Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,
alhamdulillah, kehangatan menyambut hari raya semakin hangat dan semakin terasa... dan ada rakan2 pembaca dah mula balik kampung.. di tempat aku mula terasa kesunyian kerana sebilangan jiran dah mula balik kampung... justeru itu, di kesempatan ini aku secara peribadi ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI yang mulia kepada semua pembaca blog jom2lelong khasnya dan semua umat Islam di mana sahaja mereka berada... di sini juga, aku ingin memohon MAAF ZAHIR DAN BATIN jika terdapat kekhilafan dalam tulisan mahupun perkataan yang di paparkan dalam blog ini, perbuatan aku mahupun perlakuan aku, segala kesilapan dalam menguruskan jom2lelong, dan sebagainya agar kita dapat menjalinkan persahabatan yang berkekalan... segala kelemahan yang tersurat adalah dari diri aku yang serba kekurangan... maafkan aku jika ada perkataan yang menyinggung perasaan, yang menyentuh emosi mahupun yang meruntun jiwa... aku mungkin tanpa sedar menulis perkataan2 tersebut...

aku pun akan balik kampung..mungkin mlm ni atau pun pagi esok... kepada semua pembaca, balik lah dengan penuh BERHATI-HATI DI JALAN RAYA... bersabarlah dalam pemanduan.. insyaAllah kita selamat.. aku berpesan kepada diri aku jugak.. perjalanan yang jauh memerlukan daya tumpuan yang tinggi.. kalau agak2 ngantuk, rest dulu... biar lambat, asal selamat... kepulangan kita org perantau mmg di tunggu2 oleh ibu bapa mahupun saudara mara kita... baliklah dengan penuh ceria dan raikan Aidilfitri ini dengan penuh kasih sayang, dengan penuh keinsafan, dengan penuh bermaaf-maafan... buang yang keruh, ambil lah yang jernih.. jadikanlah Aidilfitfi ini sebagai satu hari yang paling istimewa buat diri, buat keluarga mahupun buat sanak saudara kita... mungkin Aidilfitri ini akan mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya... insyaAllah... ingt lelong, jom2lelong..okeh..



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

No comments: