Tuesday, March 6, 2012

Halau Tenant with 'Eviction Order'

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sekarang ni makin ramai ehh bukan makin ramai, tapi dah ramai yg mencari rumah lelong... kalau tengok kat email aku, ramai giler request nak rumah lelong... sana sini... huhu.. mmg tak terkejar la jugak... mmg la nak dapat RP skrang ni susah skit.. tapiiii, ada jugak yg dapat... tahniah kepada yang dapat tu... rezeki tu... soklan yang selalu aku dapat dan korang hadapi.... ada orang la kat rumah tu.. boleh beli ke?? kalau diorg tak nak keluar mcm mana?? susahh la mcm tu... tu persoalan yang common... so mcm mana nak buat kalau kita dah beli rumah dan orang dalam rumah tu tak nak keluar???

salah satu cara yang legal untuk mengeluarkan tenant ialah dengan mendapatkan 'eviction order'... eviction order ni ialah dengan mendapatkan perintah mahkamah untuk mengeluarkan tenant or pemilik asal dalam rumah tersebut... nak buat eviction order ni boleh la hire lawyer untuk lawyer apply kat mahkamah bagi mendapatkannya... so nanti mahkamah akan mengeluarkan perintah untuk mengeluarkan orang dalam rumah tersebut.... tetapi, ia melibatkan masa dan juga kos... tak silap aku la, hari tu ada member yg buat benda ni... dalam sebulan gak la order ni keluar... kos plak kalau tak silap dalam 3-4 ribu... kalau nak buat benda ni, kena tengok la wheather harga property tu berbaloi ke tak untuk dapatkan eviction order ni...

pendapat dari lecturer aku... kata nyer, kalau kita masuk court, selalu nyer hakim akan berikan tenant tu duduk di rumah tersebut sehingga tamat tenancy agreement dia dengan owner lama... kata nyer la... tapi kalau yg tak der tenancy agreement tu, mungkin hakim akan arahkan dia keluar dari rumah tersebut... so, berhati2 jugak kalau nak membeli, coz sekarang ni tenant makin bijak dalam hal undang2... sbb diorg tahu bukan simply2 nak halau org keluar.. but tenant pun, kalau rumah tu dah hak orang lain, kena la bertanggungjawab.. bayar la sewa kalau tak nak keluar ataupun nego la baik2 dengan owner baru... kalau kita ambik hak orang lain, suatu hari nanti hak kita juga akan diambil oleh orang lain atau Yang Maha Esa... so, pk la yea... kalau kita permudahkan urusan orang lain, urusan kita juga akan dipermudahkan... sabar la dengan ujian dan dugaan yang datang...

untuk minimakan kos mengeluarkan tenant dari rumah, ada beberapa cara yang informal...legal tapi kurang kos...
1 - jangan terminatekan air dan juga api... mmg la cara ni nampak mcm kejam kan.. tapi untuk 1st time, jangan buat benda ni lagi... sabar dulu... once dah dapat POS yang dah stamp, pos atau serahkan POS tersebut kepada tenant yg berada dalam rumah tersebut... pegi bagi dengan cara yang baik... kalau tak der orang, letak kat pos box or letak bawah pintu rumah... kepilkan bersama POS tersebut surat menyatakan kepada tenant untuk keluar dari rumah tersebut dalam masa 1 bulan dari tarikh menerima POS tersebut atau surat tersebut menyatakan untuk menghubungi semula owner yang baru... letak no telefon anda dengan jelas dan karang ayat dengan polite...

jika tiada panggilan telefon or lepas seminggu tiada orang mengusik or menerima POS tersebut, boleh la terus ke step seterusnya....

2 - pegi report polis dengan membawa bukti POS dan juga gambar POS tidak terusik sejak seminggu lalu... so, kita boleh assume yang rumah tersebut tiada orang... cakap kat polis yang kita nak pegi pecah masuk rumah tersebut... kalau polis boleh pegi pecah rumah sekali lagi bagus... polis la jadi saksi kalau jadi apa2 nanti... bawak la org yg boleh bukak kunci or bawak cutter kalau rumah tu berkunci solex or kunci pintu.... bawak juga camera yang boleh ambik gambar yg cantik2... tapi sebelum tu ketuk la pintu rumah dan bagi salam... kalau dah agak2 tak der orang tu baru la pecahkan rumah tu k...

3 - once dah masuk, kalau la rumah tu tak der orang dan mmg kosong, alhamdulillah la... tapi kalau ada lagi barang2 mcm ada orang tinggal...ambik gambar sebanyak mungkin dan jangan sesekali usik barang dalam rumah tu k... tenant tu boleh sue kalau barang2 dia hilang... then lock balik rumah tersebut dengan lock yang kita punya... tinggalkan no phone dan juga apa2 kemudahan yang boleh tenant tu call kita... jangan lupa letak salinan police report yang kita dah buat untuk ambik balik property tu... ini wajib letak... dalam note tu, tulis kalau tenant nak balik barang dia, suruh call dalam masa yang terdekat... bg la masa sampai 2 minggu, kalau tak, kita dispos la barang2 dia tu k...

4 - kalau ada tenant bukak pintu time kita pegi... mmg kena slowtalk dengan tenant... bagi la pilihan dengan dia... u need to talk nicely + polite... jgn la cakap kasar2... bg la tempoh untuk dia keluar... kalau ada report polis, bagi satu salinan kat dia k.. at least dia nampak kita serius nak rumah tu...

mungkin cara2 di atas berbeza dengan situasi yang korang alami dan korang boleh sesuaikan dengan situasi korang... cara ni adalah selain daripada ambik eviction court order... kalau degil sangat, terpaksa la pohon court order... tengok la property korang mcm mana k... apa2 pun, korang kena tanya lawyer korang yea.. mana tahu dia ada solution lagi baik... aku just suggest aje... insyaAllah, cara2 ni boleh la nak praktik... apa2 pun risk tetap ada kalau tenant tu berdegil... satu lagi... kalau boleh, jgn pegi sorang.. bawak member2 pegi sekali.... semoga berjaya... insyaAllah.. okeh...


FOR SALE :

- Flat Puchong Permai @ 72k
- Kenangan view apartment..taman jasmin kajang @ 138k (nego sampai jadi)
- Flora Damansara @ 120K (nego)
- Mentari Court @ 154k (nego)
- Penthouse Permai Court Puchong @ 210k
- Pangsapuri Damai Seksyen U4 Shah Alam @ 230k (nego sampai jadi)
- Penthouse Mentari Court @ 300k + 2 carpark nice view
- Condominium PV8 Taman Melati @ 478k (nego sampai jadi)
- Laman Tasik, Tasik Permaisuri @ 510k
- BLinkungalow Seksyen 9, Shah Alam @ 4 Mil

FOR RENT

- Office @ Mentari Business Park @ RM4700 (nego)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : 019 - 362 3578 (FARHAN)

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, March 2, 2012

Perbankan ISLAM

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, selamat hari jumaat - penghulu segala hari.... alhamdulillah, rumah kat bangi settle repair... buat 3 telinga + letak 2 selak... hopefully it more secure than before... insyaAllah... hari ni nak berbicara pasal perbankan ISLAM... aku tak de lah expert sangat... tapi, aku nak share apa yg aku tahu, apa yg aku dapat dari pengalaman aku dan apa yg belajar dalam persekitaran semasa dan juga dalam bentuk yg formal....

bersyukurlah kita dilahirkan dalam ISLAM... bersyukur kita kepada Allah atas kurniaan nikmat yg amat bernilai ini... kita doakan agar keimanan dan ketakwaan kita sentiasa mekar dan subur..insyaAllah...amin... jom kita masuk perihal perbankan Islam... as kita org Islam, kenapa kita perlu untuk buat loan konvesional yg tak halal dan juga melanggar perintah Allah... tujuan utama Islamic Banking adalah untuk menghalang riba'... perintah ini adalah seperti dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 130... "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya."...

gambarahrajah dibawah menerangkan di mana tempatnya IBF(Islamic Banking & Financing) dalam Islam....

Apa itu bai' Inah (pembiayaan)???

contoh yang mudah untuk di fahami - tengok gambarajah ni...

1 - mesti ada 2 kontrak yang berbeza yang mesti di sempurnakan... Pertama, bank menjual aset kepada pelanggan berdasarkan pembayaran tertunda... Kedua, pelanggan menjual the same asset to the Bank on spot...

2 - Aset tidak boleh menjadi bahan "ribawi" dalam medium pertukaran (emas, perak atau mata wang) kerana semua bayaran untuk pembelian yang dibuat adalah dalam bentuk wang.

3 - Setiap satu daripada dua kontrak mesti mempunyai elemen-elemen penting (arkan) dan setiap elemen penting mesti memenuhi syarat-syarat yang perlu (shurut).

Untuk Home Financing or Refinancing,, kat malaysia kebanyakan bank menggunakan pakai prinsip Bai Bithaman Ajil (jual dan beli). itu kebanyakan, tapi ada jugak la bank yg pakai Musyarakat Mutanaqisah dan Istisna... ini principles yg di gunakan pakai di Malaysia... tetapi untuk international pulak, ada yg pakai Murabahah, Ijarah Muntahiyah Al Tamlik dan lain2 seperti Malaysia.... seperti di gambar bawah ni k....

apa itu Bai Bithaman Ajil? Musyarakah Mutanaqisah? Istisna....tu nanti next series la k... bukan apa, kita pahamkan dulu benda ni... kalau dah paham, baru la kita masuk ke next series plak... insyaAllah... kita kena tahu kenapa kita as orang Islam kena buat perbankan Islam... sbb utama, itu adalah PERINTAH ALLAH untuk mengelakkan riba'.... kalau perbankan tu bukan Islam, tapi tak der riba, ok go on... but, kebanyakan bank konvensional adalah riba'.... sbb itu di tubuhkan pada 1983, Islamic Banking Act... alamak, masuk Act la plak... panjang ni kalau nak citer... sbb berkait dengan sejarah sbb IBA mmg berkait rapat dengan BAFIA... cukup dulu kot yea... nanti kita sambung... harap ia memberi manfaat kepada kita semua...insyaAllah.. amin...

p/s :
FOR SALE :
- Bungalow Seksyen 9, Shah Alam @ 4 Mil
- Laman Tasik, Tasik Permaisuri @ 510k
- Condominium PV8 Taman Melati @ 478k (nego sampai jadi)
- Flora Damansara @ 120K (nego)
- Pangsapuri Damai Seksyen U4 Shah Alam @ 230k (nego sampai jadi)
- Mentari Court @ 154k (nego)
- Kenangan view apartment..taman jasmin kajang @ 138k (nego sampai jadi)
- Penthouse Mentari Court @ 300k + 2 carpark nice view
- Penthouse Permai Court Puchong @ 210k
- Flat Puchong Permai @ 72k

FOR RENT
- Lagoon Perdana @ RM880 FULLY FURNISH
- Office @ Mentari Business Park @ RM4700 (nego)


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, February 27, 2012

Rumah kena pecah + Legal Fees

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, hari ni nak menulis perihal kejadian hari jumaat lepas... mcm aku update kat FB mlm sabtu tu... huhuhu...jumaat jam 5.40ptg, aku terima call dari tenant aku kat bangi... "tuan, rumah kena pecah".. innalillah.... aku cakap sabar yea... jgn sentuh apa2, jap lagi saya datang... then aku pun pegi sana... mmg berselerak la bilik dia.. mcm gambar bawah tu... aku pun tak tahu pencuri ni nak ambik apa... sbb laptop tak ambik, modem semua ok... cuma tenant dapat detect hilang handbag yg berisi dalam tu passport yg dah tamat tempoh, buku2 bank dan buku yg mengandungi id dan password akaun bank.... perghh... time2 tu jugak aku suruh dia change password...

grill rumah ni kat dalam... mmg dah susah nak bukak.. tp dia mcm pakai something mcm grader yg dapat tanggalkan satu telinga tepi kat grill tu... giler betul.. time tu jugak tenant aku buat report polis dan polis datang tp cakap tak leh buat apa2... ye la, bila kehilangan benda sikit, tu je la yg dia cakap.. boleh je pun kalau nak cari cap jari... bengang gak la... huhu... stress betul aku... dah la esok nyer hari sabtu aku ada exam tax kat inspens... hohoho... mmg dugaan giler malam tu... sabor je la.. then hari sabtu tu buat telinga baru dan juga gantikan lock kat grill.. ye la, lock kat grill tu kedai hardware boleh je beli kunci dia.. senang2 je nak bukak... aku tambahkan lagi security dengan letak palang kat pintu rumah tu disamping letak selak kat pintu2... takut gak la kalau berulang lagi... so berhati2... lagipun, tenant ni mmg baik dan juga tenant yg tak penah bayar lambat... selalu on time... sayang beb tenant ni... susah nak jumpa.. hehehe..

sabtu tu aku ada exam tax sebelah pagi kat inspen... alhamdulillah boleh la jawab.....even malam tu pening duk pk pasal rumah tu dan nak study... cabaran dan dugaan betul... next saturday ni plak exam account... huhuu.. mmg kena study betul skrang ni.. tak leh nak main2 lagi... exam final pun next april + nak settlekan thesis aku yg masih tergantung tu....huhuhu..

aku punya supervisor dah bising pasal thesis... siap cakap kat aku lagi kena siapkan sem ni jugak... so kena cergas la aku skit lepas ni... nk menaip mmg perlukan masa yg sesuai... nak menaip time bising2, aduh mmg tak leh la... so, aku ada la nak buat beberapa perubahan dan struktur perniagaan aku, insyaAllah... mungkin aku rugi skrang, tapi ini untuk kebaikan dan masa depan aku.. aku harap, ada la yg paham....

Legal Fees.....
sapa penah beli rumah secara sub sales??? angkat tangan....hehehe... pembelian or sale mesti ada 4 syarat.. iaitu :- pembeli, penjual, harga dan property.... property ni termasuk rumah, shares or apa2 instrument... kalau beli rumah, as pembeli kita kena bayar legal fee untuk buat snp... selalu nyer kita akan guna SATU lawyer yg sama untuk memudahkan dan mempercepatkan proses jual beli... so, pembeli akan menanggung kos legal fees (snp) dan penjual akan bayar discharge of charge jika dia masih ada loan or minimal payment for the tranfer the name... sikit je la kalau dah tak der loan... dalam 3 4 ratus je mcm tu....TETAPI kalau pembeli pakai lawyer lain dan penjual pakai lawyer lain macam mana pulak??? lawyer pembeli akan buat snp dan akan diberikan kepada lawyer penjual... jika ke dua lawyer dah bersetuju, then pair barulah snp tu boleh di sign dan stamp... dari segi pembayaran pula, pembeli dan penjual akan membayar harga yg sama kepada lawyer masing2 kos membuat snp.... kalau pembeli bayar kos snp 4k, penjual juga bayar dengan harga yang sama... sbb berlainan lawyer.... ia dianggap lawyer masing2 membuat snp yg baru... sbb tu, kalau satu lawyer, hanya buyer yg tanggung harga snp, tapi kalau berlainan lawyer, masing2 kena tanggung harga snp...

tapi kenapa sebenarnya??? sebenarnya, disebalik kenapa harga kalau berlainan lawyer harga snp tu penjual dan pembeli kena bayar harga yg sama untuk snp ialah...... harga tu sebenarnya termasuk insurans yg kena dibayar oleh lawyer.... insurans ni akan cover kalau apa2 masalah berlaku kepada snp yg dibuat oleh lawyer tu tadi... sebagai contoh, lawyer penjual salah memasukkan clause yg tak defend client dia, then pembeli sue penjual disebabkan snp tersebut, lawyer tersebut boleh gunakan insuran tersebut untuk cover kos kat mahkamah nanti.. sebab tu harga snp berlainan lawyer sama je mcm buat snp baru... korang paham ke tak ekk.... mcm aku syok je menaip ni... aku permudahkan dengan table kat bawah ni ni... sharing is caring...


Lawyer sama

Lawyer asing

Pembeli

Tanggung harga snp

Bayar snp

Penjual

Bayar discharge of charge

Bayar snp + discharge of charge



kalau tak berapa paham email aku yea kat email di bawah.... ohh by day way, ada sapa2 nak jual rumah???? or kawan2 nak jual rumah???? boleh hubungi or email aku ok... kalau kawan2 yg rekomen kat aku, insyaAllah ada komisyen kepada org yg rekomen tu... okeh...






p/s : FOR SALE :

- Condominium PV8 Taman Melati @ 478k (nego sampai jadi)
- Flora Damansara @ 120K (nego)
- Pangsapuri Damai
Seksyen U4 Shah Alam @ 230k (nego sampai jadi)
- Mentari Court @ 154k (nego)
- Kenangan view apartment..taman jasmin kajang @ 138k (nego sampai jadi)
- Penthouse Mentari Court @ 300k + 2 carpark nice view
- Penthouse Permai Court Puchong @ 210k
- Flat Puchong Permai @ 72k

FOR RENT
- Lagoon Perdana @ RM880 FULLY FURNISH
- Office @ Mentari Business Park @ RM4700 (nego)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : 019 - 362 3578 (FARHAN)

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Thursday, February 23, 2012

Menangi Kereta Inspira Edisi Terhad with Internet 4G

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, pagi ni kat paper ada peraduan pasal nak menang kereta inspira dengan internet 4G dalam kereta... it means that, korang pegi mana2 ada je internet dalam keta.. tak yah nak cucuk broadband kat laptop... kereta ni edisi khas ni... memang best kalau dapat... tapi boleh la cuba.. ada rezeki insyaAllah, kalau tak der rezeki, tak salah mencuba kan... hehehhe....

apa2 pun, have a nice day today k....

ni ha link : http://www.yes.my/v2/proton.do

ini adalah usahasama antara PROTON dan YES...

p/s : FOR SALE :
- Flora Damansara @ 120K (nego)

- Pangsapuri Damai
Seksyen U4 Shah Alam @ 230k (nego sampai jadi)
- Mentari Court @ 154k (nego)
- Kenangan view apartment..taman jasmin kajang @ 138k (nego sampai jadi)
- Condominium PV8 Taman Melati @ 478k (nego sampai jadi)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : 019 - 362 3578 (FARHAN)

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, February 22, 2012

Result UiTM - syukran ya Allah....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, syukurr wa syukran ya Allah.... awal pagi tadi result exam UiTM aku dah keluar... aku amat bersyukur atas result ini.. bantuan kawan2 dalam kelas memang byk membantu... syukur sangat2... penah aku ceritakan berkenaan dengan budak2 kelas aku rasa nyer kat blog ni.... semangat diorg, kerjasama diorg mmg terbaikk... diorg mmg supportive even kadang2 kita dah patah semangat... aku kagum dgn diorg... syukur kepada Allah kerana memberi kesempatan kepada aku bersama2 dengan diorg ni... aku jugak nk ucapkan terima kasih kepada pembaca yg sudi melawati blog ni... kadang2 sebulan sekali je aku update... maaf byk2... time kerja sekolah byk, tak sempat nk menaip..huhu... apa2 pun, terima kasih atas sokongan semua...

aku ada lagi 1 sem - kena siapkan thesis... harap aku dapat siapkan sbb dalam masa sama aku masih menjadi pelajar kat inspen... harap tahun ni aku boleh habiskan dengan jayanya... insyaAllah... amin... okeh..

mood : senyum hari ni... hehehe...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..