p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
Wednesday, February 22, 2012
Result UiTM - syukran ya Allah....
Tuesday, February 21, 2012
Sabar dan tenang hadapi cabaran....
alhamdulillah, hari ni dapat bangun tido dengan tenang.... ohhh, semalam aku rasa amat berserabut otak ni... amat amat berserabut... tak tahu la ini dugaan atau cabaran yang perlu aku hadapi... tapi aku anggap perkara tersebut asam garam dalam kehidupan berkerjaya agen hartanah, student dan juga kerja2 aku.... aku kena sabar hadapai semua benda ni.... insyaAllah, aku teramat yakin dengan firman Allah "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....." - maksudnya Allah tidak akan memberi ujian atau dugaan diluar tahap kemampuan hambaNya.. alhamdulillah, so far aku dapat menyerap setiap tekanan dengan baik... syukur....
real case... 2 3 bulan lepas aku hadapi satu kes yg agak besttt... as a property manager, aku berhadapan dengan tenant yg mcm2 perangai.. ada yg liat nak bayar, ada yg bila ketuk baru bayar... huhu.. pening gak la... dannn ada sorang ni.. dah 3 bulan tak bayar... geram sungguh... aku dah habis diplomasi dengan dia ni.. call tak penah nk angkat... bila sms, boleh plak balas... last sekali, aku buat la something.. aku tak tahan dah nak hadap dengan owner... nasib la owner baik...
so, aku pun buat sesuatu dan kata2 akhir aku, kalau tak bayar sebelum 20hb, saya tak boleh buat apa... dan aku tak balas dah sms dia lepas tu... smlm, duk tengok berita smlm, ada sms masuk.... duit dah bayar untuk tunggakan... aku terus masuk online banking, alhamdulillah dah bayar.. seterusnya aku memberi dia kata2 yg agak memberi motivasi agar menjaga hubungan dengan aku serta owner.. hopefully dia paham....
dari tadi lagi aku menulis benda ni... dari pagi kul 9..tapi tulis satu ayat, tepon masuk... aku tengah deal dgn owner dan juga buyer pasal satu property... dah 2 minggu aku terpaksa follow up dengan bank... geram sampai aku bergaduh la dengan banker ni... imagine, dia boleh peram application sejak 2 bulan lepas... eeee... smlm baru nak verify... apa lagi, byk la peluru aku tabur... hari ni baru terhegeh2 nk follow up balik... gertak je nk hantar report kat hq... baru la nk buat keje.. tak paham betul aku bank BSN ni... ambik ko.... siap buh nama lagi... hahahhaa.. geram... so, pagi ni buyer dengan aku duk deal dengan owner... nk reduce skit harga... so far, +ve... insyaAllah.... semoga ia berterusan sampai deal ini berjaya... aminn...
smlm aku sempat ke bukit jelutong... aku diberitahu kedai nak jual... apa lagim cargas la pegi... alih2 bisness je nak jual... ermmm... aku dengan partner pk 2 3 kali la nak ambik... risk too high... even bisness ni best, tapi risk tu tetap ada... aku search kat pakcik google pun cakap bisness dia ni ada sedikit -ve side comment pembaca... tapi benda ni boleh diperbaiki.. insyaAllah.. aku harap dia dapat mencari buyer yg sesuai...
sblm terlupa, aku mmg ejen hartanah di bawah rescom realty.... sub sale aku buat, lelong pun buat gak... kebanyakan kes aku on sub sales... lelong kalau ada request baru pegi tak pun, aku pegi beli untuk diri sendiri... hehehehe.. nk listing??? email to email jom2lelong kat bawah k... nanti aku akan hantar listing lelong... insyaAllah...
hari ni bersemangat skit... dah seminggu aku lemau... tak tahu la kenapa... duk pk mcm2 kut... so, kena la cargas minggu ni... ada exam hari sabtu ni dan minggu depan... study pun belum... so bergerak dah lepas ni... aku kena usaha.. aku kena yakin... kadang2 bila tak bermotivasi, aku baca kisah2 utk motivasikan diri... so ada la satu kisah... kisah ni bg aku untuk tabahkan diri walau apa pun berlaku... aku suka cerita ni.... maksud tersirat tu memberi aku satu kekuatan agar terus bekerja walau dalam situasi apa pun... hopefully ia juga memberi pembaca juga maksud yg tersirat dalam cerita ini... selamat membaca ...... - aku tahu korang terer english..............
A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call asap, changed his clothes & went directly to the surgery block. He found the boy's father pacing in the hall waiting for the doctor. On seeing him, the dad yelled:
"Why did U take all this time to come? Don't U know that my son's life is in danger? Don't U have any sens...e of responsibility?" The doctor smiled & said "I am sorry, I wasn't in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call...... And now, I wish you'd calm down so that I can do my work"
"Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??" said the father angrily
The doctor smiled again & replied: "I will say what Job said in the Holy Book "From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God". Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God's grace"
"Giving advises when we're not concerned is so easy" Murmured the father.
The surgery took some hours after which the doctor went out happy,
"Thank goodness!, your son is saved!" And without waiting for the father's reply he carried on his way running. "If U have any question, ask the nurse!!"
"Why is he so arrogant? He couldn't wait some minutes so that I ask about my son's state" Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.
The nurse answered, tears coming down her face: "His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son's surgery. And now that he saved your son's life, he left running to finish his son's burial."
Moral - Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through"
jom2kongsi kepada orang lain...okeh...
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
Friday, February 17, 2012
Listing For Sale + Besar dan Berani....
Sunday, January 22, 2012
Sem 3 sudah berakhir...........
Salam sejahtera buat pembaca budiman,
p/s: Hepi Chines New Year...


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
FARHAN
019.362 3578
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..
Monday, December 19, 2011
Perjuangan yang berterusan.............
alhamdulillah, sempat jugak menjenguk blog ni... sebulan lebih tak masuk sini... kesempatan amat terbatas untuk menaip..tambahan pula, skrang ni tengah finalize thesis aku.. aku terpaksa siapkan separuh thesis untuk dapatkan status TL bagi extend next sem... penat dan letih belajar di 2 tempat berbeza dan 2 peringkat pengajian yang berbeza... ini amat memberi cabaran yang besar kepada aku... semoga Allah kuatkan semangat aku... insyaAllah...
minggu lepas minggu ujian... dari awal minggu hingga la ke hujung minggu, banyak benda yang berlaku... masih aku ingt, sebelum puasa hari tu, aku bersama2 nyer bergurau senda, saling mengata.... dialah sepupu paling rapat dengan aku... even umurnya dah 40-an, tp still muda remaja... hari selasa malam, aku balik je kelas pukul 9 malam.. makan2 dan 10.30mlm mata dah rasa amat mengantuk dan badan rasa amat letih sbb dari pagi lagi aku keluar... jam 11.15malam, aku dikejutkan dengan berita kematian arwah di hospital serdang... kepenatan yang aku rasai tadi, sudah tiada lagi... terus aku ke hospital... sedih nyer aku... arwah meninggalkan 5 anak yang berusia 10-20 tahun... wife nyer tak bekerja... oleh kerana, aku di antara yang waris yg terdekat, berbincang untuk bawak balik jenazah ke kampung... setelah wife nyer sampai jam 3 pagi, then suasana terus hiba dengan tangisan yang bergema... tak ada patah kata yang dapat digambarkan bila org yg tempat berteduh, berpegang meninggalkan dunia yang fana ini... perancangan Allah siapa tahu..itulah yang terbaik.. ingtlah, Allah tidak akan menguji setiap hambanya melainkan kesanggupan hambanya berhadapan dengan ujian tersebut...
pagi2 lagi, aku bersiap untuk balik kampung... aku dah lupa segala apa yg aku dah rancangkan untuk hari esok... kereta ada prob bila nak balik... terus ke bengkel jam 8.30 pagi.. nasib bukak.. then tukar paiping minyak then terus aku balik.. jenazah time ni berada di kem sungai besi..tentera siapkan jenazah selepas forensik discharge body... aku mendahului jenazah sbb takut lambat... bawak budak2 tau2 la kan... kang sekejap nak gi toilet la, nak makan la... tetiba fon aku berdering, aku lupa aku kena sign letter offer dari bank hari tu... aku minta maaf sgt2 kat member aku tu.. sbb emergency... so postponed ke hari lain... then aku ingt, hari jumaat petang aku jugak ada appointment.... tak pe, nanti arrage balik... then aku sampai kampung jam 4.30... mendahului jenazah.. jenazah sampai jam 6.00ptg... sampai je solat then bagi sedara mara lihat then terus masuk liang lahat... selesai sudah pengubumian arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan2 orang yang beriman.. insyaAllah... balu dan anak2 akan berpindah balik ke kampung dalam masa terdekat...
aku dengar, arwah sebelum ni dah tahu dia akan pergi... mungkin dalam sedar ke tidak, kita tak perasan.. anak yg sulung belajar di terengganu.. arwah cakap kat anak dia, ambik la duit ni, ni last ayah kasi tau.... dia jugak cakap kat ibu dia, kalau tak datang rumah kali ni, tak leh datang dah la... ingtkan gurauan yang biasa je.. tetapi itulah tanda2 yang mungkin tak perasan atau berkebetulan... arwah amat rapat dengan aku dan juga family aku... setiap kali balik kampung, mesti datang rumah aku... raya dah wajib datang... alhamdulillah, arwah byk memberi pertolongan kepada orang lain utk meningkatkan kualiti hidup.. semoga arwah mendapat ganjaran dari Allah atas usahanya... insyaAllah... Al-Fatihah....
sedih mmg sedih, tapi yg hidup kena teruskan hidup... balik je dari kampung hari jumaat, terus aku ke ukm bangi ambik kunci dan terus ke pj untuk org tengok rumah... alhamdulillah.. skrang tengah tunggu snp dari seller untuk buyer test loan dulu... hari jumaat gak ada appointment kat Sepang, tapi aku amat tak larat... so, tunda ke hari ni - Isnin... insyaAllah, hari ni ke sepang untuk berbincangan dengan buyer... insyaAllah...
sejak sebulan lepas, banyak perkara baru yang aku belajar... banyak benda yang nak kongsi...tp tak sempat... kadang2 idea itu hilang..ohh sayang betul.. cuma nk kongsi di sini satu benda... sekarang ni, harga rumah dah melambung-lambung... sebagai contoh skrang ni, teres 2 tingkat pun harga 400k... wow... mmg mahal la kan... meh kita kira stamp duty.. kalau la kita beli rumah 500k, stamp duty 9000 kan... rujuk : http://www.jpph.gov.my/V1/kira_dutisetem.php?versi=1...tapi mcm mana kita nak kurangkan bayaran stamp duty ni??? boleh ker?? jawapan nyer : BOLEH.... kalau rumah kita 500k, jadi suruh lawyer submit 5x borang stamp duty... so, setiap satu borang, LHDN akan charge RM1000.. kenapa 1k, sbb stamp duty, setiap 100k, LHDN akan charge 1% = 1k... so 5 borang, 5k... jimat 4k... banyak jugak tu 4k... ni adalah cara yang smart untuk jimatkan stamp duty fee...
sekarang ni ada 3 biji rumah sedang siap sedia untuk disewakan... 1 di putra perdana, 1 di taman mas puchong dan 1 di vista pinggiran... insyaAllah semua rumah ni akan di publish di mudah.my/farhan dalam masa terdekat...
perjuangan dalam kehidupan ni banyak cabaran dan dugaan... tetapi, kita terpaksa juga lalui dengan penuh iltizam dan juga keazaman... ada satu cerita untuk di kongsi bersama... enjoy reading...
Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh keluar dengan mudah. Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama berhasil dikeluarkannya dari kepompong.
Tetapi apa yang terjadi?
Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap. Apa sebabnya? Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.
Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.
Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuanmu. Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi masalah kita. Okeh...
p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578
FARHAN
019.362 3578
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..



