rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010...Welcome 2011.......

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

alhamdulillah, negara kita menang piala AFF dan hari ni di umumkan cuti umum.... kemenangan yang mana hasil usaha yang istiqamah.... membentuk satu pasukan yang mantap memang memerlukan pengorbanan, kesungguhan dan juga ketabahan dalam mengharungi segala cabaran yang mendatang... berbaloi usaha mereka selama ini walaupun pernah di kecam, pernah di hina dan herdik dan sebagainya... mungkin tahun depan ramai akan memenuhi stadium.... seperti di bukit jalil baru ni, aku dapat pass VIP.. network punya pasal dapat la... oleh kerana parent aku datang, so terpaksa bg kat member... tak pe la, kalau ada rezeki, nanti dapat lagi.... apa2 pun tahniah kat pemain2 negara atas kejayaan ini...

ini adalah entry terakhir penutup bagi tahun 2010.... dalam diam tak diam dah 2 minggu blog ni tak der update... dan dalam tempoh tersebut aku jadi silent reader kepada beberapa blog sejak 2 menjak ni.... mood untuk menulis amatlah paling minima... aku pun tak tahu kenapa aku amat tak der semangat nak menulis... mungkin salah satu sebabnyer tak der benda baru aku yg berlaku... aku lihat di hujung2 tahun ni kbanyakan blog menulis berkisar tentang azam tahun 2010 yg sudah hampir tamat dan azam tahun 2011... alhamdulillah, ada yg tercapai dan ada yg tak tercapai.. so ia di carry forward ke tahun 2011... tahun 2011 menjanjikan sesuatu yg lebih... expectation mesti tinggi menggunung untuk mendapat hasil seperti bukit... kalau expectation setinggi bukit, takut dapat hanya setinggi busu....

tahun 2011 jom2lelong akan berpindah rumah yg dalam pembikinan.... jom2lelong juga akan melencong sedikit portfolio perniagaan tetapi ia masih ber rootkan kepada property... cuma side tu mungkin beberapa peluang yg akan di cari tahun 2011.... tahun 2011 juga mungkin menjadi tahun berjalan untuk mencari peluang perniagaan... aku harap dan berdoa agar tahun 2011 ini membuahkan beberapa hasil tuaian yg masih belum disburst di tahun 2010... azam yg paling utama untuk tahun 2011 ialah menghabiskan pengajian aku... alhamdulillah, 1st sem aku lulus dengan tidak sangka... aku berharap tahun ini aku akan ulangi kejayaan ini....insyaAllah... 3hb ni dah start kelas balik... so aku kembali menyibukkan diri untuk pengajian ini... tetapi untuk penjualan/pmbelian rumah still berjalan...

pengalaman tahun 2010 banyak menda yg tak dapat aku lupakan... berperang dengan owner menjadi asam garam... melayan kerenah client menjadi nasi dan ulam.... persoalan biasa yg berlaku dalam lelong mahupun kepada sub-sales adalah perkara yg lebih kurang sama... cuma kadang2 ia terlalu rumit dan kadang2 ia terlalu cerewet...

di minggu terakhir ini, 3 kes rumah sub sales berjalan.... dan alhamdulillah, masalah dapat di atasi dengan sebaik mungkin.... terima kasih kepada agensi, rakan2, banker, lawyer dan juga beberapa kenalan yg sudi berkongsi maklumat dan juga pandangan... kes di hujung2 tahun ini yg paling menjadi tak berapa keruan adalah kisah seorg owner yg kunun nyer dah beberapa buah rumah sudah di jual tetapi masih lagi tidak memahami prosedur penjualan rumah... walaupun secara official nyer aku tak lagi berurusan, tetapi aku cuba la bantu mana yg patut..

insyaAllah selepas aku masuk kelas balik ni, akan ada la update kat blog ni dengan kerap.... mungkin idea aku kurang untuk seberapa ketika ni.... tahun 2010 ini telah banyak memberi pengajaran mahupun pengalaman sebagainya tidak ada dalam tahun2 yg sebelum nya... ketabahan dalam mengharungi detik2 sukar telah mematangkan aku dan jom2lelong khasnya dalam menangani dengan penuh dedikasi... pada awal muharram hari tu aku dah menulis pasal hijrah dan bila masuk tahun baru masihi ni, azam aku sama dengan hijrah yg aku tulis...

kepada yang ingin memulakan pelaburan dalam bidang hartanah, aku just nak nasihatkan supaya cuba dulu main kecik2.... beli yg harga less 50k atau flat.... proses pembelian rumah atau secara lelong ini adalah lebih kurang sama sahaja... so dari situ, baru la kita belajar prosedur dan ia sama even kita beli rumah yg beratus ribu sekali pun... proses tetap sama... aku menjangkakan tahun 2011 industri hartanah akan memberi banyak peluang kepada mereka2 yg belum memiliki rumah untuk membeli rumah...malah SPNB juga memberi pinjaman 100% kepada mereka yg layak mengikut syarat2 tertentu untuk rumah SPNB... so, rebut la peluang yg ada ini... kepada mereka yg ada banyak rumah, ada strategi lain untuk dapatkan margin 90%.... mmg ada cara, cuma ada rugi sikit..hehehe.... tapi still u can get 90% margin of loan...

di akhir kesempatan tahun 2010 ini, aku dan pihak jom2lelong memohon maaf sekiranya aku dan pihak jom2lelong terkasar bahasa pertuturan, terasa di hati kalian, mahupun menggangu emosi kalian dengan perkataan2 yg tidak sepatutnya... sehingga berjumpa lagi di tahun depannnnnn.........ingt lelong, jom2lelong...okeh....


- nak jual rumah - isi borang @ SELL YOUR PROPERTY di atas page ini.....


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>

-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Friday, December 17, 2010

Undang-undang pemilikan hartanah kita terlonggar di dunia

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia adalah paling longgar di dunia dan keadaan ini menarik kehadiran pelabur asing sehingga menjejaskan peluang rakyat negara ini.

Persaingan itu menyebabkan nilai sektor berkenaan melambung mencecah paras terlalu tinggi dan berada di luar kemampuan mereka, kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS), Y. H. Ooi.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Knight Frank, berkata, nisbah permintaan hartanah antara rakyat tempatan dan asing pada tahun ini adalah 70:30 dan berdasarkan perkiraan semasa, jumlah penguasaan rakyat asing akan meningkat tahun hadapan.

Menurutnya, walaupun peningkatan nilai hartanah membantu meningkatkan ekonomi negara tetapi ia juga memberikan impak negatif kepada rakyat sekiranya tiada kawalan.

Ooi mendakwa, tiada sebarang had dikenakan kepada para pelabur asing dari segi pemilikan jumlah aset dan lokasi sekiranya ingin memiliki hartanah di Malaysia.

Beliau menjelaskan beberapa negara seperti Australia dan Singapura mempunyai undang-undang ketat terhadap pemilikan hartanah di kalangan pelabur asing.

“Antaranya had bilangan aset, hanya boleh membeli aset yang sedang atau belum dibina dan pelbagai lagi bagi melindungi kepentingan rakyat tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini sempena Sidang Kemuncak Hartanah Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 18 Januari depan.

Turut hadir bekas Ketua Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Datuk Mani Usilappan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif PEPS dan Presiden PEPS, Choy Yue Kwong.

Ooi berkata, faktor persaingan ini menyebabkan nilai hartanah di kawasan bandar melonjak tinggi dan langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat berpendapatan sederhana serta ke bawah.

“Kita tidak mampu menandingi kuasa beli pelabur asing dan akhirnya hanya mampu melihat aset strategik dimiliki orang luar. Sesuatu perlu diambil untuk menilai semula masalah ini,” kata beliau.

Ooi menambah, pelabur asing yang banyak memiliki aset di Malaysia adalah dari Singapura, Hong Kong, Indonesia, Eropah dan rantau Asia Tengah.

Lokasi yang menarik perhatian mereka adalah Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang atas faktor infrastruktur dan kemudahan yang serba lengkap.

Mani pula menjelaskan, sekiranya keadaan itu berterusan, mungkin akan timbul persoalan sama ada industri hartanah tempatan dibina untuk rakyat atau pelabur asing.

Sementara itu, Yue Kwong berkata, nilai hartanah di Asia termasuk Malaysia dijangka terus meningkat pada tahun depan berikutan pertumbuhan ekonominya yang positif meskipun berlaku kemerosotan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Katanya, keadaan ekonomi luar yang tidak menggalakkan akan menyaksikan dana pelaburan khususnya sektor hartanah bakal beralih ke Asia dan Malaysia turut mendapat faedahnya berdasarkan kemudahan infrastruktur sedia ada.

Beliau berkata, permintaan tinggi dalam sektor hartanah tempatan akan meningkatkan kadar kecairan pasaran dan nilai hartanah khususnya di Kuala Lumpur.

“Peningkatan nilai hartanah pada tahun depan mungkin tidak setinggi tahun ini yang mencatat peningkatan 30 peratus kerana pertumbuhan ekonomi negara dijangka perlahan,” jelasnya.


Di petik dari Utusan 17.12.2010

p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, December 15, 2010

Pembelian Rumah

Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : kitaran hidup, pembelian rumah, baru kerja

alhamdulillah, blog ini kembali ber'new' post... hehehe... keadaan skrang ni aku slow sikit... kepeningan dengan kesihatan yang kurang baik - demam+selsema... balik je dari Penang terus demam... skrang ni masih lagi bersisa demam.. insyaAllah la sehari dua lagi baik la tu... so ada rumah yang belum aku siapkan lagi.. hanya tinggal sikit je lagi... 2 minggu lagi, sekolah nak start dah... aku pun masuk kelas kembali... ohh tak sabar nak masuk kelas... oleh kerana result sem ni yg tak di sangka2, so aku rasa exited giler nak masuk kelas sem depan... hahahaha... tahun 2011 menjanjikan satu kelainan dan pengambilan risiko yg tinggi mungkin akan berlaku... ini mungkin berlaku....

hidup ini umpama kitaran.. sekejap kita di atas, dan sekejap kita di bawah.... ada yang baru nak tahu, dan ada yg dah lama kita tahu... mcm jugak benda kat blog... benda ni kita dah tahu, tapi ada yg baru nak mencari dan ingin mengetahui nyer... mcm kitaran..... berpusing2 sehingga tiada noktah yang bertitik.... dulu aku penah jugak menceritakan bagaimana kita ingin memulakan perjalanan dalam dunia hartanah ni dari zero... aku jugak pernah merasa bagaimana nak mulakan satu perjalanan dalam dunia hartanah ni.... aku juga bermula dengan zero dan aku mengorak langkah dengan amat perlahan.... aku ingin ceritakan bagaimana ingin bermula kali ni...

seorg pemuda baru bekerja, baru mendapat gaji dan terfikir untuk membeli rumah ke atau membeli kereta??? persoalan biasa je bukan... rumah ke kereta ekk.... ada kereta boleh la jalan sana sini.. panjang la nk melangkah... perasaan itu sentiasa melonjak2 untuk membeli kereta... tapi kalau beli rumah ermm... aku rasa berpuluh kali berfikir nak beli rumah tu kan... tp kalau beli keta, 2 3 kali pk sudah la... dah la kereta skarang ni beli deposit RM100 je utk booking... murah giler... even dapat Saga FL yg baru lancar tadi pun kira smart gak... so kita berfikir baik buruk antara ke dua benda yg sama penting... kereta itu keperluan dan rumah jugak lambat laun jadi keperluan... tapi untuk yg bujang, aku suggestkan beli la rumah.... aku dulu mmg terpaksa pinjam duit dgn FAMA untuk beli rumah 1st aku... time tu baru keje kan... muda lagi, tak tahu apa langsung pasal hartanah ni... so kepada pembeli rumah yg pertama, nasihat aku....
1 - survey rumah tu sepuas2.... lokasi, maintenance, surrounding dan sebagainya....
2- pilih bank yg terbaik dalam memberi interest yg paling menarik... tak salah pegi tanya bank A then pegi bank B then ke bank C... tak salah langsunggg... so kena cari bank yg bagi interest yg terbaik....
3- lawyer.. kena cari lawyer yg boleh buat kerja dgn baik dan rajin update kita... so, kalau ada kawan2 yg rekomen pasal lawyer just ambik la kalau yg ok... kalau yg tak ok, tak yah ambik...
4 - valuer jugak penting.. selalunyer banker yg berikan valuer ni.. yg ni jgn risau sangat....

so mcm mana proses nak beli rumah???

aku terangkan dulu procedur kalau beli rumah dengan agent.... kalau kita dah berkenan sangat dengan rumah tu, dan tak tahan lagi dah nak memiliki rumah tu dan amat2 tak sabar nak masuk rumah tu kan, kita bayar la booking.... kalau dgn agent, kita kena bayar kat akaun company agent tersebut... ELAKKAN bayar cash kat agent. SEBAIK-BAIK NYER bank in terus kat company agent tersebut... itu sebaiknya... then lepas bayar booking, agent akan berikan kita satu Letter of Purchase(LOF).. dengan LOF ni kita boleh apply loan dan juga boleh untuk bukak fail di pejabat lawyer untuk tindakan seterusnya... dalam masa 14 hari bekerja, S&P hendaklah di tandatangani... kalau tak, pembeli boleh ambik tindakan ke atas penjual mengikut terma2 dalam LOF tersebut... pada masa yg sama juga, loan bank juga mungkin dah tahu sama ada lulus atau pun tidak... jika agent tanya sama ada dah ada bank nk buat loan atau tidak, cakap je ada.. sbb kita dah buat survey kan... kalau tanya lawyer pun, cakap kita dah ada lawyer... kita jugak dah survey... selepas sign s&p, akan ada valuer akan call untuk menilai rumah kita tadi tu... so, kita kena la arrange dgn penjual bg valuer tengok rumah tersebut... selalu nyer valuer akan ambik gambar rumah tersebut dalam dan juga luar.... selepas itu, kita hendaklah update dgn lawyer untuk status rumah kita tu... kat mana dah proses, sama ada kat developer lagi ke, dah adjudicate ke, dah stamping ke... update la dalam 2 minggu sekali... tak pun, suh lawyer yg update melalui email... sampai sign s&p, kita akan hanya berurusan dengan lawyer sahaja... sbb lawyer yg tahu status rumah tu... agent dah tak der apa2 lagi...

kalau beli rumah atas tangan org, sama juga proses nyer.. cuma bayaran booking bergantung la kepada tuan rumah..nak suruh bank-in ke, nk bg kat lawyer ke atau sebagainya... aku lebih suka kalau bg lawyer, sbb apa2 lawyer akan pegang dulu duit tu sehingga la sign s&p... kalau bg terus pun boleh, tapi kena ada la sedikit surat yg menyatakan kita dah bayar.... bukan apa, ada kes penipuan pasal ni... bayar by hand, then lepas tu lepassss.... kalau bank-in boleh la lagi trace bila kita buat report polis... so pandai2 la buat keputusan k... then proses pun sama juga 14 hari bekerja utk sign s&p dan seterusnya... proses untuk complete tukar nama rumah tersebut selalu nyer akan mengambil masa 90hari lebih kurang 3 bulan... selalu nyer la... tp kalau ada masalah, mungkin ia akan ambik lebih masa lagi... begitu juga jika menggunakan loan gomen, lagi la lama masa akan di ambil... jgn expect sangat 3 bulan akan settle, sbb kita tak tahu apa masalah di kemudian hari...mcm aku, ada rumah yg dah setahun tak settle lagi sbb kena double transfer... ada client aku punya rumah burn deposit sbb loan tak lepas... so kena la check loan dulu yea... before nak beli, kita check loan dulu dgn bank sama ada kita lepas ke tak jika harga rumah RMxxx,xxx.00... kalau lepas, then proceed... kalau tak lepas, jgn gatal2 nk bayar deposit... kang habis deposit tu terbakar... sama jugak dgn bayar lawyer, so kena tahu nilai rumah yg kita beli tu berapa fee lawyer... jangan kita boleh bayar 10% depsoit, tp bayar lawyer tak boleh plak... be prepared... itu di antara proses nak beli rumah secara sub-sale... so kena buat survey dulu, buat la homework skit... sbb sesetengah org, beli rumah ni ialah satu benda yg paling besar dalam hidup... hutang yg paling banyak... so kena hati2... biar kita puas hati beli dan puas hati membayar setiap bulan... ingt lelong, jom2lelong...okeh...




p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah




Salam sejahtera buat pembaca yang budiman,

keyword : Hijrah, MAHA, CIMB, Cyberjaya, Bukit Merah, Vista Pinggiran, Sewa, Jual

alhamdulillah, aku rasa tak terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat datang Muharram dan selamat menyambut tahun baru hijrah 1432... aku tak berkesempatan nk menulis blog pada hari2 sebelum ni... terima kasih aku nak ucapkan kepada mereka yg berkunjung ke blog ini even tiada post yg baru... Tahun baru hijrah ni sedikit sebanyak tidak seperti tahun2 sebelum ni... tahun ini aku menyambut di tempat baru, suasana yg baru dan pengalaman yg baru... terkesan betul di hati aku bila aku berpindah di tempat ini sejak julai tahun ni... banyak benda sebenarnya yg aku hijrah kan... salah satu nyer, kesenangan untuk ke sana ke mari... kalau di tempat lama, kalau dah balik rumah mmg payah la nk keluar balik sbb tingkat 18 nak pi parking then baru la keluar... tempat baru ni, terus je.. banyak lagi yg aku rasa ia memberi kesenangan kepada aku dan juga family... nak beli barang2 mudah nak bawak masuk dalam rumah... kalau dulu, kena naik lift... letih jugak la nak sampai rumah... mmg aku dah lama memasang impian utk hijrah ni... dan tahun ni ia menjadi kenyataan bg aku dan family...

aku nak bercerita skit pasal MAHA... aku berkesempatan berada di sana 2 kali... hari last pun sempat lagi redah hujan yg renyai2 ke sana jam 6 ptg... mmg byk menda yg aku dapat kat MAHA ni.. it give me inspire something... lagi pun ptg tu aku pegi untuk beli barang yg sebelum ni aku dah survey.. balik pk masak2 then baru la aku beli... bukan apa, kang tersalah beli susah plak... aku cam biasa la, pakai jeans, round neck dgn selipar... cam org ramai2... so aku tanya la sales girl tu pasal produk ni.. cam nak tak nak jawab je... siut kan... then CEO dia datang.. so aku cakap la aku nak beli yg ni.. then aku cakap la last day takkan tak der free gift.... baik cakap dengan CEO sendiri lagi senang... then CEO dia cakap, dah awak tanya, saya terpaksa kasi la... terbaekkk lah... so yg free gift tu, worth up to RM160... mmg best... hehehe... sales girl tu tanya aku nak bayar cash ke? aku cakap la cash... dah nak bayar, tanya lagi cash ke credit card... aku cakap cash! baru la paham... geram betul... then baru la senyum2 kat aku.. hampeh betul... ye la, ingt org pakai tak smart ni mcm tak perlu di layan la kot... aduhai... persepsi org kita susah nak berubah... huhu.. tapi aku rasa best sbb dapat harga diskaun 50% dan free gift lagi... actually aku dah survey kat blog dan internet pasal ni.. mmg kalau org beli product tu tak der diskaun dan cash akan dapat gift... tapi aku dapat time diskaun 50% lagi... mmg terbaekkk lah... sales girl ni mcm tak percaya CEO tu cakap bg aku free gift ni... mmg tak puas hati betul sales girl tu.. tapi dah CEO kasi, dia nak cakap lagi kan... aku terima je la... hehehehe... terima kasih HIJRAH TOYYIBAH NETWORK... i will support ur product... yg penting HALAL...

di MAHA juga aku jumpa dengan banker aku... nak kata lama tak jumpa tak la lama sangat... selalu main email dgn fon je... kalau urgent baru la aku gi jumpa dia... dah jumpa ni, sempat la ku borak2 pasal margin 70% tu... aku nak dapatkan crack utk buat loan... ada cara tak? dan kebiasaannya dia mmg ada idea utk buat pusing2... hehehe... ruper nyer ada cara nak jadikan 90%... pergghh... tapi ni applicable utk CIMB dan konvensional sahaja... utk islamic loan tak boleh buat... tapi cara ni +- lebih kurang je la dengan 90% margin... cara nyer? ko tanya la kat CIMB tu pasal 2nd charge... diorg paham la tu... tp ada pro and cons... so, kena study la sikit pasal 2nd charge ni k... aku pun tengah pk2 lagi pasal ni... utk margin 70% ni, ia hanya untuk pembelian rumah sahaja.. tidak termasuk dengan refinance ok... itu aku confirmkan dengan aku nyer banker... dan ada juga beberapa blog yg memaparkan pasal ni...

weekend lepas mmg besttttt... i lov it.. dah lama aku tak buat mcm ni.... berkejar ke sana ke mari... baiki rumah client dan sebagainya... ohh besttt... dari puchong ke putrajaya 10 minit... mmg terbaik sbb kejar masa.. hahahaha.. ada polis mampus aku... tapi mmg best... siap ke TBR lagi smlm... dan sampai rumah magrib... ohhh mmg penat tp enjoyyyy... itulah weekend aku.... sabtu duk mengecat rumah utk bg sewa dan tak siap2 lagi mengecat... bahana memberi sewa kepada budak2 lelaki bujang... rumah habis berpaku pakis, pintu toilet pecah dan rumah bau mcm hape aku pun tak tahu ler... huhuu.. so kena siapkan rumah ni sebelum sabtu... tp khamis jumaat aku ke penang ada hal... mcm tak berapa nk sempat je.. tapi still aku cuba... lepas ni, mmg tak der la aku nak kasi sewa kat lelaki bujang... huhuhu... aku mmg cut diorg punya deposit... itu kena responsible la atas apa yg diorg buat... huhuhu....

update untuk rumah sewa dan juga jualsetakat ni...

i - satu rumah di Cyberjaya nak jual pada asking price RM425k (nego).. Town Villa 2 @ SmartHomes... Basic Rental RM1800... so kalau fully furnish dalam RM2200 - RM2500... Luas dalam 1600++ sqft.... berminat boleh call aku segera... 1st come 1st serve basis...

ii - rumah di Bukit Merah Lake Town resort untuk di jual... asking price RM 147k (nego)... Fully Furnish... urgent sale... sesuai utk buat Home Stay... luas 895 sqft... tingkat 2...

iii - rumah sewa di Vista Pinggiran Putra... available pada pertengahan bulan Disember ini... Partly Furnish... Harga sewa rm 700 (FIX)...

iv - rumah sewa di Vista Pinggiran Putra jugak... tp basic... harga sewa RM 650 (FIX)....

v - rumah untuk di jual di Iris Apartment, Saujana Putra... siap kitchen cabinet... asking price 70k... serius buyer boleh nego dengan owner... rental 300 - 350... tingkat 5... owner nak let go cepat sbb nak pindah masuk rumah baru....

setakat ini dulu utk update... anything untuk jual rumah, hubungi saya... untuk senarai di atas, boleh la hubungi aku segera... insyaAllah, aku cuba bg servis yg sebaik mungkin... ingt lelong, jom2lelong...okeh..

p/s : aku belum iklan kat mudah lagi.... open to my readers sebelum bukak kat public...

Cyberjaya - TownVilla 2 -------------------------------------------












Tropicana Apartment,
Bukit Merah Lake Town -------------------------------------------






















p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..

Wednesday, December 1, 2010

Tempoh pajakan tanah boleh dilanjut sehingga 99 tahun

KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kerajaan-kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan yang bercadang memohon ”pembaharuan” atau ”pelanjutan” tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tempoh pegangan tersebut luput.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu terkandung dalam kertas panduan yang menjamin “pembaharuan” atau “pelanjutan” tempoh pegangan pajakan itu yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu akan dapat memenuhi kehendak rakyat yang sebelum ini bimbang akan kehilangan tanah mereka.

Bagaimanapun, pegangan baru itu hanya akan dibenarkan sekiranya tanah tersebut tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam, katanya.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan dasar itu merupakan panduan kepada kerajaan negeri dengan termaktub kepada enam syarat utama termasuk hanya terbuka kepada tanah pajakan berkategori “bangunan” atau “perusahaan” atau “pertanian”.

"Pemilik tanah boleh memohon pada bila-bila masa untuk menyambung pajakan dan tidak terikat dengan baki pajakan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, pemohon dikehendaki membuat permohonan serentak bagi menyerahbalik tanah mengikut seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) dan Borang Jadual 1 Kaedah Tanah Negeri untuk pemberimilikan tanah mengikut tatacara perundangan sedia ada di bawah KTN dan kaedah-kaedah Tanah Negeri.

Pelanjutan tempoh pegangan baru juga tidak boleh melebihi 99 tahun sekiranya tanah tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam selain tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis berkuatkuasa, katanya. - Bernama


p/s : Ingin Jual @ Sewa rumah...Hubungi Farhan - 019-3623578

p/s : Want to SELL or RENT property, call Farhan - 019-3623578


FARHAN
019.362 3578>
>
-Kenapa Sewa Kalau Boleh Beli--jom2lelong mengalu-alukan comment dari pembaca... Kita bukan sekadar untuk berkongsi ilmu, tetapi untuk menjadi kenalan, rakan dan taulan di masa hadapan...InsyaALLAH..