Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,




alhamdulillah, kita sedar tak sedar sudah berada di penghujung tahun hijrah... dah nak masuk bulan baru dan tahun baru dah, Muharram 1431 H.. sekejap je rasa tahun ini berlalu... dan ini mungkin entry terakhir untuk tahun Hijrah ini....tahun Hijrah akan berlalu, tahun Masihi pun akan berlalu jugak tidak lama lagi... tapi satu masa nanti, tahun Hijrah akan mengatasi tahun Masihi kerana tahun Hijrah lebih pendek dari tahun Masihi....mungkin ada yang kesempatan tahun ni yang banyak kita lakukan dan banyak juga kita tak bersempatan... mungkin ada di antara kita yang mendapat banyak kegembiraan dalam tahun ini berbanding mungkin ada insan berkesedihan dalam mengharungi tahun ini... mungkin ada juga yang melalui saat2 yang teristimewa tahun ni malah mungkin juga ada yang mengharungi tahun ini dengan keadaan yang tidak di sangka2... mungkin juga tahun ini ada di antara kita sebagai tahun penyeri dalam kehidupan dan mungkin juga ada yang merasakan tahun ini sedikit kegelapan yang berlaku... walaupun banyak kemungkinan yang kita lalui, segala kemungkinan itu kita jadikan satu iktibar dan juga ketentuan Ilahi dalam menguji kita di alam sementara ini... kesabaran, ketenangan kita dalam mengharungi cabaran2 tersebut akan menjadi satu pengalaman yang amat bernilai kepada kita di masa hadapan...

tahun baru ni, sama2 la kita berazam, bulatkan tekad, fokuskan minda kepada apa yang kita akan lakukan di tahun baru... tahun baru ini, sudah pasti akan menjanjikan satu kelainan daripada tahun2 sebelum ini... sebolehnya, tahun baru ini, lebih baik dari tahun sebelumnya... bercita2 lah kita untuk sama2 kita menikmati tahun yang kita akan menjanjikan suatu perubahan dalam hidup mahupun dalam pencapaian kerjaya... kita mesti berazam dan terus berusaha... kita boleh tgk org lain berjaya, kita boleh tgk syarikat lain berjaya, tapi kita tak nak tgk ke kita sendiri yang berjaya ? jgn kita berikan pelbagai alasan mengapa org lain berjaya walhal kita tidak... semua org di anugerahkan oleh Tuhan akal fikiran yang sama...cuma yang membezakan adalah cara menggunakannya.... mungkin org berjaya sbb mereka sudah berusaha dan terus berusaha sejak sekian lama then baru berjaya... mungkin mereka ada idea dan terus aplikasikan... aku percaya, kita semua ada idea yang bagus2 tapi tidak tahu untuk memulakan.... dan yang bermain di fikiran mcm mana nk start ekk... kat mana nak dapat modal ekk... sapa nak cari ekk... semua berlegar2 dalam kepala... tapi semua itu mesti ada jawapan yang perlu sama2 kita cari... bertanya pada yang pengalaman..tapi kalau segan, cuba cari dalam internet, insyaAllah mesti ada jawapan...

kadang2 kita ni tak sedar kemampuan kita until ada org yg menggerakkan kita utk sedar... kadang2 kita tak tahu kita ni boleh berenang, until one day kita masuk kolam yg dalam dan kita cuba berenang... mcm itu la hidup kita ni, selagi kita tak cuba dan berusaha, mmg kita rasa gelap je... once kita cuba dan berusaha dan kita berjaya, woww.. kita mmg boleh...
dan dalam hati mesti berkata2 kalau la dari dulu aku tahu... tul tak? bak kata org putih, dont crack under pressure... tapi semua tu kena usaha... walau apa bidang sekali pun, tak der yg datang bergolek kecuali main guli... hehehe... benda lain kena usaha utk dapatkan hasil yg setimpal dan mungkin lebih... kdang2 kita kecewa dan hampa kerana usaha kita tak berbaloi dan juga tak sepadan dengan hasil, jgn kita rasa terkilan... kita kena ingat Tuhan Maha Mengetahui... mungkin suatu hari nanti kita akan dapat lebih dari kita usahakan... yg penting, istiqamah atau berterusan.... jgn buat menda sekerat2... biarlah berterusan.. sebagai contoh, kita ni seorg tukang baiki kasut... setiap hari kita bukak kedai di kaki lima tepi 7-eleven... tiap2 hari kita duk situ... so, org akan nampak... so, org pun dah tahu kalau kasut patah ke bg pompuan, atau tercabut tapak ke bagi laki dah tahu kat mana nak pegi... tu kedai kasut tepi 7-eleven tu... sama jugak kalau buat apa pun, sebarkan dan always katakan yg kita buat menda ini... menda itu... sebar kan... lama2 org akan tahu.....

untuk aku plak, tahun ini banyak benda yang aku pelajari... banyak menda yang aku lakukan dan juga banyak idea yang muncul... aku bersyukur, untuk tahun ini banyak pengalaman yang aku dapat... untuk dalam bidang hartanah pula, banyak menda yang berlaku sama ada dalam perundingan dengan client, perkongsian ilmu dan sebagainya... aku patut berterima kasih kepada semua yang mengikuti blog ini.. banyak komen dan juga email yang beri pendapat mahupun nasihat kepada aku dalam mengembangkan bisnes aku dalam hartanah ini.. aku baru setahun jagung dalam hartanah ini.. banyak menda yang aku patut belajar dari kawan dan juga org yang berpengalaman dalam bidang ni.. walaupun dalam bidang ini banyak persaingan, aku cuba untuk memberikan yang terbaik dalam memberikan service yang terbaik untuk client aku... aku tidak berjanji mesti beri yang terbaik, tapi aku cuba untuk memberi yang terbaik sedaya upaya aku mampu.. untuk tahun hadapan, aku berazam dan bertekad untuk terus berusaha dengan gigih bagi memacu ekonomi diri dan juga keluarga aku bagi mencapai sasaran yang aku tetapkan... aku ingin terus mencuba dan mencuba, sekali gagal bukan bermakna selamanya kita gagal.... sekali kita kalah bukan bermakna akan kalah selamanya, sekali kita rebah, kita boleh bangkit semula...sekali kita tersungkur, kita boleh bangun dan terus bergerak... bergerak maju ke hadapan dan kehadapan... sekali kita berjaya, bukan senang untuk mempertahankannya.. kejayaan juga satu ujian yang perlu disyukuri... jika kita bersyukur, nescaya rezeki Tuhan akan terus berlimpah ruah untuk kita semua... insyaAllah... aku ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah buat semua umat Islam walau di mana berada... sedikit coretan aku ini hanyalan untuk kesedaran aku semata2 yang aku kongsikan dengan pembaca semua... jika tersalah coretan serta tersalah tanggapan, aku ingin memohon maaf kerana aku juga manusia yang alpa dan tidak lekang dari melakukan kesilapan...

untuk yang bukan Islam, aku mengucapkan selamat bercuti hari jumaat ini... aku ingin berterima kasih kerana anda juga menjadi sebahagian daripada pembaca blog aku yang tak seberapa ini... sokongan semua aku amat hargai dan insyaAllah aku akan terus berkecimpung dalam dunia hartanah ini... terima kasih semua... ingt lelong, jom2lelong..okeh...



FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Monday, December 14, 2009

Lelongan RHB @ JTR

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

hari ini aku ke lelongan RHB kat JTR... ramai nyer org... property pun bagus2... yg best nyer, ulat2 kepanasan hari ni... hahaha.. aku di antara org yg datang awal utk masuk bid... siang2 ulat nak deal dengan aku... aku on je sbb aku tahu mmg tak leh nak deal... rumah Penara harga 40k, giler ke apa nak deal.. sah sah la ramai masuk..time aku sampai dah 6 org masuk... so ulat2 ni rasa mcm boleh makan la... sekali time bid tgk 17 org.... hahahha...

result hari ini :

Penara : 17 org bidder RP 40k naik sampai 77k
Pusat Komersial Seks 7 : 10 org bidder RP 108k naik sampai 140k
Seri Tulip : 19 bidder RP 10k naik sampai 40k

kalau sapa pegi kat JTR hari ni, mesti diorg terkejut sbb ada insiden yg kurang sihat... aku pun terkejut... aku pun tak tahu kes apa... cuma ia berlaku time lelongan yg terakhir iaitu time Penara tgh berlangsung... dannn aku assume kan ia sbb broke a deal kot... tak tahu la, aku just rasa je la... tapi ia cukup tidak menyihatkan...huhuhu....

hari ni banyak jugak benda yg aku lakukan... salah satu nyer aku ke bank... just nak inform kepada pembaca2 blog aku ni, kalau ada org asing atau foreigner yang nak beli rumah, had kelayakan telah di naikkan.. kalau dulu 250k ke atas kan, bermula 1 Jan 2010 ni, ia naik kepada 500k ke atas... perghhh, lagi payah la... bagus jugak tu... ramai org Malaysia dah mampu nak beli hartanah mahal2...org Malaysia ni dah kaya2 skrang.. jgn semua hartanah org asing beli, so susah la nanti ekonomi kita... walaupun pegangan asing dalam hartanah di Malaysia ni masih lebih 50%, at least dengan peraturan ini, ia cuba untuk kurangkan pegangan tersebut dari jurang yang besar kepada jurang yang kecik...

bulan disember ni banyak betul menda yang datang dan juga pengalaman aku dapat... alhamdulillah setelah aku 'kena' banyak 'peluru' hidup yang aku tahu utk menyedarkan aku jugak, aku berjaya merangkak keluar dari kegelapan... hahaha.... bukan apa, kadang2 kita ni tak sedar kemampuan kita until org menggerakkan kita utk sedar... kadang2 kita tak tahu kita ni boleh berenang, until one day kita masuk kolam yg dalam dan kita cuba berenang... mcm itu la hidup kita ni, selagi kita tak cuba dan berusaha, mmg kita rasa gelap je... once kita cuba dan berusaha dan kita berjaya, woww.. kita mmg boleh... bersambung coretan dalam next post.... okeh...

layan gambar2 dulu.....


-time aku sampai, kurang org lagi...











FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Sunday, December 13, 2009

Lelongan EON Bank

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

hari sabtu smlm aku sertai Lelongan EON Bank di Ng Chan Mau... ada 2 auctioner kat sini iaitu Federal dan juga Ng Chan Mau.... Tak banyak property yang menarik tapi sambutan amat hot untuk rumah di Kota Damansara... sampai 16 bidder termasuk aku.. hahaha... aku dah agak dah sbb rumah ni level 1... so ramai la org... tapi tak per, minggu depan ada la property yang client aku akan masuk lagi.... kalau ada rezeki insyaAllah tak ke mana... aku tak berani utk cakap apa.. sambutan untuk rumah lelong ni semakin hot.... aku tak dapat nak karang panjang2... apa2 pun, layan gambar2 hari lelongan tersebut k...ingt lelong, jom2lelong..okeh...





- inilah tokey Ng Chan Mau....

- bertuah betul single bidder...



- hot hot hot....







FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, December 11, 2009

FREE? Syukur...

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

syukur kepada Tuhan kerana kita masih berkemampuan untuk menghirup udara yang segar di dunia ini... alangkah beruntungnya kita.... udara percuma, oksigen percuma, matahari percuma dan malam bercahayakan bintang satu pandangan yang istimewa diberikan percuma oleh Maha Pencipta untuk kita mensyukurinya... kalaulah semua itu kena bayar, nak oksigen kena bayar, nak tgk pemandangan kena bayar, nak sidai kain kat matahari panas kena bayar, aduhhhh banyak nyer kena keluar duittt.... tapi, Maha Pemurah Tuhan telah berikan kita FREE... tapi itu tidak bermakna FREE saja2... FREE itu adalah untuk kita mensyukuri setiap nikmat yang diberikan kepada kita... betapa indahnya dunia ini, betapa beruntungnya kita terpilih menjadi seorg manusia yang hidup di atas dunia ini... dunia yang penuh cabaran dan juga penuh keindahan.... dalam berjuta2 sperm, satu sahaja yang terpilih, dan itu adalah kita.... alangkah beruntungnya.... best man win.... kemudian di senyawakan.... berada dalam rahim selama 9 bulan... tidak semua berjaya... ada yang berjaya selama 9 bulan kemudian menjadi bayi.... ada juga yang tidak ada rezeki... betapa beruntungnya kita dalam berjuta itu kita menjadi bayi, menjadi manusia yang terpilih di dunia ini... terima kasih Tuhan... terima kasih kerana telah menjadikan khalifah di dunia ini... alhamdulillah.... sedikit renungan ringkas di hari Jumaat.....

minggu ini aku kurang sikit masa untuk update blog... tapi tak per, aku cuba untuk update blog sekerap mungkin... insyaAllah... aku banyak menerima panggilan untuk nak jual rumah... so, aku sekarang banyak jugak tumpukan masa untuk sub sale ini... untuk lelongan minggu ini, ada org register dengan aku... insyaAllah hujung minggu ni dan awal minggu depan aku akan ke lelongan... minggu ini aku banyak jugak buat appoinment bagi menjelaskan tentang lelong... untuk first timer, aku harap kena ada knowledge sikit pasal lelong ini... yang penting pasal POS, COS... ada sekatan ke tidak mahupun apa yang bank tanggung jika menang bid... bukan apa, jangan kita main redah, sbb nanti kita jugak yang kena... so, kalau tak tahu boleh bertanya kepada kawan2 yang berpengalaman dan juga aku... kalau call, insya-Allah aku akan jawab.. tapi kalau SMS payah la sikit... so kalau nak tanya, just call je...

untuk Projek Family plak, aduhhh terpaksa la aku tukar plak... oleh kerana dana tidak cukup, so aku beralih kepada satu projek lain...banyak jugak masa di habiskan untuk projek ini... pegi sana sini untuk merayu dapatkan dana, tapi semuanya hampesss... mungkin ini salah satu cabaranya... aku pun come out dengan projek yang tidak kurang mencabar... tetap aku rahsiakan... hehehe... sbb proposal dah 70% siap... aku nak berterima kasih kepada kawan2 blog yang sudi membantu memperkenalkan network korang kepada aku... alhamdulillah semua contact yang amat bernilai dan juga amat membantu.. so, hujung bulan ini insya-Allah aku akan berkursus selama 3 hari... untuk tambah ilmu dan juga tambah network dalam projek aku ni... aku berdoa dan berharap, ia akan berjalan dengan lancar... amin.... ingt lelong, jom2lelong..okeh


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Saturday, December 5, 2009

Cerita Minggu Ini...

Salam buat pembaca yang budiman,

minggu ini aku namakan minggu 'exhausted'... almost everyday aku balik malam... tido paling awal 12.30pagi... cukup aku rasa letih... tapi tak per, muda2 ni la time kita bekerja dan masih lagi kuat dan bertenaga... so, pengorbanan itu amatlah penting... bak kata Tan Sri Mokhtar ak-Bukary.. tanpa pengorbanan, tiada kejayaan... kalau kita pk, mmg betul pun... kalau kita tak berkorban, mana la kita nak berjaya.. sebagai contoh mudah, kita nak beli makanan yang sedap dan murah, tapi tempat nya jauhh... so, kita kena la berjalan jauh skit bagi mendapatkannya.... tapi, kalau kita tak bekorban, kita akan dapat yang tak sedap dan mahal.... itu just contoh k...

minggu ini aku ke lelongan maybank, meeting real-estate, jumpa lawyer dan urusan rumah sewa serta urusan pembelian rumah lelong kakak aku.... untuk lelongan maybank, rumah di seksyen 7 call-off... tapi masih ramaiiiiiii org kat ng chan mau.... aku pun tak paham la... padahal maybank punya lelongan tu... semua benda tak tanggung pun masih ramai yang ingin membeli hartanah lelong... mungkin salah satu sbb ialah sbb harga rumah lelong ini lagi rendah daripada market value... tak rugi la beli meskipun kena keluarkan cash banyak sikit bagi bayaran tunggakan tersebut... kali ni, my client kurang bernasib baik dalam bidaan maybank... mungkin bukan rezki... aku dah agak dah sbb ramai org... ingt dapat RP, tapi kurang bernasib baik la...

aku ada jumpa lawyer untuk bukak file baru bagi new client aku... bukan apa, cepat la sikit proses... lagi pun time diberi hanyalah 90hari je... so kena la cepat sikit... lama jugak la aku sembang dengan ram reza lawyer ni.. aku update pasal RPGT yang akan di kuatkuasakan 1 jan 2010 ni... byk jugak la aku update dgn lawyer... then aku pun terpaksa ke putrajaya plak.. sbb dah buat appointment.. lepas aku jumpa en fendy di putrajaya, aku pun ke seri kembangan plak... tetiba owner ni nak jumpa utk nak jual rumah dia... janji esok, tp sbb esok nyer dia ada keje di johor, so terpaksa awal kan... so lepas berbincang serba sedikit dan juga penerangan ttg proses subsale aku balik rumah... penat nyer rasa.... sampai rumah, lepas makan aku cabut plak ke shah alam..tgk rumah kakak aku nak beli... not bad... tepi jalan utama... wahh... dah la murah gilerr... jeles aku... sure ke dapat RP?? kita tgk nanti... kalau dapat RP, aku akan hebahkan kat sini beserta dgn buktiii... tapi kalau tak dapat, senyap je la... lepas aku selidik rumah ni, aku pun balik rumah... aku tak laratttttt....

hari khamis aku ada 2 appointment di kL... pagi2 lagi aku kuar... first aku jumpa doktor di HUKM then lepas je tuh aku ke jalan conlay... kat sini aku jumpa penyewa rumah utk sign kontrak dan juga bagi duit sewa.. tapi kali ni je.. lepas ni dia bank in dalam akaun... takkan setiap bulan nak gi kutip... tak larat weh... just bank in nanti aku check dalam akaun... alhamdulillah tenant ni tak banyak kerenah... so syukur la... harap2 ini berkekalan sampai habis kontrak, insyaALLAH....

aku suka korang imbas time sekolah dulu.. sbb time belaja la time paling best... hehehe..korang ingt tak dulu time PMR, SPM, STPM kita buat score tampal kat dinding... target 8A... tulis besar2 dalam kertas A4 then tampal kat tempat study... korang ingt tak... ala, mesti ingt nie.. dalam kotak pensil pun tulis jugak, SPM - Pangkat 1... mcm2 cara nak dapat yang terbaik kita tulis... kat dalam buku tulis, Sejarah - 1A... dalam buku Math plak - Math - 1A... ada yang letak kat atas meja... tulis besar2 target... kat sekolah plak, pihak sekolah tulis target besar2 kat pintu masuk sekolah.. everyday kita tengok.. mesti kita ingt kan.... tapiiiii sekarang ada tak kita buat? tulis impian kita then tampal kat depan cubicle tempat kita keja, tampal kat dalam umah... ada tak? mungkin ada, tapi kurang kot... sbb apa, mungkin sbb kita malu, segan nk tampal... sebagai contoh, impian nak beli kereta BMW... mesti kawan2, family kita gelakkan kita... kata2 ejekan mesti akan sampai kat telinga kan... suara2 sumbang akan mengata kita ni mat jenin... bukan setakat tu, sindiran demi sindiran akan terima tak mengira tempat... betul tak? tapiiii, apa kesan pada diri kita untuk semua tu? mesti kita akan rasa tercabar... dalam sudut hati berkata, tak per, nanti aku buktikan... dalam fikiran terus berpusing berfikir, mcm mana nak dapatkan benda nie... sebenarnya kalau kita tampal atau coretkan impian kita, itu hanyalah sekeping kertas... kertas yang ada abjad2 yang tertulis impian kita.... tapi, sejauh mana kata2 itu memberi kita kesedaran, beri kita kesan... sejauh mana usaha kita kepada impian itu.... sebenarnya, apabila hari2 kita tengok, minda bawah sedar kita akan bekerja... secara logiknya, kalau kita makan gaji, gaji 2k sebulan mampu ke kita beli BMW? so, minda bawah sedar kita bekerja... maka ada la tindakan yang di luar jangka... otak kita mula berfikir... berfikir utk mencari idea ke arah impian kita... mungkin kita akan membuat kerja lebih utk tambahkan pendapatan... so, tercetus la idea2 lain jugak utk capai impian kita... benda ni adalah salah satu cara utk motivasikan diri kita... biarlah apa org nak kata, tak salah kalau kita diamkan diri... tapi di sudut hati, kita bersabar dan sikit demi sedikit kita berusaha utk capai impian kita.. insyaALLAH, kalau kita berusaha, akan ada jalan kejayaan kepada kita...

aku just nak share kisah my colleague... setiap bulan, mesti dia akan cakap pada org lain satu benda... 'aku mesti dapat 1juta sales bulan ni'.... setiap bulan dia cakap... bukan setakat cakap, dia tulis di kertas dan tampal di tempat keje, kat rumah... rakan2 selalu cakap, boleh ke? then, 2 bulan lepas dia dapat 1juta.. dan bulan berikutnya 1.1juta... wowww.... org yang mempertikaikan kebolehan dia, mmg terkejut dan teruja... dia mmg bekerja keras utk dapatkannya... dan dia dpat... aku berbangga dengan dia.. walaupun income dia dah 5 angka sebulan, dia tetap humble dan beri kata2 semangat kat rakan2 lain... dia cakap, kertas tu yang beri dia perangsang... dia bukan hanya tak mahu di gelar mat jenin, malah dia nak buktikan yang tiada apa mustahil kalau kita berusaha dan jgn putus asa... share segala impian kita dgn family kita, suami kita, isteri kita, anak2 kita.. mungkin dengan doa diorg jugak buat kita dapat capai impian kita... kawan aku tu, mmg dia share dgn family dia... malah, dorongan dari suami, isteri buat kita lagi rajin untuk berusaha... tul tak? at least, kalau berjaya nanti family kita jugak yang akan dapat ganjaran kesenangan...so, sama2 kita share impian kita dgn family kita.. semoga suatu hari nanti, segala apa kita impikan jadi kenyataan....aminnnn.....ingt lelong, jom2lelong...okeh...



- lelongan Maybank di Ng Chan Mau





p/s : jom2jual updated... vista pinggiran to sale...


FARHAN
019.362 3578


-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli-
-jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..