Wednesday, October 6, 2010

House Price Buble

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni aku rajin skit... selalu liat jer... hehehe... balik smlm dah kul 12 then bangun seawal pagi hari ni... huhuhu... bukan apa, siapkan dokumen untuk loan dan juga lawyer client... buat assg nak kena hantar hari ni.. penin jugak la.. anyway hari ni aku ceritakan pasal House Price Buble...

baru-baru ni korang dengar tak pasal propose untuk naikkan margin pinjaman dari 90% kepada 80%... kenapa aku cakap naikkan? sbb kita kena tambah duit untuk deposit... kalau di kurangkan, maknanya, kita tak tambah duit... so bila di naikkan kepada 80% margin, kita perlukan 20% untuk deposit rumah.. ramai org tak bersetuju dengan cadangan ini even aku pun tak setuju pada awal nyer... tapi kenapa bank negara keluarkan cadangan tersebut? adakah cadangan tersebut akan di guna pakai kelak? banyak lagi persoalan yang timbul dan akan timbul...

current property market kat mesia skrang ni adalah seperti 1996... kenapa aku cakap mcm tu? tahun 1997 kita punya ekonomi tengah boom or peak... pada tahun 1996, harga rumah, saham semua berada pada tahap yg tertinggi... even harga rumah time tu, org sanggup beli walau over price... sama mcm tahun ni, aku perasan kalau fasa pertama launching harga 100k, fasa kedua harga naik 130k pun sold out jugak... kat bandar tasik permaisuri, condo 280k above hari tu launching habis dalam masa sehari... di cyberjaya... west lake tu rumah teres...min price 700k sold out minggu lepas... baru je launching tak sampai sebulan... kesian sorg kawan aku ni, nak beli sangat2..tapi bila pegi smlm dah habiss... valuer penin kepala skrang ni... nak tentukan harga rumah... kalau berdasarkan evidence mmg la rendah, tapi org sanggup byar tinggi... kalau dalam klang valley mmg tak sampai seminggu habis... so skrang ni mcm mana? org tak kisah pasal harga bukan... tapi bukan semua org la... hanya org berduit sahaja la... kalau kita tengok kepada property cycle kita skrang ni, kita menuju ke arah kenaikan... tapi tak tahu bila peak... oleh sebab itu, bank negara cuba untuk mengawal persekitaran ini dengan membuat curb ke atas beberapa sector terutamanya property... ini adalah salah satu cara bagi mengelakkan berlakunyer house price buble...

cadangan untuk naikkan dari 90% kepada 80% margin loan tu boleh di laksanakan... tetapiiiii, untuk pembelian rumah ke dua dan ke atas... kalau pembelian rumah pertama, boleh diberikan margin 90% lagi...sbb kita tahu, org beli rumah ke 2, ke 3 dan selebihnya itu adalah untuk buat investment dan sebagainya... mungkin bank negara boleh memperincikan lagi tentang pemberian margin ini... mungkin ada option2 yang lain... apa yang aku paham, curb ini adalah untuk mengawal agar ia tidak berulang seperti tahun 1998 time recession... sbb apa, ekonomi tahun 1999 jatuh very sharp... bukan landai lagi tapi terus menjunam... sbb tu, time tu org yg ada duit dalam bank ialah org kaya... kenapa? time ni la diorg beli saham yg jatuh, then simpan.... ni di manakan investor... beli dan simpan... kalau yg beli hari ni lusa jual itu di namakan speculator... so, bila beli time murah then skrang jual contoh nyer la, mmg dah kaya la... skrang ni, saham boleh beli tak kira lot... dulu min 1000 lot... tp skrang dah berbeza... boleh gak kalau nak trade sendiri.. boleh la rujuk jupiter securities or yg lain2...

harga rumah di shah alam skrang ni..teres dalam 400k... its worth to buy? word worth ni korang kena jawab sendiri... pelbagai worth yg boleh kita tafsirkan... adakah dari segi satisfied... kebolehupayaan nak membayar... dan sebagainya... buttt, adakah harga rumah akan turun?so bila time yang sesuai untuk beli rumah? ada org cakap, buy the house when u cannot afford to buy... pelik kan... beli bila tak mampu beli... kalau budak2 belajar property aku rasa paham la kot... ye la, sampai bila nak beli rumah, so time tak mampu tu, beli la rumah yg mampu la kan... sbb apa, bila dah beli rumah nanti harga rumah akan naik.. kalau nak jual pun, kira berbaloi la lepas tu... bulan lepas, aku jumpa dengan beberapa client yg beli rumah... mmg diorg takut nak beli... aku cakap kenapa? takut tak leh bayar... aku cakap la, mcm ni la, beli dulu... rumah ni tak rugi beli... aku bg je satu contoh, kalau dah lebih 5 tahun, refinance balik rumah tu, so dapat la cash then boleh la beli rumah lain.. tak pun, boleh la buat duit contingency... baru la org ni aware skit.. aku cakap apa yg aku tahu dan aku bantu apa yg termampu... ye la, bukan semua org berani... house is a largest expenditure in everybody life... so nak menanggung hutang yg panjang tu perlukan satu persediaan bukan... tapi insyaAllah, kalau kita usaha, kita bertawakal, Allah akan permudahkan jalan kita...

ni post last utk minggu ni.... akan bersambung minggu depan plak.. tuan tanah nak berehat sikit minggu ni... hehehe... relaxkan minda, dan mencari peluang... kepada tuan2 rumah, check email yea.. aku ada hantar "Pemberitahuan".... anyway, thanks to all readers... sebarang komen or cadangan boleh comment or inbox kat jom2lelong okeh... ingt lelong, jom2lelong...okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, October 4, 2010

Gov Loan, Double Transfer

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu terakhir syawal... masih ramai lagi di kalangan kita yang dalam persiapan nak buat open house kan... minggu lepas, banyak open house aku gi... dari kawan sekolah menengah yg dah berpuluh tahun tak jumpa, kawan2 lama dan ramai la client yg ajak.... mana sempat aku pegi,dan mana tak sempat salam ku kirimkan... hehehehe... aku sendiri tak sempat untuk buat open house... mungkin bukan rezeki tahun ni.... hujung minggu je penuh activiti aku... dengan org tengok rumah, betulkan rumah, pasang lampu, itu ini...

minggu lepas ada benda yg berlaku pada aku dan juga client aku.... aku ingin bercerita dulu pasal client aku ni... pembelian sebuah rumah di Puchong.. penjual menjual rumah ini kepada seorg pembeli yang mana pembeli ini menggunakan loan kerajaan... seperti mana maklum, tempoh 90 hari di kira setelah menerima surat confirmation letter dari pemaju... oleh kerana pemaju rumah ni dah bankrap, satu badan liquidity telah mengambil alih.. untuk dapatkan CL dari badan ini, bayaran hendaklah di buat... kos dalam RM2k hendaklah di bayar... rumah ni masih lagi dalam master title.... so, untuk dapatkan CL ni pun dah ambik masa dekat 3 bulan... penjual tak aware pasal ni... so, lepas ni penjual kena aware... 90 hari start pada hari terima CL dari developer... pada masa yg sama, proses loan berjalan... pembeli bekerja di IPTA dan IPTA ini meluluskan permohonan tersebut... dan apabila di hantar ke BPP, pihak sana meminta beberapa dokumen yg tidak seperi biasa.... kat sini, lawyer pun dah aware mcm pelik kes ni... aku pun start heran... by da way, pihak pembeli dan bayar deposit almost 20k untuk rumah ni... siap dengan lawyer fee, liquidity and etc.. minggu lepas hari khamis, pihak lawyer terima surat dari BPP yg loan pembeli di reject on da spot.... terkejut beruukkk aku... time tu aku tengah survey rumah di puchong... terkejut jugak sbb ada byk miscall dari lawyer siap sms suruh call balik sbb urgent... huhuhu.... kenapa reject? alasan BPP kerana rumah tersebut adalah atas nama yg ketiga.... then bila aku baca balik pekeliling, baru aku paham... huhuhu... mmg terkejut la aku... kata pihak BPP, rumah yg hendak di beli hendaklah rumah yg mana dalam s&p tertera nama pemaju dan pembeli... maksudnyer pembeli pertama... kalau pembeli pertama dah jual kepada pembeli kedua, so kita tak boleh beli hartanah tu dengan loan gomen... sebagai contoh :

i - Developer A jual rumah kepada Pembeli B..so dalam snp tertera nama Developer A dan Pembeli B - yg ni pembeli C boleh beli dari B pakai loan gomen
ii - Pembeli B jual rumah kepada Pembeli C..so dalam snp tertera nama Pembeli B dan C - yg ni pembeli D tak boleh beli pakai loan gomen.. sbb pembeli D dah jadi pembeli ke tiga....aku sertakan pekeliling untuk rujukan....

http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=140&lang=ms

so, ikut option, terpaksa la lawyer dan aku try untuk bantu pembeli ni... kita cuba untuk pakai loan bank plak...aku cuba la pakai network yg ada untuk luluskan loan dia dalam masa terdekat... aku berdoa agar loan dia lulus..insyaAllah... sbb ada beberapa option untuk ini... salah satu kesilapan dalam kes ini ialah, buyer takut rumah tu jatuh kat tangan org lain dan tak nak proceed dengan loan bank... aku dah advise sblm ni pasal loan gomen, kalau boleh try pakai loan bank dulu... tapi, customer always right... honestly, rumah tu senang jual... ada customer Q untuk rumah di kawasan tu kalau ada yg nak jual... tapi harap2 buyer ni lulus la nanti loan bank.. insyaAllah...

kes ke dua plak kes aku sendiri... yg ni hari jumaat ptg kul 5 mcm tu... aku call lawyer untuk tanya something pasal client aku... tup tup, aku plak dapat bad news... mmg terpana la jap... rumah yg aku jual terpaksa buat double transfer... huhuhu... tak leh buat direct transfer.. sbb strata title baru je keluar... rasa tak tahu nak cakap apa dah... developer yg lembab ni nama Kemajuan Masteron dan yg inchager is Susan ni lembab giler... dari bulan 4 mintak CL tup tup skrang dah kuar strata title... so, suruh buat double transfer dulu... aku berdoa la, buat anaiya kat org, nanti Allah bg la pembalasan... so, aku kena tunggu lagi 6 bulan utk selesaikan urusan rumah ni... sbb dokumen kena tukar balik, kena sign balik apa semua... mcm beli rumah balik.. banyak pihak yg di susahkan... sbb nyer developer lembab keluarkan CL... eeeeeeee...... almost 2 years beb jual rumah... aku bengang tak yah citer la... kat lawyer yg in charge, mmg aku akan bg jugak nanti... kata nak call aku, sampai sudah tak call... siap la nanti... skrang ni perasaan bercampur baur giler... marah, terkilan, bengang.... mungkin ini takdir untuk aku agar lebih muhasabah diri dan lebih berhati2 lepas ni... sbb tu la, penting beli rumah yg dah ada title... semua perancangan aku agak lari sikit, tapi insyaAllah ada option lain nanti... dah ada option dalam kepala aku ni actually... huhuhuhu....

minggu ni, aku nak berehat sikit.... nk settle dulu beberapa kerja aku pasal lawyer+loan dan juga pasal kerja sekolah aku... nak tenangkan diri sikit sambil mencari peluang... bukan apa, rasa dah lama tak jalan2 dan berehat... rasa nak berehat la sikit... kena gak la award kat diri sendiri... hehehehe... rasa tertekan sikit beberapa minggu ni pasal kerja sekolah aku... research tak siap2 lagi...huhuhu... kepada yg email aku lambat jawab, aku minta maaf dan kat facebook aku, ada gak aku kongsi cerita aku, pasal rumah nak jual dan sebagainya... ingt lelong, jom2lelong..okeh....





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, September 28, 2010

Property Investment - Disebalik Tabir

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu ni aku berkesempatan nak tulis blog ni... mmg masa amat2 la terbatas... aku pun kesian kat diri aku ni... letih sampai kena mc last week... doktor suh aku rest, tapi keje kena bereskan gak... sampaikan aku terlambat buat survey utk property ni...aku nk mintak maaf byk2... 1 2 bulan ni boleh di katakan saat genting kepada aku... minggu lepas sbb nak siapkan research proposal, byk menda aku terpaksa lepaskan... huhuhu... minggu ni terpaksa settle beberapa benda yg penting sblm minggu depan nak rest skit...

by da way, aku paste note yg di tulis oleh wan ab rahman... beliau adalah seorg investor yg mana aku rasa ia amat berguna untuk di jadikan panduan untuk menceburi bidang hartanah ini...

Aku rasa ramai yang teruja bila baca kisah2 pasal property investment ni, mana taknya beli rumah beb puluh2 ribu malah ratus2 ribu tu... tengok gaya macam beli mainan jer...:)

Kali ni aku nak share kisah2 sebalik tabir pasal property investment ni... tu pun setelah baca kisah ni do we really make money being landlords? Pada dasarnya memang boleh buat duit dengan property investment ni tapi kena consider 3 perkara utama ni dulu.

1. Deposit untuk beli rumah especially rumah lelong - at least kena ada 10% + 5%, deposit biasanya 10% dan 5% lagi tu untuk perbelanjaan lain seperti legal fee, outstanding maintenance fee (ada yg bank tak tanggung... kadang2 kena bayar dulu then claim balik kat bank), repair, etc.

so ingat 15% ni dah 'beku' dalam tempoh yang lama... kalau nak refinance pun kena ambil masa lebih kurang 4 bulan + 4 bulan baru dapat duit. So yang ni kena betul2 faham dan kena ingat investment rule#1 - invest only with your excess money... jangan sekali2 guna duit perbelanjaan atau simpanan kecemasan.

2. Duit sewa - monthly installment = +ve cash flow based on simple calculation.... tapi ingat kadang2 malah selalu juga ia akan menjadi -ve cash flow.... bagaimana? kalau rumah tu kosong selama sebulan macam mana? kalau 2 bulan? 3 bulan? lu pikir lah sendiri... tu tak termasuk bermacam2 jenis cukai lagi, maintenance fee, etc

so? janganlah simply buat calculation yang wang sewa bulanan yang kita dapat tu menjadi sebahagian daripada 'income' kita....

3. Bagi pelabur yang 'jauh' macam aku ni terpaksalah guna khidmat property agent... bila guna khidmat diaorang ni kena lah bayar service fee... banyak ke sikit? bergantung pada kiraan masing2... contoh kos untuk survey sebijik rumah biasanya dalam lingkungan RM150-Rm300... so lu kiralah sendiri.... kalau kita 'turun' pi survey sendiri maybe kosnya lebih tinggi... duit minyak, duit tol, duit makan, etc.

Itu baru kos pergi survey 1 rumah kalau 2 rumah? 3 rumah? hahaha pikirlah sendiri.... itu baru kos survey tau... kos pergi auction, kos uruskan lawyer, uruskan loan...ribu riban jugak tu!

so? do your own math!

Conclusion based on my own experience... nak invest dalam property ni kena pikir 3-4 kali tapi jangan terlebih pikir pulak, kan sampai bila2 tak beli property...:) so best ke tak best invest dalam property ni? tepuk dada tanya selera....


ini base pada experience dia sendiri... so, aku rasa testi mcm ni lagi bagus untuk kita jadikan panduan berbanding dengan teori.. so, tepuk dada tanya selera... nanti aku cuba luangkan masa post mistake in property investment...ingt lelong, jom2lelong..okeh..

p/s : kredit to Wan Ab Rahman @ Facebook


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, September 22, 2010

Kadar pembiayaan rumah kekal 90%

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Bagi memastikan golongan muda dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan pembiayaan rumah kepada 90 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pembiayaan rumah itu kekal untuk pembelian bagi rumah pertama dan kedua sahaja.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak berhasrat mengurangkan kadar pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus pada masa ini.

"Bagi pembeli yang sudah memiliki beberapa buah rumah dan berhasrat untuk membeli rumah lagi, kemungkinan jumlah pinjaman akan dikurangkan kepada 80 peratus sebagaimana dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan BNM yang mahu mengkaji semula cadangan supaya bank-bank tempatan mengurangkan pinjaman perumahan daripada 90 peratus kepada 80 peratus.

Namun, cadangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melihat ia akan menjejaskan peluang golongan muda untuk memiliki rumah.

Malah, ada gesaan supaya BNM menangguhkan cadangan menurunkan nisbah pinjaman berbanding nilai (LVR) pajakan sesuatu hartanah kepada 80 peratus.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil sikap terbuka berkenaan cadangan untuk membenarkan ringgit diniagakan di luar pesisir, 12 tahun selepas ia dihentikan. Ringgit kini diniagakan pada paras tinggi dalam tempoh 13 tahun pada RM3.10 berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Ringgit kita mengukuh seiring dengan asas-asas ekonomi yang menggalakkan dan ini tidak menyebabkan sebarang kesan teruk pada perdagangan dan pelaburan ke Malaysia," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil beberapa langkah serta mengkaji secara mendalam sebelum rancangan ringgit diniagakan.Katanya, kerajaan sentiasa berhati-hati dengan langkah tersebut agar kesan krisis kewangan 1997 tidak berulang di samping menjejaskan nilai ringgit yang dilihat begitu kukuh ketika ini.

sumber : Utusan ; 22 Sept 2010

sama la mcm aku cakap post sblm ni... hehehe... ingt lelong, jom2lelong.okeh..


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, September 20, 2010

Bekerja Kembali...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, seminggu dah kita raya... seminggu sudah kita bersuka ria bersama sanak saudara mahupun jiran tetangga dan juga kawan2... raya tahun ni, best jugak bermain mercun... hahahaha... tu je la keje kalau raya.. mmg best sangat... main yg kLCC punya... tapi belum puas hati lagi... tahun depan, insyaAllah menjanjikan satu permainan mercun yg hebat2... hehehe... raya ke 3 aku dah balik kL... beraya di kL plak.. bercerita pasal nak balik raya plak... tahun ni, mmg 1st time aku balik raya 2 hari sebelum raya... bertolak balik jam 4.30 pagi... singgah kL bersahur dan solat subuh then terus masuk highway karak... aku ingt aku dah laju, kemudian sampai2 di bentong... jem teruk... setengah jam duk kat bentong... aduhh... ingt bentong je, sampai raub pun sama... nak memecut mmg tak boleh.. so follow je la... tak kurang dari 4 accident yg berlaku sepanjang perjalanan balik kampung.. ada yg masuk gaung, ada yg masuk longkang, langgar belakang, terbalik sampai pecah cermin... takut gak bila tengok.... alih2 aku balik kampung 10jam... selalu nyer 6 jam tu mmg normal la... huhuhu... tak pe la, biar lambat, asal selamat... nanti siap highway kat raub tu, mmg terbaik la memecut...

sampai je kampung, kereta mmg tak berapa sedap.. sbb nyer, absober tempat aku buat alignment tu cakap dah bengkok... mmg pun..aku pun rasa gitu sbb aku excident hari tu... so aku beli je absober.. then suh adik aku pasang.. hehehe... mmg terbaik la adik aku buat... confident betul ambik corner... pandai plak adik aku skrang ni... banyak la perubahan... bagus2... dah mmg course dia dari dulu lagi... skrang ni adik aku tak keje workshop, tapi di panggil keje dgn institusi kerajaan as tenaga pengajar.. mana tak nyer, hari tu time belaja, menang tempat pertama pertandingan membaiki kereta... so skrang ni, dia mengajar la plak budak2.. tapi, rumah parent aku la plak jadi workshp nyer... member2 dia dtg umah baiki kereta... tukar timing belt lah, tukar dics lah, minyak itam lah... sampai sorg member dia tu, sanggup balik dari kL semata2 nak suh dia baiki...hebat2... tapi tak pe lah, asal kemahiran dapat di asah...

sejak cuti hari malaysia sampai la hujung minggu lepas, banyak appointment aku... smlm pun ada rumah org tengok di puchong... rumah di balakong dan juga rumah di bangi... mmg terbaik sekali kat bangi.. iklan je hari jumaat, hari sabtu dah ada org masuk... mmg terbaik... hehehe... di puchong plak, so far beberapa org dah try buat loan utk tahu lepas ke tidak.. rumah mmg cantik... manakala di juta mines, aku baru je letak banner dan baru nak iklan hari ni... ni pasal rumah sub-sales dan sewa... pasal lelong plak, minggu lepas ada yg nak masuk.. tapi aku tak bersempatan... skrang ni, ada kerja yg perlu aku siapkan sebelum bulan 11 ni... so, mungkin akan terganggu kepada lelong dan juga sub-sales sikit... tapi, aku harap dapat manage dgn baik..insyaAllah... nanti bila siap kerja ni, boleh la jom2lelong bgtau... hehehe...

skrang ni kedengaran rumors pasal bank nak reduce bagi financing hanya 80%... mmg byk blog2 yg berkata prihal ini... then aku tanya kepada beberapa org banker..so far benda ni belum nk implement lagi... mmg sakit giler la nak beli rumah kalau benda ni di implement... mana tak nyer, rumah 100k, kena ada 20k utk deposit.. tu belum masuk lawyer fee lagi.. tu rumah 100k... kalau rumah 200k mcm mana plak... so, mcm mana org yg berpendapatan sederhana nak beli rumah, org berpendapatan rendah lagi la susah... huhuhu... hopefully benda ni kena kaji lagi la...

dalam dunia hartanah ni, mcm aku selalu bercerita ialah semua benda yg seronok2 je kan... tapi dalam dunia hartanah ni ada juga benda yg kurang seronok... 2 minggu sebelum raya, ni kali pertama aku kena... aku kena marah dengan client aku... bukan sorang, dalam minggu tu 2 org marah aku... hampeh tul... marah bersebab la... bukan salah aku pun, tapi salah faham.. so utk make it clear kita cakap baik2... mmg perit jugak la dengar... 1st client tu, dia marah on the phone... so aku dengar je la... bla bla bla bla... then aku terangkan balik dengan se'polite' mungkin... then baru la dia faham... kena step by step... then last sekali dia minta maaf dengan aku... tak pe la, normal la tu... 2nd aku kena marah depan2... ada satu rumah kat pandan, pakcik ni penyewa so aku nak tengok rumah... aku tepon la dia, aku cakap nak datang weekend...dia suruh datang, so aku datang la bawak buyer sekali... aku plak lupa rumah tu kat mana, dia marah kat aku.. dia cakap dia tengah tunggu.. so aku pun pegi la kat rumah tu... 1st aku minta maaf dulu sbb lupa rumah... then aku cakap la elok2... mmg aku takut gak mana tahu dia tak kasi masuk ke... tapi bila bg salam apa semua, ok la pakcik tu... nak balik tu pun, pak cik tu siap minta maaf gak dengan aku... hehehe... aku cakap ok je pak cik.. pak cik tu siap minta bc aku lagi.. dia cakap nak rekomen kat member2 dia kalau nak jual rumah... aku pun apa lagi, bg la kat dia... hehehe... byk asam garam dalam jual rumah ni... tu belum yg nk jadi penyewa... yg datang tengok rumah... yg komen cacat cela rumah tu... kadang2 berdesing jugak la telinga ni... lain kali la aku citer benda2 ni...

aku pun baru je balik jpj ni... pagi2 buta lagi pegi jpj kat seksyen 7 bangi... sbb nyer lesen bergambar aku hilang 2 hari lepas... lepas aku masuk kondo gurney height kat jalan semarak hari tu, aku tak tahu dah mana aku letak.. selalu aku letak atas peha time drive.. then bila turun mungkin terjatuh kot... huhuhu... kena buat report polis then pegi jpj balik... kalau kes ragut dapat free tapi kes cicir mcm aku ni kena rm30 just renew balik lesen, dapat lesen yg bergambar siap tarikh baru lesen mati.... hari ni ada beberapa urusan ke bank... ptg sampai malam aku duk shah alam hari ni..ingt lelong, jom2lelong..okeh...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..