Friday, August 20, 2010

Putrajaya | Psikologi impact

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dah 10 hari dah kita puasa.. sekejap je masa berlalu... dalam diam tak diam, masa berlalu dengan begitu pantas... dalam org sibuk2 dah siap buat baju raya, smlm baru je aku pegi jahit baju melayu... hhahaa.. tu pun selepas aku terkejut dah masuk 9 hari puasa.. nasib la member aku tu terima... kawan lama(teringt iklan petronas buat bot tu)... terima kasih en rahim... mmg sebelum ni pun, aku hantar kat dia...

minggu ni agak best sangat... bermula dari sabtu lepas lagi aku tak duk diam sampai la smlm.... hujung minggu ni ingt nak rest sikit... tapi mcm tak dapat je... huhuhu... alhamdulillah, minggu jugak rumah-rumah client so far dah settle dari masalah... ada yg tukar air-cond, tingkap pecah, salur air tersebumbat, tukar lampu la...tapi lega tak terhingga aku rasa bila dah settle... ada beberapa berita yang aku baru je dapat pasal hartanah ni... mungkin aku tak berapa nak alert kot sejak 2 menjak ni.. huhuhu...

Putrajaya... org cakap ni bandar org gomen... tapi banyak event yang berlaku di putrajaya ni...dari bot la, floria la, belon panas la... banyak lagi la... tapi dari segi hartanah plak.. ada new development under sp setia akan di bangunkan di presint 15... Alam Duta... condo yg dah di launch sold out dengan 2 blok di beli sepenuhnya oleh investor dari middle east..manakala, alam duta ni akan di buka untuk jualan local... harga?? 280/sqft tau lebih kurang 300k ketas untuk satu yg di namakan apartment... wowowww... mmg mahal.. tapi tanah di putrajaya is FREEHOLD... ini di rancang dengan teliti oleh sp setia untuk buat condo dan aparment bagi memenuhi kehendak di masa hadapan... kalau kita atau pelancong datang ke putrajaya, dalam masa sehari settle melawat semua tempat.. dengan taman botani la, monumen la, masjid, tasik dan etc... so org tak stay lama kat putrajaya sbb lack of entertainment... so, ini rumours je k... kang aku tulis ni pjh cari aku plak... aku dengar2 la ni... putrajaya akan ada theme park... betul ke tak aku tak tahu... sbb apa, ini untuk menarik lebih ramai pelancong local dan luar untuk berada di putajaya lebih lama... tapi idea ni mmg bagus... dari segi tourism akan meningkat dan permintaan untuk hotel atau homestay di kawasan putrajaya juga akan terus mendapat permintaan yang tinggi... sbb tu sp setia jual 2 blok kepada middle east investor... sbb ramai melancong dari middle east kat putrajaya ni... pegi la kat dataran kat masjid tu... ramai org arab duk ambik2 gambar walaupun skrang ni under contruction kat sana... so, kalau sapa2 berminat boleh la register dengan sp setia untuk dapatkan invitation bagi launch apartment baru tu nanti.. so boleh la pilih nak apartment mana, tingkat berapa dan byk la kelebihan jadi org awal2 ni... pembeli di kawasan putrajaya ni ada market yang tersendiri... market sekunder... melihat kepada transaction yg ada pada Q1 2010, mmg tak banyak trasaction yang berlaku kalau nk compare dengan kL atau selangor.. boleh la rujuk kepada statistic yang aku ambik dari NAPIC...

minggu ni jugak aku banyak buat survey dan bawak org tengok rumah... salah satu tempat yg aku buat survey ni ialah di sebuah apartment.... al kisah nyer, apartment ni nk lelong... client aku suh survey dulu... aku ingt apartment ni mcm apartment yg lain.. boleh masuk dengan register je... then aku dengan selamba nak masuk la.. then aku cakap nak pegi rumah k-0x-x ni... then guard cakap, suh aku tepon tuam rumah suruh turun... aha.. kenapa plak.. tu procedur dia cakap... aduhai.... aku pun cakap la, rumah ni mau lelong...so aku nak pegi tengok rumah je... aku cakap la, suruh sorg guard assist aku... bincang2 punya bincang, so dia benarkan... punya la ketat... nak masuk even motor pun, kena pakai access card... pergghhh... nak masuk apartment, access card lagi... aduhai... bila aku servey2 then aku pun nak balik la.. aku tanya la, kenapa la ketat sangat ni... dia cakap, sblm ni ada byk kes curi la, pecah rumah la... so terpaksa la buat mcm ni... ohh mcm tu... so skrang mcm mana? dia cakap skrang ok... semua masalah tak der... mmg ler.. mcm mana nak ada... ketat giler nak masuk pun.. 2 tapisan tu... huhuuhu... mmg apartment ni privacy habis... syokk je aku rasa... rate sewa boleh tahan sbb di kelilingi oleh apartment yg mahal2... satu lagi kisah...dulu aku penah jumpa client... dia penah cakap kat aku, ada satu kawasan tu mmg cun, tapi bukak je tingkap ada kubur... aku just dengar je la dia cakap. dia sendiri pun tak tahu kawasan mana sbb kawan dia yg cerita... so minggu ni, aku dah tahu dah kat mana kawasan tu... imagine, bangun pagi je bukak2 pemandangan kubur... aduhhh... kubur cina... sebesar 3 padang bola sepak... terkejut jgak la aku... teringat aku pasal satu artikel notoriety affecting property values... artikel ni di tulis utk journal dan kajian di lakukan di australia... mmg dalam kajian, tempat2 gini akan effect kepada values sesebuah rumah tu... mmg kawasan strategik giler... tapi sbb ada kesan psikologi, so aku rasa tak yah la... emosi dan perasaan akan terganggu... ye la, nak tido ko tengok kubur, bangun tido pun tengok kubur... angin dari kawasan kubur tu la yg masuk dapat rumah... mesti bila kawan2 datang rumah dia akan tanya, ada nampak hantu tak... itu confirm ada jadi satu jenaka... huhuhu... ada lagi la 3 4 tempat lain... tempat2 lain pun memberikan yield yg menguntungkan gak...

insyaAllah kalau rumah tak call-off aku akan ke lelongan esok di ng chan mau... so tengah monitor rumah ni... harap2 tak call off hari ni... boleh la kalau nak jumpa esok... nk ajak minum tak dapat la bulan posa ni... tapi utk nak kenal2 untuk tambahkan network, jom la kita... hari ni cek dah siap... nak pi ambik je... hepppy betul... hehehe... cek jual rumah.... boleh la bayar duit investor yg invest dengan aku hari tu... alhamdulillah, harap investor aku berpuas hati... less than 1 year, dividen aku kasi 50%... mmg senyum lebar la.... hehehe...ingt lelong, jom2lelong..okeh..


- putrajaya data on Q1 2010



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

2 comments:

Bitzymomy said...

wawawah..

Masyuk nampak encik Farhan. Berapa nilai cheque tu?... nampak gaya saya pon mau melaburlah ini macam. Boleh saya berkenalan dengan investor itu?.. mana tau bleh minta invest kat business saya pulak. hi hi

pak wan said...

perghh.. saujana mata memandang je jirat tu.. takutsss..