjalanan untuk berjaya... kita juga tengok kawan2 kita yg sama agama dengan kita juga berjaya even dia tak menunaikan suruhan agama... ohh kenapa begini ????


aku sempat baca notes dalam FB dan rasa, ramai kat luar sana nak baca dan tahu benda ni.... insyaAllah, agar ia memberi manfaat bersama...


Story mory begins....


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya.


Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.


Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.


Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak.


Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.


Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,


“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.


Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula okeh...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578



FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, June 13, 2011

Lelongan CIMB Fiesta @ Hotel Istana

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari sabtu lepas aku dapat join lelongan fiesta cimb di istana hotel... mmg best... lelongan oleh NCM dan juga PAH... aku pegi mewakili sorg client.. jarang giler nak tengok single bidder masuk... tapi kali ni, ada la 2 org yg dapat RP.. tu pun dekat klang dan juga bukit beruntung... lelongan kali ni yg hot ialah satu kilang di kawasan subang jaya... ramai giler la masuk kilang ni... RP dari 320k... last sekali sampai 1M... puas hati... huhuhuh... mmg sengit giler... ada sorg uncle cina ni budget menang la... dalam 700k, terus dia naik kepada 800k... hahahha.. ada lagi yg byk duit.... lelongan untuk rumah yang aku masuk plak tak bernasib baik la... dari RP 105k, naik kepada 158k... tak berapa berbaloi la mcm tu... so tak pe la...

ohh lupa plak nak cakap... kalau sapa pegi lelongan kali ni, mesti kenal aku... hahahahhaa... korang perasan tak yang dapat cabutan bertuah yg dapat buku feng shui tu... ala yg no 0737 tu... hehehe.. tu la aku... Farhan @ jom2lelong... kalau korang perasan la... naik pentas lagi tu beb... 1st time aku dapat cabutan bertuah ni selama pegi lelong.. best best... hehehe... yg best kalau lelong kat hotel ni dapat makan... makan breakfast di sediakan.. ada permainan yg bagi hadiah free.. hehehhe.. so kali ni aku bawak balik cat kayu free tajaan nippon paint.. main games kat cimb plak dapat payung dan juga pen... boleh la tu... bukan senang permainan dia beb... hhahhahaa... tapi seronok la... kali ni pegi lelongan juga sbb ada kerja dengan member2 lain.. huhhu... so, ramai lagi la network kalau pegi event2 mcm ni...

skrang ni mmg time aku bz giler... sebulan sehari aku tak update blog ni... selepas org kat umah aku tu kena denggi, terus aku tak update sampai la hari ni.. bukan tak nak update, tp kurang masa... kali ni pun aku menulis kat atas awan.... best jugak menulis kat sini... hehehe... byk menda la yg berlaku dalam tempoh sebulan ni... dari kL aku ke N9, then ke Melaka lepas tu ke Kelantan then Terengganu patah balik Kelantan then balik KL... mmg banyak benda nk settle.. tapi nak buat mcm mana, masa tak berapa ada.... harapan tetap harapan untuk settlekan semua yg aku buat, tp hanya Allah yang menentukan segalaNya.. aku berharap, semua deal aku close dengan cepat... insyaAllah...

minggu ni, minggu jalan lagi... kali ni ke borneo island for the 1 week... ada kerja yg perlu di bereskan di kedua buah negeri ni... dan aku harap, ia dapat juga settle dan juga memberi faedah kepada aku dari segi networking... bukan seronok mana pun kadang2, tapi ia lebih kepada business relationship and network... so, balik nanti mungkin akan ada idea yg bernas2 dalam fikiran ini.. insyaAllah...

gambar sekitar lelongan awam cimb fiesta boleh la nengok di facebook aku... hehehe.. lagoon perdana dah mahal dah skrang wehhh... dulu bawah 100k je.. skrang dah mahal... nengok la sendiri... untuk yg sesapa nak beli rumah mampu milik atau ingin menggunakan kemudahan pinjaman bagi rumah mampu milik dan anda layak untuk membeli rumah mampu milik ini, tunggu la sebulan dua lagi yea... pengumuman oleh kerajaan dan juga salah satu dev yg terkenal akan di buat... lokasi??? terbaik dari ladang beb.... aku tak leh nak cakap byk sbb sudah di beri peringatan oleh org dalam industri pasal ni... so, korang tunggu je la yea.... kawasan yg boleh aku katakan ialah very very very strategik... developer nyer pulak mmg terkenal dengan kualiti rumah yg bagus.... tak nak cakap sapa... hehehe... so tunggu la yea... best giler kalau dapat sebijik nih...

sori sori dan sori sbb lama tak update blog ni... kepada yg akan ambik exam LPPEH 5-6-7 July ni, study elok2 k... aku pun ambik lagi... so kena study la byk2... harap2 kali ni ramai yg lulus k termasuk la aku... hehehe... GoodLuck yea... petikan cerita motivasi kali ni aku ambik dari sebuah blog... aku suka baca cerita2 motivasi ni sbb kadang2 kita down... tak kira la kita down pasal kerja ke, pasal org tak dengar cakap ke, pasal kena marah ke, pasal partner cabut lari or pasal pasukan kita kalah ke... kita rasa down pun... even pasukan aku kalah 2 hari lepas pun rasa down jugakkkk... adoiiiii... Daudsu ohh Daudsu... tapi tak pe, kita tengok ke depan... move on beb... yg dah lepas bukan boleh turn back balik... so look forward la... tengok plak juara liga ke apa kan... so, kena la kita fikir +ve.. ada la sbb tu kenapa Allah buat mcm tu... bukan nyer saje2 nak jadi mcm tu... setiap yg berlaku ada la sbb nyer... kalah dalam auction ada la sbb nyer.. mungkin Allah nak bg kita hartanah yg baik lagi atau mungkin ini salah satu ujian untuk kita jangan mudah berputus asa di masa depan... itu semua hanyalah mungkin yg kita tak tahu secara details or tepat apa yg sebenarnya yg telah di aturkan oleh Yang Maha Esa kepada kita... tapi, percayalah, Dia telah mengaturkan yang terbaik buat kita.... mudah2han kita akan beroleh keberkatan dari nyer... insyaAllah...

cerita motivasi nyer mcm ni.... alkisah nyer, Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya

“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!! cerita ini amat tersirat untuk di fahami.. tetapi ia cukup memberi kesan jika kita memahami dan amat mudah untuk kita laksanakan... cuba untuk memahami k...

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda. hanya hati, perasaan dan emosi yang akan merasakan perkara yg terbaik dan terindah dalam hidup ini... nikmatilah ia dengan sekadar yang termampu dengan harapan, ia menjadi satu pengalaman dan keindahan yang tidak dapat di lupakan sehingga akhir hayat... insyaAllah...

* Gambar sekitar lelongan boleh tengok di Facebook yea...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..