Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, kehangatan menyambut hari raya semakin hangat dan semakin terasa... dan ada rakan2 pembaca dah mula balik kampung.. di tempat aku mula terasa kesunyian kerana sebilangan jiran dah mula balik kampung... justeru itu, di kesempatan ini aku secara peribadi ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yang mulia kepada semua pembaca blog jom2lelong khasnya dan semua umat Islam di mana sahaja mereka berada... di sini juga, aku ingin memohon MAAF ZAHIR DAN BATIN jika terdapat kekhilafan dalam tulisan mahupun perkataan yang di paparkan dalam blog ini, perbuatan aku mahupun perlakuan aku, segala kesilapan dalam menguruskan jom2lelong, dan sebagainya agar kita dapat menjalinkan persahabatan yang berkekalan... segala kelemahan yang tersurat adalah dari diri aku yang serba kekurangan... maafkan aku jika ada perkataan yang menyinggung perasaan, yang menyentuh emosi mahupun yang meruntun jiwa... aku mungkin tanpa sedar menulis perkataan2 tersebut...

aku pun akan balik kampung..mungkin mlm ni atau pun pagi esok... kepada semua pembaca, balik lah dengan penuh BERHATI-HATI DI JALAN RAYA... bersabarlah dalam pemanduan.. insyaAllah kita selamat.. aku berpesan kepada diri aku jugak.. perjalanan yang jauh memerlukan daya tumpuan yang tinggi.. kalau agak2 ngantuk, rest dulu... biar lambat, asal selamat... kepulangan kita org perantau mmg di tunggu2 oleh ibu bapa mahupun saudara mara kita... baliklah dengan penuh ceria dan raikan Aidilfitri ini dengan penuh kasih sayang, dengan penuh keinsafan, dengan penuh bermaaf-maafan... buang yang keruh, ambil lah yang jernih.. jadikanlah Aidilfitfi ini sebagai satu hari yang paling istimewa buat diri, buat keluarga mahupun buat sanak saudara kita... mungkin Aidilfitri ini akan mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya... insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong..okeh..



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, September 6, 2010

iDea and make it happen...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, tinggal 4 hari je lagi ramadhan akan meninggalkan kita... cepat betul masa berlalu tanpa kita sedar... masa berjalan, kita walau sesaat pun tidak dapat untuk mendapatkan masa yang sudah berlalu... ramai di antara kita sudah berada dalam mood raya... ada juga yang dah balik kampung dan ada juga yang kena kerja... tetapi, hari raya tetap akan di sambut jua walau dengan apa cara sekalipun, walau berada di mana2 pun...

minggu lepas aku ke lelongan di Ng Chan Mau dan juga ke CIMB carnival di Hotel Istana... best sangat2... walaupun kalah, dapat berjumpa rakan2 satu perjuangan dan berkongsi idea mmg menarik... dapat hadiah, dapat beg dari CIMB... mcm2 boleh dapat..so datang la auction untuk tengok2 k... di samping tu ada jugak permainan, ada cabutan bertuah untuk pengunjung dan mcm2 la lagi... pukul 10 aku kat ng chan mau untuk lelongan satu rumah di kuala lumpur... oleh kerana aku kalah, terus ambik bank draft aku ke hotel istana plak.. kat sana ada lagi lelongan yang mana member aku handle... mana la sempat nak pegi ke dua2 tempat dalam satu masa.. sbb itu la kita perlukan network... alhamdulillah dah selamat register.... walaupun kalah jugak, tapi tak pe... kita cuba lain kali plak... kat cimb ni mmg meriah giler... pagi tu ada talk pasal feng shui... so ramai sangat org datang untuk dengar talk ni... aku tak sempat la nak dengar..aku sampai2 je dah habis.. lelongan pun baru nk mula... so boleh tengok gambar kat bawah tu.. kat ng chan mu harga 166k terus auctioner naikkan jadi 200k.. habis budget client aku... then naik la sampai 280k... MV dalam 300k.. sampai kat hotel istana, ambik sekeping 2 gambar, camera aku plak habis bateri.. dah sebulan tak charge... padan la habis bateri... huhuhu.. then ambik la pakai hp... kita ok la gambar tu...hehehe.. condo bukit oug dari 75k naik sampai 90k... tu studio.. kalau 3 bed aku tak tahu la naik sampai berapa... mungkin inilah lelongan terakhir sebelum raya ni kot... hehehe...

pernah tak kita terfikir waktu kita kecik2 dulu... waktu kita kecik2 dulu kita selalu bermain tak kira la lain layang2, panjat pokok, jadi ultramen, superman dan macam2 lagi permainan yang kita main... kita bermain apabila ia terlintas je kat fikiran kita... hari ni nak main superman... terus kita ambik kain buat jadi superman... benda yang ad-hoc terus kita buat... sama jugak, bila kita nak tengok satu pemandangan, terus je kita pegi cari pokok, kita panjat... kita tak pk dah sama ada kita akan jatuh ke, ada kerengga ke... yang penting kita nak panjat nak tengok pemandangan yang cantik... nak jadi tinggi... betul kan... mcm kita budak2 dulu.. kita panjat poko sbb kita rasa kita boleh panjat... kita boleh sampai tempat kita nak... kita usaha jugak... kita tak pk langsung soal jatuh ke, so sakit ke nanti.. nak turun tak boleh ke... tak penah kita pk... kita buat jeeee....tapiiii.... bila kita dah besar ni kan... semua sudah berbeza... banyak yang berbeza.. sbb kita dah boleh pk benda yang elok dan tak... mcm kita kurang cemerlang dalam exam, so kita pk mmg kita tak leh buat... sebenarnya, kita boleh... kita boleh usaha lagi kuat... kalau kita nak, mesti ada cara... sama jugak mcm nak mulakan bisnes, semua org cakap jangan buat high risk... kalau tak berjaya mcm mana, kalau gagal mcm mana, nak makan apa nanti? makan pasir? makan daun?... so, hati kita dah down... tul tak? tapi kenapa KALAU? kalau kita ubah jadi mmg berjaya nanti mcm mana? kalau kita tak cuba kita tak tahu... usaha dulu, baru kita tengok hasil... sama jugak dengan kalau kita ada idea yang ckup bernas, tapi kita tak tahu mcm mana nak mula... kita tak tahu mcm mana nak buat... but kita yakin idea kita ni mmg terbaik.. tapi kita hanya pendam dan pendam dan tersimpan rapi... bila ada org lain yang membuat satu idea yang lebih kurang mcm kita, baru la kita sedar... kenapa la aku tak buat dulu? kenapa la aku start mcm dia dulu? dan dalam fikiran kita bertanya kenapa, kenapa dan kenapa... apa membezakan idea yang kita ada dengan org lain? berbeza dalam ACTION... org lain take action tapi kita hanya memendam... itu beza nyer... cuba kita time tu kita jadi budak2... kita ada je idea, terus je kita buat... mesti kita jadi org yang take action kan... sbb kita yakin kita boleh... walaupun kita dewasa, kita pernah jadi budak2 yang mana kita pernah buat benda ad-hoc je.. tapi kenapa kita tak boleh buat perkara yang sama skrang? keyakinan kita ada pada diri kita.. we have strongly believe... tak terlambat untuk kita mulakan sesuatu yang kita percaya... we just need to have an idea and make it happen...

insyaAllah, dengan usaha dan tawakal tiada yang mustahil dalam segala perkara..ingt lelong, jom2lelong..okeh..





- pemenang ke depan



- duit tu..banyak betullll

- ramai betul org kat hotel istana



- gift from CIMB

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, September 2, 2010

Apartment Jati, Puchong Hartamas For sale

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

Apartment For Sale In Puchong Hartamas
Pangsapuri Jati, Puchong Hartamas
FREEHOLD
OPEN LOT UNIT

- Corner Unit
- Basic corner unit with lightings, ceiling fans, doors and windows grille installed.
- All Sliding Windows, Windows already tinted. Morning Sun.
- Piping and wiring for aircond already install.
- 3 bedrooms and 2 bathroom, wet/dry kitchen.
- Near to business area, hypermarket, shopping centre, market, library, klinik kesihatan puchong etc.
- Peaceful and good environment to stay

Access.
- 5 minit to LDP Highway
- 10 minit to Bandar Puchong.
- 15 minit to Putrajaya
- 15 minit to Cyberjaya

Asking Price = RM 109,000
- Price is negotiable.

3% booking & 7% upon sign SPA. Lawyer & bank boleh diuruskan.

Hubungi : 019-3623578 -Farhan-
Please call for viewing. First Come First Serve Basis.
Leave voice message or SMS if not reachable.

Note : Kalau ada sapa2 serius untuk beli apartment ni, harga boleh di kurangkan.
Sewaan di kawasan ini di antara 500 - 650. Di antara apartment yg FREEHOLD di Puchong.















p/s : terima kasih kpd abg driver lori gerimis baiduri. smlm kitaorg sama2 bukak puasa kat BHP Federal Highway sebelum susur ke Padang Jawa... Berkongsi makan... semoga Allah Murahkan Rezeki en abg driver... amin...

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, August 31, 2010

1-call off, 1 kalah, 2 menang

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, syukur kepada Allah, kita berkesempatan berada pada 10 hari ramadhan terakhir... ramadhan yang menjanjikan satu ganjaran yang besar kepada mereka yang berusaha untuk mendapat lailatur qadar.. insyaAllah, kita semua berusaha ke arah itu... ramadhan kali ini menjanjikan perbezaan yang ketara kepada jom2lelong.... teramat ketara berbanding dengan tahun tahun sebelum nyer... bulan puasa kali ni aku merasakan sesuatu yang tidak pernah aku rasai pada bulan puasa tahun2 lepas... masa itu terlalu berharga bagi aku.. masa ohh masa....

lelong utk 2 minggu ni best... 1 call off, 1 kalah dengan 1k dan 2 kemenangan di catatkan... alhamdulillah... client2 aku punya... aku just agent diorg je.. itu pun, aku ada tolak beberapa permintaan dari client lain atas sbb2 tertentu... satu rumah di kajang dengan 10% below market price manakala di kL menang dengan harga 20% below market price... tu pun pakai strategi... hahahah... yg best part utk lelong di kajang tu, this is open lot unit.. so ada 5 bidder dengan 3 bumi 2 non bumi... so, aku dengan selamba relax je la... ulat dtg nak kaw tim, tp non bumi ni tak nak sbb aku rasa budget dia tinggi... so aku ok je la... then lawan la.... non bumi ni duk depan aku... nak tahu tak, dia ni angkat paddle tak turun2... semua org tengok dan ingt dia menang dah... tinggal aku dan non-bumi ni je yg lawan...sampai satu tahap, aku angkat paddle then dia terus turun paddle dia... semua org pandang aku pulak... kira last la tu, aku takut gak, sbb kalau dia angkat kali ni habis la... sbb naik 2k, so kalau naik sekali lagi tu la budget client aku... nasib la dia tak angkat, then aku menang... pandang non-bumi ni kat aku... hahahaha...

rumah sebiji lagi ni plak... mcm ni cerita nyer... rumah ni mmg hot... giler nyer hot.. then ulat masuk... aku dah agak mesti ulat akan masuk ni... then aku pakai member aku nyer nama... hehehe... sbb apa? rahsia la beb... bila riki, buang terus ulat dari list...then ada 2 org je yg masuk rumah ni... aku dan sorg brother ni... then, masuk lelong, aku menang dengan satu kali angkat paddle... heran aku, kenapa tak der org masuk rumah ni... huhuhu...yield dekat 10 tu... pergghhh... terbaik la beb... so, hujung minggu ni nk pecah rumah... yg best part nyer, client aku tu... bila menang aku tepon la dia... aku cakap la, sori la beb..dia tanya kenapa? aku cakap la, susah nak cakap...tapi aku kena cakap gak.. dia dah nervous dah tu... aku tahu....hahahaha... then aku cakap la dia menang dgn harga 80k... terus..syukur, tq Farhan... hahahaha... aku saje je nk buat lawak bulan posa ni... hehehe... maaf la bro... hehehehe...aku dah survey dah pun rumah tu... hopefully tak der masalah lepas ni... time lelongan rumah di kajang tu, ada la aku jumpa sorg mamat ni... dia pun menang rumah gak.. aku just tanya la menang ke just utk mulakan perbualan.. then dia cakap menang... invesment ek.. a'ah dia cakap.. thennnn dengan bangga nyer siap cakap lagi, dah ada 4 biji dah rumah kat situ... aku cakap la, ohh ye ker.. berapa sewa.. then dia cakap la 1500... heran nyer aku, mana leh situ sewa 1500... paling tinggi pun 800.. tu pun dah fully furnish... then aku malas nak cakap, aku cakap dengan lawyer plak... aku nampak dia ni mcm wakilkan org jeee.. then tak tahu apa2... itu aku assume je la.. org lain ada berbelas2 rumah cool je beb... ermm, bg aku sesetengah org kita mmg mcm tu... bila tinggi sikit, susah nak pijak tanah yang berumput... harap2 aku di jauhi dengan perasaan dan perlakuan begini... insyaAllah...


by da way, ada satu rumah nak jual sub sale di puchong... rumah ni FREEHOLD... rental around 500-650... harga nak jual 110k nego... nanti aku akan upload gambar rumah kat facebook dan juga dekat mudah.. so boleh la kalau sapa2 berminat... ini open lot.... sapa cepat dia dapat... rumah ni member aku punye member yg kenalkan.. so dia harap dapat la jual dengan cepat sbb dia nak asal let go je rumah ni.. rumah dah tinted, morning sun lagi... sbb walk-up tingkat 2 je...

lelong minggu ni kalau tak der aral, sabtu ni plak... smlm aku dah gi survey rumah yg nak masuk sabtu ni... mmg giler amat strategik dgn RP 50% below MV... aku pun tak paham sampai begitu jauh sekali RP dan menjanjikan persaingan yg sengit... nanti la, kalau menang ke, kalah ke aku kasi tau rumah tu yea...

ok lah, layan gambor time auction tu... ni je sempat ambik... kadang2 aku terlupa pun nak ambik... huhuhu...ingt lelong, jom2lelong...okeh...

p/s : mcm mana nk kira RPGT? nanti aku kasi post minggu ni....very simple calculation..



@ TanCorp





- gambar blur ni yg non-bumi tu...


@NgChanMau




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Tuesday, August 24, 2010

Bank Draf | Draf bank

Salam sejahtera buat pembaca budiman,
alhamdulillah, dapat la aku menulis patah2 perkataan dalam blog ni... hari sabtu lepas aku ke lelongan di ng chan mau.. tapi malang nyer, rumah yg nak masuk tu call off... hari jumaat aku call ok je lagi, tapi bila sampai sabtu, call off la plak... banyak plak tu rumah yg call off... huhu.. mmg skrang ni dah jadi trend rumah call off... salah satu sbb nyer ialah rumah ni akan di lelong setelah 3 bulan tak bayar..very efficient... kadang2 org bisness main bayar lump sum... so, kalau 3 bulan tu normal la... then diorg bayar terus utk 6 bulan... dari list lelong, terus di keluarkan... mcm tu la.. kena la pandai agak2 rumah tu mcm mana... kalau maintenance bayar ok je, cukai taksiran ok je, harapan utk call off tu tinggi gak... tapi ini hanyalah pendangan peribadi aku je k...



bank draf
aku tahu ramai kat luar sana nak sangat masuk rumah lelong... betul kan... salah satu benda yg penting untuk masuk rumah lelong ni ialah nak buat bank draf... mcm mana nak buat bank draf ekk... masih lagi berlegar2 dalam kepala, bentuk bank draf ni mcm mana yea... boleh dapat balik tak duit kalau kalah bid... pelbagai soklan berlegar dalam otak kan.. tapi siapa yg dah biasa tu mmg nampak benda ni simple je kan... mungkin sesetengah org yg belum pernah buat, benda ni nampak susah... kat sini aku terangkan pasal bank draf....

bank draf @ banker cheque @ draf bank adalah benda yg SAMA... untuk buat bank draf ni mesti kena ada duit sama ada cash atau yg ada dalam account... aku ambik contoh buat kat CIMB sbb aku sblm ni buat kat CIMB... kat bawah ni adalah borang untuk perlu di isi... kotak warna biru tu perlu di isi dengan butiran bank... sebagi contoh kalau kita tengok kat POS, hendaklah menyediakan bank draf atas nama EON BANK BERHAD... so kat kotak biru tu tulis nama bank tersebut.... wajib tengok POS untuk tahu nama bank... dulu, ada kawan aku buat letak nama auctioner lah, nama dia sendiri lah... kena letak nama bank yg lelong ok... kotak yg berwarna merah tu particular pemohon... so tulis la nama, alamat, ic dan no tepon... dan circle yg warna hijau tu jumlah yg nak buat bank draf.. sebagai contoh, 9500... tu sbb 10% daripada harga reserve price... so tengok POS... kalau harga RP 100k, 5% = 5k.. so buat 5k la bank draf... buat bank draf ni kena charge 2.15 sen.. komisen rm2 dan duti setem 0.15 sen... so kena tambah la rm2.15... then tanda tangan la yg penting... hehehe.... serah la borang... selepas beberapa minit siap la bank draf....

so tu la bank draf yang dah siap... ada nama bank, jumlah.... aku terpaksa hide mana yg berkaitan.. senang je kan... untuk ambik service aku, aku open... nk aku collect bank draf pun boleh... nak aku buat pun boleh... tapi benda ni base on trust... aku pun takut gak... sbb mmg ada yg tak nak bank in sbb takut... aku faham.. sbb tu aku bergantung kepada client.. nk aku collect pun ok... tapi kena prepare awal2 la k... so tu la cara nak buat bank draf... dia ada 3 copy... so yg bank kasi salinan tu simpan la elok2... kalau call off ke, tak menang ke, boleh la tebus balik bank draf ni kat bank.. kena charge gak... Rm2.00 - utk cancel n refund.. aku buat menda ni just utk share dengan rakan2 pembaca blog ni... ada yg masih baru, ada yg dah lama... sori la kepada yg dah lama, aku just refresh balik benda yg biasa buat... aku tahu ramai yg dah otai2... hopefully, benda ni dapat la membantu kawan2 yg ingin masuk lelong khasnya atau buat something mcm nk buat hantaran kawin ke, nk bayar yg perlukan bank draf ke... apa2 yg memberi manfaat kepada semua...insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong..okeh...




- untuk besarkan... Klik SINI


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..