Monday, November 24, 2008

Pembuka Bicara Pelaburan Hartanah

alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga membuat blog ini. Errrmm nk cite apa ek 1st entry ni. Ok lah, saya adalah agen merangkap perunding kepada pembeli2 hartanah lelong. Hartanah lelong termasuk bungalow, apartment, flat, condo atau shop lot atau seumpamanya dengannya. hartanah lelong adalah hartanah yang dilelong oleh pihak bank dan dijalankan oleh pelelong berdaftar. Hartanah ini mungkin dilelong kerana sebab2 tertentu. Kebanyakan rumah lelong ni adalah berkeadaan baik dan di lelong di bawah harga semasa(market price). Banyak kelebihan kita beli rumah di bawah market price. Salah satunya adalah kita untung kerana rumah tersebut murah berbanding dengan harga jualan rumah ketika jualan pembukaan. Bila harga rumah, bayaran pinjaman bank pun jadi rendah. So, kita akan jadi 2x untung. Beli rumah murah, bayar kat bank pun rendah. Banyak lagi kelebihan membeli rumah di bawah market price ni. Nanti saya explain satu persatu di lain masa ok. Tetapi ramai juga yang beranggapan negatif berkenaan rumah lelong. Saya tidak nafikan, ada yang cakap rumah lelong adalah rumah yang teruk. Tetapi, sebagai pembeli saya syorkan kepada pembeli supaya pegi lihat dulu rumah yang nak di lelong sebelum beli rumah tersebut. Kemudian bandingkan harga dilelong dengan harga semasa, cuba check dengan management ofis berapa tunggakan, check dengan pejabat tanah, indah water dan sebagainya. Apa yang saya katakan ini adalah bersebab. Kita jangan terus beli rumah walaupun rumah itu harganya murah. Lokasi rumah juga amat berperanan dalam menilai harga rumah tersebut. Cuba bayangkan, rumah flat dulu hanya 30k sekarang dah jadi 70k.. sebabnya lokasi yang baik.

Ramai orang tanya, elok ke beli rumah lelong ni? Bagi saya, beli rumah lelong ni adalah berbaloi. Cuba bayang bayangkan, satu apartment di Puchong, harga jualan sebenar ialah RM 100k, oleh kerana lelong, aparment ini di lelong pada harga 56k sahaja. Beza harga sebenar dengan harga lelong 46k. Duit sebanyak 46k tu kita sudah jimat. Duit ni kita boleh renovate umah, baiki mana yang rosak. Bagi saya 46k itu banyak dan jika kita renovate rumah 46k lebih mencukupi. Bayar lowyer pun kalau 54k adalah lebih kurang 4k. tak per lagi sbb harga rumah di bawah market price. Kalau 56k guna HSBC housing loan 7 years lock in, sebulan dalam rm245 sahaja. woww... murah je kan... tapi dan tapi, HSBC hanya dapat membiayai pinjaman paling kurang 50k daripada harga rumah. Kurang dari itu, kena guna bank lain. Maksudnya, 90% daripada harga rumah bersamaan dengan 50k atau lebih.

banyak lagi yang saya ingin kongsi dengan semua, tapi next post la yea... saya harap dapat membantu para kaum dalam membeli hartanah mereka dengan bijak... beli rumah ni bagi kebanyakan orang lain sekali je seumur hidup kerana rumah ni mahal.. tapi segelintir dari orang lain beli rumah ni mcm beli baju... so, kita mesti terfikir knp dia beli rumah mcm beli baju? banyak duit kor org tu... diorg tak per la gaji besar... ala anak datuk.. bapak dia kaya... semua ni mesti bermain dalam kepala kita kan.. tetapi dan tetapi, orang2 ini hanyalah insan biasa mcm kita... diorg bukan gaji besar, bukan anak orang kaya, tetapi mengambil peluang yang ada dengan bijak... kita orang MELAYU banyak sangat kelebihan... tak per, nanti saya cerita kelebihan orang MELAYU di post masa depan... okeh...

No comments: