Tuesday, February 21, 2012

Sabar dan tenang hadapi cabaran....

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, hari ni dapat bangun tido dengan tenang.... ohhh, semalam aku rasa amat berserabut otak ni... amat amat berserabut... tak tahu la ini dugaan atau cabaran yang perlu aku hadapi... tapi aku anggap perkara tersebut asam garam dalam kehidupan berkerjaya agen hartanah, student dan juga kerja2 aku.... aku kena sabar hadapai semua benda ni.... insyaAllah, aku teramat yakin dengan firman Allah "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....." - maksudnya Allah tidak akan memberi ujian atau dugaan diluar tahap kemampuan hambaNya.. alhamdulillah, so far aku dapat menyerap setiap tekanan dengan baik... syukur....

real case... 2 3 bulan lepas aku hadapi satu kes yg agak besttt... as a property manager, aku berhadapan dengan tenant yg mcm2 perangai.. ada yg liat nak bayar, ada yg bila ketuk baru bayar... huhu.. pening gak la... dannn ada sorang ni.. dah 3 bulan tak bayar... geram sungguh... aku dah habis diplomasi dengan dia ni.. call tak penah nk angkat... bila sms, boleh plak balas... last sekali, aku buat la something.. aku tak tahan dah nak hadap dengan owner... nasib la owner baik...

so, aku pun buat sesuatu dan kata2 akhir aku, kalau tak bayar sebelum 20hb, saya tak boleh buat apa... dan aku tak balas dah sms dia lepas tu... smlm, duk tengok berita smlm, ada sms masuk.... duit dah bayar untuk tunggakan... aku terus masuk online banking, alhamdulillah dah bayar.. seterusnya aku memberi dia kata2 yg agak memberi motivasi agar menjaga hubungan dengan aku serta owner.. hopefully dia paham....

dari tadi lagi aku menulis benda ni... dari pagi kul 9..tapi tulis satu ayat, tepon masuk... aku tengah deal dgn owner dan juga buyer pasal satu property... dah 2 minggu aku terpaksa follow up dengan bank... geram sampai aku bergaduh la dengan banker ni... imagine, dia boleh peram application sejak 2 bulan lepas... eeee... smlm baru nak verify... apa lagi, byk la peluru aku tabur... hari ni baru terhegeh2 nk follow up balik... gertak je nk hantar report kat hq... baru la nk buat keje.. tak paham betul aku bank BSN ni... ambik ko.... siap buh nama lagi... hahahhaa.. geram... so, pagi ni buyer dengan aku duk deal dengan owner... nk reduce skit harga... so far, +ve... insyaAllah.... semoga ia berterusan sampai deal ini berjaya... aminn...

smlm aku sempat ke bukit jelutong... aku diberitahu kedai nak jual... apa lagim cargas la pegi... alih2 bisness je nak jual... ermmm... aku dengan partner pk 2 3 kali la nak ambik... risk too high... even bisness ni best, tapi risk tu tetap ada... aku search kat pakcik google pun cakap bisness dia ni ada sedikit -ve side comment pembaca... tapi benda ni boleh diperbaiki.. insyaAllah.. aku harap dia dapat mencari buyer yg sesuai...

sblm terlupa, aku mmg ejen hartanah di bawah rescom realty.... sub sale aku buat, lelong pun buat gak... kebanyakan kes aku on sub sales... lelong kalau ada request baru pegi tak pun, aku pegi beli untuk diri sendiri... hehehehe.. nk listing??? email to email jom2lelong kat bawah k... nanti aku akan hantar listing lelong... insyaAllah...

hari ni bersemangat skit... dah seminggu aku lemau... tak tahu la kenapa... duk pk mcm2 kut... so, kena la cargas minggu ni... ada exam hari sabtu ni dan minggu depan... study pun belum... so bergerak dah lepas ni... aku kena usaha.. aku kena yakin... kadang2 bila tak bermotivasi, aku baca kisah2 utk motivasikan diri... so ada la satu kisah... kisah ni bg aku untuk tabahkan diri walau apa pun berlaku... aku suka cerita ni.... maksud tersirat tu memberi aku satu kekuatan agar terus bekerja walau dalam situasi apa pun... hopefully ia juga memberi pembaca juga maksud yg tersirat dalam cerita ini... selamat membaca ...... - aku tahu korang terer english..............

A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call asap, changed his clothes & went directly to the surgery block. He found the boy's father pacing in the hall waiting for the doctor. On seeing him, the dad yelled:

"Why did U take all this time to come? Don't U know that my son's life is in danger? Don't U have any sens...e of responsibility?" The doctor smiled & said "I am sorry, I wasn't in the hospital & I came as fast as I could after receiving the call...... And now, I wish you'd calm down so that I can do my work"

"Calm down?! What if your son was in this room right now, would U calm down? If your own son dies now what will U do??" said the father angrily

The doctor smiled again & replied: "I will say what Job said in the Holy Book "From dust we came & to dust we return, blessed be the name of God". Doctors cannot prolong lives. Go & intercede for your son, we will do our best by God's grace"

"Giving advises when we're not concerned is so easy" Murmured the father.

The surgery took some hours after which the doctor went out happy,

"Thank goodness!, your son is saved!" And without waiting for the father's reply he carried on his way running. "If U have any question, ask the nurse!!"

"Why is he so arrogant? He couldn't wait some minutes so that I ask about my son's state" Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left.

The nurse answered, tears coming down her face: "His son died yesterday in a road accident, he was in the burial when we called him for your son's surgery. And now that he saved your son's life, he left running to finish his son's burial."

Moral - Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through"

jom2kongsi kepada orang lain...okeh...

p/s : Condominium PV8 Tmn Melati For Sale....High Floor....Komisyen kpd introducer.... :)

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, February 17, 2012

Listing For Sale + Besar dan Berani....

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, dpat gak meluangkan masa sedikit di pagi jumaat ini untuk menaip beberapa patah... syukran ya Allah kerana memberi lagi aku peluang hidup di muka bumi ini... sebagai seorang hamba, aku bersyukur ya Allah atas kurniaan ini... hari2 sebelum ini memberi aku keterbatasan dalam mencoret di blog ini... even ada dalam draft byk menda yg aku tulis separuh je.. tergantung mcm tu je.... tak sempat aku nak menaip... huhu...

aku nak berterima kasih byk2 kepada mereka yang menyokong secara langsung dan juga tidak langsung... ada yg sms aku cakap terima kasih pasal info dalam blog ni... owh..mmg terharu giler... aku cuma ingin berkongsi dan juga ini sebahagian daripada contributed aku kepada masyarakat.... even tak dapat keseluruhan, tetapi setidaknya dapat jugaklah sebilangan yang dapat tahu tentang info dalam blog ni... alhamdulillah....

2 3 minggu lepas aku dapat call dari sorang kawan... ada orang nak jual rumah... terus la aku pun pegi... bila jumpa orang ni, terus aku terkejut... byk nyer rumah dia nak jual.... 4 penthouse mentari court... 2 penthouse permai court.... 2 low cost kat puchong permai.... 1 shop lot dekat desa mentari.... office nak di sewakan di mentari business park... lepas beberapa hari, aku dapat call jumpa lagi... kali ni 1 mentari court apartment nak jual bersama parking lot dan 2 unit di desa mentari flat... alhamdulillah... harga ??

Penthouse Mentari Court - 310K - nego sampai jadi....
Apartment Mentari Court - 154k - nego sampai jadi....
Penthouse Permai Court - 210 k - nego sampai jadi....
Low Cost Puchong Permai - 50k dan 72k... ada 2 jenis rumah yg berbeza
Shop Lot Desa Mentari - 175k - nego sampai jadi....(rental 1500/month)
Office For Rent - RM4700 - Fully Furnish - nego......

Gambar @ www.mudah.my/farhan

Berhikayat soal semangat dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran atau rintangan dalam kehidupan, pasti ramai antara kita pernah merasai jerih perih, pahit maung dalam perjalanan kehidupan ini.

Malah, apa yang dipaparkan dalam "drama dan filem Melayu" di negara kita, adalah menjadi cerminan kepada situasi yang sedang berlaku pada komuniti bangsa kita secara khususnya dan amnya pada masyarakat Malaysia.

Kita sering berasa kerdil apabila berhadapan dengan perkara yang memperlihatkan kekurangan kita sama ada dari segi kewangan mahupun peristiwa di sepanjang jalanan kehidupan.

Rasa rendah diri dan adakalanya rasa terhina oleh cercaan manusia-manusia yang semakin pentingkan hal duniawi dan kebendaan boleh mengakibatkan kemurungan berpanjangan. Namun kita sebenarnya boleh mengambil sumber inspirasi dari kejadian lain disekitar kita dalam usaha untuk mengekalkan semangat bagi meneruskan kehidupan ini selagi diizinkan oleh Allah S.W.T untuk bernafas

Kita tidak perlu jadi BESAR untuk berani menghadapi cabaran... hanya dengan keyakinan diri,usaha berterusan dan istiqamah dalam tiap pekerjaan, ia mampu mengubah segalanya. Itulah kuasa berfikiran POSITIF.

Gambar ini menceritakan seribu satu erti....


selamat hari jumaat... okeh..

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578
p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578

FARHAN
019.362 3578


My Listing :
www.mudah.my/farhan
www.facebook.com/jom2lelong

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, January 22, 2012

Sem 3 sudah berakhir...........

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

alhamdulillah, tanggal 20hb lepas berakhirlah kelas aku di uitm untuk sem 3... tup tup dah sem 3 dah yg mana sem akhir sepatutnya, tp aku tangguh thesis ke sem depan.. kawan2 yg lain dah selamat viva 16hb lepas... seronok giler diorg lulus n dapat Msc in Property Investment... bersemangat aku nk habiskan thesis aku nih...chaiyok chaiyok... honestly, aku amat berbangga dengan rakan2 kelas aku nih... even degree pun aku tak se'closed' mcm skrang satu kelas... satu kelas boleh bersama2 buat study sekali, assg bersama2, projek paper sama2... giler, mmg 'apa yg penting - kerjasama'... syok sungguh kelas tu..... aku harap, subjek sem ni tak der la aku sangkut... takut gak, takut fail... huhuhu... aku berdoa agar semua subjek sem ni aku lulus... amin...

mmg course aku ni tak der exam, tapi kena buat research assg... every subjeck at least 2 research assg dan ada gak kena buat lawatan ke site mcm subjek land planning.. kena la melawat site... tp ia pengalaman yg amat menyeronokkan dan juga pendedahan yg amat bernilai... kira mcm apply terus ke dalam industri... tu yg rasa apa yg belajar ingt je... sbb ia base on practical... by da way, aku nk ucapkan kat kawan2 sekelas, thanks a lot atas kerjasama korang... jasa dan pengorbanan korang mmg akan aku ingt sampai bile2... even korang dari pelbagai bidang dan juga pangkat korang tetap sporting... ada yg keje sime darby, arb, valuer, qs, gomen, banker,architect,mpsj,mcd, dan sebagainya... idea korang mmg awesome dan juga boleh di apply dalam field aku... thank rakan.. so, kat blog aku ni aku nk coret nama korang k...hehhee...

mat,bad,yan,noor,razi,nazmi,afiq-bank,seha,soley,cha,hasnul,cc,juraida,nadira,fiza,dd,azuin,faizal,suhaila,kakzie,nini,ain,maznah, afiq-big dan zul... korang mmg terbaik... so, 20hb lepas aku present 2 reseach assg berkenaan dengan real estate finance tp more on islamic finance... habis je present, rasa ringan kat kepala... hahaha.. kira habis la satu benda... ada lagi kelas kat inspen yg belum settle.. insyaAllah tahun ni habis... harap2 jgn ada g sangkut...aminn....

so, ada la masa free skit aku lepas ni... nk start apa yg dah plan... nk sangat2 buat... so skrang, tgh mencari sesuatu yg boleh membantu org lain... apa yg belajar kat kelas ni aku harap dapat disumbangkan kepada org lain @ masyarakat... kat kelas jugak aku belajar dgn kawan2 agar jgn pentingkan diri sendiri... diorg sanggup bantu sama lain agar jgn ada yg fail each subjek... kalau degree dulu, lantak la kan... ko fail ko punya pasal...sapa suruh tak study... tp dalam kelas ni, lain betul aku rasa... tu yg buat rasa best dgn rakan2 lain.. mungkin sbb diorg nk dah lama keje, dah berpengalaman... so, ada la beberapa plan nk buat.... salah satu nyer aku cadang nk buat seminar mcm ramai org buat... tp aku kena study dgn partner aku apa yg boleh bezakan aku dengan org lain... aku tak nak, org datang dengar tp tak worth dgn apa yg disampaikan... so, skrang aku duk study apa yg aku belajar dgn kesesuaian dalam seminar yg aku nk buat nanti... nanti join ekkk... hehehhe...

sebulan lebih tak update blog ni.... sedih je bila bukak blog ni... bukan tak nak update, tp masa nak menulis too short... aku tak leh nak menulis kalau tak der hati... hehehe... maksudnya, kena ada ketenangan la skit... so far, alhamdulillah ramai yg call bertanyakan beberapa info dalam blog ni... aku harap, info2 ni dapat la memberi sedikit sebanyak pertolongan kepada mereka yg memerlukan.. tak kira la utk individu ataupun syarikat... harap ia dapat membantu anda semua yg membaca...

Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya. Sebagaimana dikatakan Al-Qur’an,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…” (Al-Baqarah: 286)

ayat ni aku ingt sangat2 sejak 6 tahun lepas... ayat ni aku mengingatkan aku time 6 tahun aku yg lepas... kita kena yakin apa yg Allah firman... walau apa pun keadaan, kena kena redha dan juga kena pasrah... jika kita susah, kesusahan kita itu Allah tidak akan bebankan melebihi kemampuan kita... kita boleh hadapi nyer lagi.. cuma kita kena berusaha dan juga jgn berfikiran negative... salah satu perkara penting kalau kita dalam kesusahan, ingtlah Allah selalu dan prasangka baik @ +ve thinking atas apa yg kita hadapi... jgn mudah menyerah kalah... dont give up and fed up... kehidupan ini mcm roda... kejap kita senang, kejap kita datang susah... ia silih berganti dan apa yg berlaku itu menjadi pengalaman yg berharga dalam hidup kita... kita kena sabar dan selalu tabah dalam mengadapi nyer...

maaf la, kali ni aku update byk bercerita pasal aku je... maklum la riang gembira habis sem... hehehe... insyaAllah lepas ni kita update pasal hartanah plak k... thanks a lot kepada mereka yg call, yg email dan juga yg sms... kalau tak balas tu, cuba sekali lagi k... kadang2 aku terlepas pandang... maaf yea... okeh..

p/s: Hepi Chines New Year...






p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578


p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, December 19, 2011

Perjuangan yang berterusan.............

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, sempat jugak menjenguk blog ni... sebulan lebih tak masuk sini... kesempatan amat terbatas untuk menaip..tambahan pula, skrang ni tengah finalize thesis aku.. aku terpaksa siapkan separuh thesis untuk dapatkan status TL bagi extend next sem... penat dan letih belajar di 2 tempat berbeza dan 2 peringkat pengajian yang berbeza... ini amat memberi cabaran yang besar kepada aku... semoga Allah kuatkan semangat aku... insyaAllah...

minggu lepas minggu ujian... dari awal minggu hingga la ke hujung minggu, banyak benda yang berlaku... masih aku ingt, sebelum puasa hari tu, aku bersama2 nyer bergurau senda, saling mengata.... dialah sepupu paling rapat dengan aku... even umurnya dah 40-an, tp still muda remaja... hari selasa malam, aku balik je kelas pukul 9 malam.. makan2 dan 10.30mlm mata dah rasa amat mengantuk dan badan rasa amat letih sbb dari pagi lagi aku keluar... jam 11.15malam, aku dikejutkan dengan berita kematian arwah di hospital serdang... kepenatan yang aku rasai tadi, sudah tiada lagi... terus aku ke hospital... sedih nyer aku... arwah meninggalkan 5 anak yang berusia 10-20 tahun... wife nyer tak bekerja... oleh kerana, aku di antara yang waris yg terdekat, berbincang untuk bawak balik jenazah ke kampung... setelah wife nyer sampai jam 3 pagi, then suasana terus hiba dengan tangisan yang bergema... tak ada patah kata yang dapat digambarkan bila org yg tempat berteduh, berpegang meninggalkan dunia yang fana ini... perancangan Allah siapa tahu..itulah yang terbaik.. ingtlah, Allah tidak akan menguji setiap hambanya melainkan kesanggupan hambanya berhadapan dengan ujian tersebut...

pagi2 lagi, aku bersiap untuk balik kampung... aku dah lupa segala apa yg aku dah rancangkan untuk hari esok... kereta ada prob bila nak balik... terus ke bengkel jam 8.30 pagi.. nasib bukak.. then tukar paiping minyak then terus aku balik.. jenazah time ni berada di kem sungai besi..tentera siapkan jenazah selepas forensik discharge body... aku mendahului jenazah sbb takut lambat... bawak budak2 tau2 la kan... kang sekejap nak gi toilet la, nak makan la... tetiba fon aku berdering, aku lupa aku kena sign letter offer dari bank hari tu... aku minta maaf sgt2 kat member aku tu.. sbb emergency... so postponed ke hari lain... then aku ingt, hari jumaat petang aku jugak ada appointment.... tak pe, nanti arrage balik... then aku sampai kampung jam 4.30... mendahului jenazah.. jenazah sampai jam 6.00ptg... sampai je solat then bagi sedara mara lihat then terus masuk liang lahat... selesai sudah pengubumian arwah.. semoga arwah di tempatkan di kalangan2 orang yang beriman.. insyaAllah... balu dan anak2 akan berpindah balik ke kampung dalam masa terdekat...

aku dengar, arwah sebelum ni dah tahu dia akan pergi... mungkin dalam sedar ke tidak, kita tak perasan.. anak yg sulung belajar di terengganu.. arwah cakap kat anak dia, ambik la duit ni, ni last ayah kasi tau.... dia jugak cakap kat ibu dia, kalau tak datang rumah kali ni, tak leh datang dah la... ingtkan gurauan yang biasa je.. tetapi itulah tanda2 yang mungkin tak perasan atau berkebetulan... arwah amat rapat dengan aku dan juga family aku... setiap kali balik kampung, mesti datang rumah aku... raya dah wajib datang... alhamdulillah, arwah byk memberi pertolongan kepada orang lain utk meningkatkan kualiti hidup.. semoga arwah mendapat ganjaran dari Allah atas usahanya... insyaAllah... Al-Fatihah....

sedih mmg sedih, tapi yg hidup kena teruskan hidup... balik je dari kampung hari jumaat, terus aku ke ukm bangi ambik kunci dan terus ke pj untuk org tengok rumah... alhamdulillah.. skrang tengah tunggu snp dari seller untuk buyer test loan dulu... hari jumaat gak ada appointment kat Sepang, tapi aku amat tak larat... so, tunda ke hari ni - Isnin... insyaAllah, hari ni ke sepang untuk berbincangan dengan buyer... insyaAllah...

sejak sebulan lepas, banyak perkara baru yang aku belajar... banyak benda yang nak kongsi...tp tak sempat... kadang2 idea itu hilang..ohh sayang betul.. cuma nk kongsi di sini satu benda... sekarang ni, harga rumah dah melambung-lambung... sebagai contoh skrang ni, teres 2 tingkat pun harga 400k... wow... mmg mahal la kan... meh kita kira stamp duty.. kalau la kita beli rumah 500k, stamp duty 9000 kan... rujuk : http://www.jpph.gov.my/V1/kira_dutisetem.php?versi=1...tapi mcm mana kita nak kurangkan bayaran stamp duty ni??? boleh ker?? jawapan nyer : BOLEH.... kalau rumah kita 500k, jadi suruh lawyer submit 5x borang stamp duty... so, setiap satu borang, LHDN akan charge RM1000.. kenapa 1k, sbb stamp duty, setiap 100k, LHDN akan charge 1% = 1k... so 5 borang, 5k... jimat 4k... banyak jugak tu 4k... ni adalah cara yang smart untuk jimatkan stamp duty fee...

sekarang ni ada 3 biji rumah sedang siap sedia untuk disewakan... 1 di putra perdana, 1 di taman mas puchong dan 1 di vista pinggiran... insyaAllah semua rumah ni akan di publish di mudah.my/farhan dalam masa terdekat...

perjuangan dalam kehidupan ni banyak cabaran dan dugaan... tetapi, kita terpaksa juga lalui dengan penuh iltizam dan juga keazaman... ada satu cerita untuk di kongsi bersama... enjoy reading...

Satu hari ada seorang kanak-kanak lelaki sedang memerhatikan sebuah kepompong. Di dalam kepompong itu ada seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong itu. Kelihatan begitu sukar. Anak lelaki tersebut merasa kasihan pada rama-rama itu dan berfikir bagaimana caranya untuk membantu si rama-rama agar boleh keluar dengan mudah. Akhirnya kanak-kanak tadi mendapat idea dan mengambil gunting dan memotong kepompong supaya rama-rama tadi boleh dapat keluar dari kepompong. Alangkah leganya kanak-kanak itu setelah si rama-rama berhasil dikeluarkannya dari kepompong.

Tetapi apa yang terjadi?

Rama-rama tadi memang boleh keluar dari sana. Tetapi rama-rama tersebut tidak dapat terbang, hanya dapat merayap. Apa sebabnya? Kerana bagi seekor rama-rama yang sedang berjuang untuk keluar dari kepompongnya tersebut, semasa dia mengerahkan seluruh tenaganya, ada suatu cairan didalam tubuhnya yang mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya yang membuat sayapnya boleh mengembang sehingga ia dapat terbang, tetapi kerana tidak ada lagi perjuangan tersebut kerana dibantu oleh kanak-kanak tadi, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga jadilah ia seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.

Kadangkala niat baik kita (good intention) belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik. Sama seperti pada semasa kita mengajar anak kita. Kadangkala kita sering membantu mereka kerana kasihan atau rasa sayang, tapi sebenarnya malah membuat mereka tidak berdikari. Membuat potensi dalam dirinya tidak berkembang, memandulkan kreativitinya, kerana kita tidak sanggup melihat mereka mengalami kesukaran, yang sebenarnya jika mereka berhasil melepasinya, mereka akan menjadi KUAT.

Demikian juga pada semasa kita sedang harus berjuang menghadapi sesuatu, jangan mengharapkan bantuan orang lain, berjuanglah dahulu dengan mengerahkan segala kemampuanmu. Hidup penuh dengan perjuangan yang boleh membuat “SAYAP” kita boleh berkembang dengan sempurna, untuk kita gunakan “TERBANG” melepasi masalah kita. Okeh...





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha + Lawyer Lagiii...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, di kesempatan ni aku nak rakamkan selamat menyambut hari raya aidil adha.. esok sunat puasa wukuf... anyway blog ni pun jarang aku update sejak kebelakangan ni... honestly, aku amat tak sempat... oleh kerana bulan depan dah nak viva aku punyer sekolah, so bulan ni mmg kena struggle habis... sbb byk menda aku tak cover lagi... aku harap aku sempat siap... insyaAllah...

cerita panas, ada sorg lawyer menggelapkan duit client... kerugian more than 50K di songlap oleh lawyer tersebut... skrang lawyer tersebut dah lari mana tak dapat di kesan... ada client yang bank in terus atas account personal lawyer ni... so, kepada pembeli rumah, dont ever n never bank in what ever payment into personal account..doesnt matter he/she is lawyer, negotiator or what not.. so please spead this info to other k... byk kali aku ulang tentang perkara ni sebelum ni... aku sendiri akan akan cakap kepada aku punya client pasal ni... aku sendiri advise client aku utk bank in dalam account company.. apa2 jadi senang.. boleh je sue company tu... kalau dalam account personal.. habis la... mcm kes skrang ni... JGN TANYA AKU SAPA DIA, JGN TANYA AKU FIRM MANA... nama dia ni penah blog lain state sbb lembab buat keje...

kalau boleh nak cari lawyer ni, biar dapat referral baru la boleh percaya.. org yg bg referral tu plak biar ada byk fail dengan lawyer tersebut...kalau setakat 1, kena pk lagi... sbb aku ada kes jugak... sorg ni buyer... aku explain secara kasar pasal bayaran legal fee kat dia... then aku cakap terpulang kalau dia ada lawyer nak pakai, sila kan.. aku tak paksa pakai lawyer aku.. so dia cakap dia ada lawyer.. lawyer dia ni kasi 50% kurang dari apa yg aku cakap... aku terkejut giler.. then aku advise, check dulu betul2... sbb dia cakap, kawan dia dah biasa dengan lawyer ni... selepas sign snp semua, aku tanya dia mcm mana bill lawyer, baru la dia cakap... betul la cakap en farhan... kawan dia beli rumah dgn lawyer tu dulu...satu transaksi je pun... huhuu... dia amat berhati2 takut aku tipu dia... hohoho... korang pun kena la jadi mcm dia ni jugak... kena berhati2, tp kena ubah cara skit.. minta dulu quotation dari lawyer tu k... baru la betul... hehehe...

anyway, selamat hari raya aidil adha, kepada yg balik kg, hati2 memandu... baca doa naik kenderaan... biar lambat asal selamat... dont rush k... aku esok ada kelas lagi... hohoho.. so, habis kelas baru balik kampung.. hopefully tak jem la balik malam raye haji...insyaAllah... semoga selamat semua dalam perjalanan.. aminn... okeh..





p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..