Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, berlalu sudah ramadhan yang penuh berkat... menjelma malah sudah diraikan hari ke 5 syawal... ku panjatkan sebanyak2 kesyukuran kepada Allah Yang Maha Agong atas kurniaan rezeki kesihatan yang baik kepada aku dan juga keluarga aku sepanjang ramadhan.. alhamdulillah... 

tidak terlewat untuk aku ingin mengutuskan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini.. terima kasih kerana sudi membaca coretan aku yang tidak seberapa ini... aku hanyalah seorang yang ingin berkongsi pengalaman aku untuk dijadikan panduan jikalau ada yang boleh dimanfaatkan kepada semua... yang buruk, harap jangan contohi mahupun diikuti... 

hari jumaat lepas aku balik kampung halaman yang tercinta.... sblm tu balik tu, tahun ni nampak mcm beraya sakan betul... hahaha.. seronok tahun ni... tapi ada juga yang tak seronok... seminggu sblm balik hp aku meletup... hohoho... tak der la nak update kerja2 aku di FB... terpaksa hantar kat celcom untuk tukar balik hp baru... alhamdulillah, masih dalam warranty.. so, pakai balik hp lama... setelah 4 tahun berulang balik kg naik mini cooper, tahun ni beraya pakai kereta mcm alza pulak.. alhamdulillah, rezeki Allah kasi yang WAJIB aku syukuri... syukran ya Allah... dapat bawak family pegi beraya satu keta je... dulu kena naik kereta asing2... skrang boleh naik ramai2... syukur... mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga... 

perjalanan balik ke kg aku tahun ni memakan masa dalam 9jam 30 minit... tu dah siap campur berhenti rehat... terima kasih byk2 kat GPS kerana buat perjalanan lancar.. manakala perjalanan ke perak plak dalam 6jam 30 minit... yang ni plak terima kasih kat GPS dan juga satu application yang boleh tahu jalan jem ke tidak... thanks a lotttttttttt... byk menjimatkan masa aku pulang... hehe...

hari ni aku dah mula sambung keje aku... prepare untuk cari staff pada hujung minggu ni + jumpa company sec this weekend untuk dapatkan consultation bagi company aku ni... aku berdoa kepada Allah agar memberi aku staff yang terbaik yang loyal kepada company aku, boleh manage urusan company dengan baik dan boleh menjadi antara staff senior pada suatu hari nanti apabila company aku besar... semoga permohonan ini Allah makbulkan... amin... 

kepada yang masih lagi berada di kg, aku harap berhati2 ketika memandu... sabar byk2... semoga kita selamat sampai ke destinasi yang dituju yea... apa2 pun, 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAIR DAN BATIN.... okeh.. 



p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


Farhan Mohamad
No.1 Property Consultant
+6019.362.3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Thursday, August 9, 2012

Pecah Rumah Yang Ada Orang..

salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, minggu2 skrang ni aku semakin giat duk buat kerja harian yang semakin menimbun... syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki, kesihatan dan juga keluarga yang memahami situasi kerja aku ini... aku nak bercerita pasal hari ni... hari yang terkejut berukk.... 

al kisah nyer, hari ni aku dah plan nak pecah rumah puan doktor ni di puchong... pagi2 lagi aku dah siapkan tools, dah beli tombol untuk ganti... so, dalam tghari aku gerak pegi sana... jumpa pak guard then isi buku... buat la secara proper kan... hehehe... aku masuk ke dalam kawasan apartment.. mencari2 blok seperti alamat yang diberikan... then aku pun parking kereta comel tu... aku ambik beg barang then bawak cutter sekali... jeng jeng jeng... dah la aku tak der card untuk touch bagi bukak pintu... then tunggu la org nak masuk... ada la 2 niger ni masuk...muka niger ni tengok aku mcm aku ni sapa kan... hahaha... then dia tanya nak cutter apa... aku cakap la cutter pad lock... direct... then tercari2 la rumah tu... bila call owner dan confirm rumah, aku terus buat kerja... 

aku pakai cutter untuk potong padlock... settle... dah potong then aku ambik gambar... hahha... siap posing kot... peace... then aku nak bukak tombol... aku try pusing, ohh berkunci... ok... aku pun tunduk nk ambik tukul... TETibaaaaaaaaaaaaaaaa.... ada niger bukak pintu rumah tu... terkejut berukkk aku dibuat nyer... siap aku menjerit kat dia lagi... "what are u doing here"... hello hello... pucat kot... dah la aku cutter solex dia... time tu aku pegang tukul... then aku cakap dgn kuat la.. sbb aku belajar kalau kita rasa bersalah tapi tak nak rasa bersalah kita buat2 dia rasa bersalah dengan kita kena cakap lebih byk dari org tu... hahahha... then aku pun call owner time tu... terkejut jugak owner bila tahu ada orang ni.. marah giler owner ni... aku call then aku loadspeaker... so owner halau tenant ni... aku sempat ambik kunci rumah dan jugak ambik gambar mamat ni.. then aku cabut... takut wehhh... nasib la aku tak der apa2... takut jugak... kalau la kena apa2, jadi kes plak... baik aku cabut dulu sblm jadi apa2... alhamdulillah, keluar je dari apartment dengan aman.. 

so hari ahad ni datang balik untuk check rumah ni sama ada dia keluar ke tak... aku dah sembang tadi dengan niger tu, aku cakap dia kena keluar... dia cakap barang2 dia mcm mana, aku cakap yg tu dia kena uruskan sendiri... tak der la aku nak beli ke apa... ni pengalaman pertama weh pecah rumah ada orang kat dalam... terkejut gilerrrrr dan berdebar2 tak tahu nk cakap wehhh... lepas ni kena lagi berhati2 kalau nak pecah rumah... dah la tadi aku pegi sorang... takut beb... lepas ni kena pegi at least berdua... huhuhu... 

ni pengalaman hari ni.... nanti menyusul beberapa cerita seperti aku coaching dengan DAO minggu lepas, apa kelebihan company sdn bhd dan ada la beberapa cerita lain k... aku nak bertenang dulu sbb hari ni lepas je benda ni jadi, ada beberapa pembelian yang masih dalam pending buat aku rasa gerammmm sangat2... bulan posa ni kena sabar byk2... 

jangan lupa kawan2, kita dah masuk 10 malam terakhir.. tingkatkan ibadat kita yea... semoga kita menemui Lailatul Qadar... insyaAllah... amin... 


- time baru lepas cutter... siap peace lagi.. hahahha


- ini mamat niger tu... hohoho... 

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

Farhan Mohamad
No.1 Property Consultant
+6019.362.3578



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Monday, August 6, 2012

Jawatan Kosong - Kerani

salam sejahtera buat pembaca budiman, 

Alhamdulillah, Farhan Property semakin hari semakin ramai pelanggan dalam pengurusan jual, beli dan penyewaan hartanah. Oleh kerana pengurusan ini memerlukan seorang staff untuk mengawal selia serta memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerja-kerja seperti hal pengurusan dan juga pemasaran internet, Farhan Property ingin membuat tawaran kekosongan jawatan baru sebagai "Kerani" untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Details seperti dibawah: 

Jawatan : Kerani
Tempat kerja : Kompleks Diamonds (Tepi Warta Bandar Baru Bangi)
Status : FULLTIME SAHAJA
Kelayakan : Pengalaman dalam kerja pengkeranian dan pemasaran internet (1 tahun ++) atau SPM atau Diploma yang berkaitan dengan pengkeranian atau teknologi maklumat. 
Gaji : RM500 (basic) + insentif (RM200 - RM2000)
Cara memohon : Emelkan resume berserta gambar berukuran pasport ke farhan.ejenhartanah@gmail.com !! 
Sila menyertakan tajuk jawatan yang dipohon; “Permohonan Jawatan Kerani Farhan Property”
Bila? : Immediately
Syarat : Rajin, jujur dan Amanah

Kelebihan kepada : 
- mereka yang berkemahiran menggunakan Facebook, blog dan internet dengan maksimum
- mereka yang ingin mencuba benda yang baru.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh iklan di anggap gagal dalam permohonan.

Terima kasih. 

Farhan Mohamad
No.1 Property Consultant
+6019.362.3578



Wednesday, July 25, 2012

Berita Baik... TNB Bantu Kita as Owner...


Salam sejantera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, berita baik di bulan yang mulia ini.... kalau dulu bil tepon, astro, intenet je yg boleh pakai nama tenant, skrang ni TNB pun dah bolehhh... so, kita as owner boleh memberi tanggungjawab bil tersebut kepada tenant kita... kalau rumah yg setiap bilik ada aircond, bil bulan tak kurang rm300, amat bermanfaat benda ni... terima kasih TNB... okehh... 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua Umat Islam di seluruh Dunia... Semoga Puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya... amin... 


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

Friday, July 20, 2012

Sebulan berlalu.... Selamat Berpuasa...


Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,


alhamdulillah, kesyukuran ini hanya kepada Allah yang Maha berkuasa di sekelian alam... 
syukur kepada Allah atas setiap zarah kenikmatan yang diberikan.. nikmat ini tidak dapat tidak 
tanpa pertolongan dan bantuan dari Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... sebulan berlalu.... masa terlalu pantas meninggalkan kita... alhamdulillah, sebulan yang lalu banyak menda yang telah aku menemui jawapan dalam kehidupan ini... syukur kepada Allah


memberikan ilham dan pedoman kepada orang yang aku jumpai untuk mencari jawapan dalam persoalan dalam hidup ni... dalam kehidupan kita, banyak persoalan yang bermain dalam fikiran kita yang kita perlu mencari jawapan... dalam hidup aku pun tak lari dalam mencari jawapan dalam diri ini.... setiap hari aku memohon dari Allah untuk di tunjukkan jalan kepada aku agar aku dapat jalan yang benar, betul dan mendapat keredhaan dan keberkatan dalam dunia ini... 

sebulan berlalu.... perubahan dalam hidup aku sudah tak seperti dulu... aku suka kehidupan yang berfikiran seperti sekarang... berfikir untuk orang lain... aku suka nak bantu orang dalam bidang yang aku pakar yang aku tahu.. aku tahu dalam bidang hartanah yang dah lama aku ceburi... dalam sebulan lepas, aku ramai berjumpa orang... ramai yang berkata2 tentang pembelian rumah... dan ada cerita sedih yang aku dengar bila ada orang di aniaya.. sedih.. tersentuh.. terkilan... selalu nyer mereka ini ialah orang yang pertama kali membeli rumah... aku ingin membantu org begini... dan juga orang2 yang pertama kali ingin membeli rumah... call aku untuk tahu cara nak beli rumah... jangan tertipuuu... kenapa? rumah bukan barang murah... it's too expensive.. aku nak bantu, tapi aku tak tahu siapa korang kalau korang tak hubungi aku... just call or email saya... kalau email, sama ada lambat atau cepat insyaAllah saya akan balas... 

sebulan berlalu... bila aku pegi lelong... ohh banyak nyer rumah kena lelong skrang ni... makin banyakkk... terutamanya rumah milik orang kita - ISLAM + MELAYU + BUMIPUTRA... makin ramai yang ingin masuk dalam rekod muflis/bankrap... anda tahu tak apa kesan muflis/bankrap ni ?

Apabila perintah Penerimaan telah dimasukkan, tiada prosiding boleh diambil atau sedang berjalan ke atas penghutang/si bankrap mahupun aset kepunyaan penghutang/si bankrap mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah;

Ketua Pengarah Insolvensi adalah penerima harta penghutang/si bankrap;

Ketua Pengarah Insolvensi akan menjadi pemilik semua buku akaun, surat-surat dan dokumen-dokumen lain dalam pemilikan, penjagaan atau kawalan dari penghutang/si bankrap yang berkaitan dengan hal ehwal miliknya, dan boleh menjadi miliknya kesemua atau surat ikatan, buku, dokumen-dokumen dan harta benda lain penghutang.

Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi dan sebab yang kukuh. 

jadi, kalau ada di antara kita yang tahu ada sahabat mahupun rakan yang tak bayar rumah dah lama dan notis lawyer dah sampai dan dia tak mampu untuk bayar, hubungi saya untuk dapatkan nasihat dan info bagi membantu mereka ini... saya boleh membantu sekadar termampu bagi melindungi nama orang kita dari dimasukkan dalam senarai orang bankrap/muflis... cuba la elak... saya cuba membantu... elakkan rumah anda dilelong... elakkan nama anda dalam senarai bankrap.. hubungi saya secepat mungkin...semoga ia bermanfaat untuk diri mereka, keluarga mereka dan kehidupan mereka... insyaAllah...

hari ni, hari last bulan syaaban... esok puasa... insyaAllah... semoga Allah permudakan kita untuk berpuasa esok... dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf sekiranya di dalam blog ini memberi kesan kepada hati, emosi, perasaan, mahupun gangguan dalam diri anda... aku hanyalah manusia biasa yang melakukan salah silap dalam melayari kehidupan... aku juga disini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semuaaa umat islam di Malaysia dan juga seluruh dunia ini..semoga Ramadhan kali ini memberi kita satu bulan yang memberkati segala amalan kita didunia ini...insyaAllah... ALLAH MAHA PEMURAH dan MAHA MENGASIHANI hamba nyer... aminnn... 






SEBARANG PERTUKARAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT DARI PIHAK PELELONG DAN PIHAK BANK.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : 019 - 362 3578 (FARHAN)
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar di RESCOM REALTY. Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, hubungi saya untuk khidmat nasihat secara PERCUMA.



My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong